Kawan-kawan kakcik

Khamis, 21 Januari 2016

Ikan seluang, ikan lampam...

Tiba-tiba teringat...

Sedapnya kalau dapat makan ikan seluang
masak asam rebus kuning je
letak kunyit serbuk, cili api + bawang tumbuk
serai, garam, asam keping dan air...

Gambar dari :
http://teropongmasa.blogspot.my/2010/05/ikan-ikan-sungai-bil-2.html

Kalau dapat makan lampam goreng garing pun sedap juga
makan dengan nasi panas
letak kicap
ada sambal garam lada
(cili kering tumbuk dengan garam saja)
sedapnya Alhamdulillah

Gambar dari :
http://renjersungai.blogspot.my/2010/04/edisi-ikan-lampam.html


Youtube :
(rindunya aku pada waktu yang tak akan kembali)


15 ulasan:

  1. adoyaiiiii.. kakcik buat sy teringat lampam pekasam laaaaaaaaaaaa

    BalasPadam
  2. pekasam ikan lampam... pun sedap juga :D

    BalasPadam
  3. TAK PENAH MAKAN KECUALI LAMPAM YANG DI PEKASAMKAN ...

    BalasPadam
  4. Aina antara penggemar iakn sungai sebab ikan sungai fresh masih hidup bila dibawa balik berbanding ikan laut yg sudah diaiskan.

    BalasPadam
  5. dah lama tak makan ikan sungai. bila nak beli nasi bungkus, jika ada lampam goreng memang ianya pilihan utama.

    tapi lampam yang ada sekarang ini kebanyakannya lampam kolam.

    sungai dah cukup tercemar untuk lampam hidup dengan biaknya...

    BalasPadam
  6. Ikan seluang goreng ada kat temerloh katering. Sedap & garing...

    BalasPadam
  7. biasa tgk ikan2 tu kak cik tapi x pernah makan...mesti sedap klu dpt rasa...hehee

    BalasPadam
  8. memagn sedap kakchik.lauk2 gitulah buat makan bertambah nasi

    BalasPadam
  9. sdp kakcik... dana teringat ikan belanak... jenis sisik mcm ikan seluang jgk...

    BalasPadam
  10. Tak pernah dengar ikan seluang tu KC, ikan lampam tu pernah belilah dulu dulu... Saya layan jer ikan apa pun, jangan ikan buntal sudah beracun hihi...
    Walaupun cuma baca je tapi saya dah bayang kesedapannya tu KC..

    BalasPadam
  11. Dua-dua ikan ni rasanya tak pernah makanlah, Kakcik. Maklumlah tekak saya ni very lah limited merasa ni semua.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com