Kawan-kawan kakcik

Khamis, 26 November 2015

Kashmir - ada rezeki kita berjumpa lagi...

Kata orang : setinggi mana terbangnya bangau, akhirnya hinggap ke belakang kerbau.  Begitu juga bagaimanapun sayang dan terpikatnya kita dengan tempat orang, akhirnya kembali ke tanahair sendiri.

Selepas menghabiskan masa 'bermain-main' di Naseem Bagh, kami dibawa untuk makan tengahari di Shamyana Restaurant.  





Selepas makan, ada yang sudah tidak mampu untuk meneruskan perjalanan kerana masalah kesihatan.  Aku juga rasanya sudah tak mampu hendak keluar.  Bagaimanapun, kugagahkan diri mengikut rakan-rakan ke kedai di bawah ini :

Lelaki ini mengaku usianya baru 44 tahun dan punya 2 isteri.
Bab 2 isteri tu aku tak kata apa-apa, tapi bab usia tu macam
susah aku nak percaya! Aku beli jugalah dua helai selendang
di sini.  Yang aku beli itu macam dalam gambar sebelah kanan.
Penyakit aku ini, bila dah beli aku akan rasa sepatutnya
harga yang boleh didapati lebih murah lagi...


Demonstrasi karpet yang tidak terbakar walau dicucuh api.
Selepas membeli belah di sini, kami balik ke hotel untuk
berkemas-kemas. Esok kami akan terbang ke Delhi...
Sarapan pagi terakhir di Mannat Resort :

Lupa dah nama puding ni...

Bersarapan sambil memerhati keluar.  Nampak pula bayang-bayang telefonku di situ...



Ini sahajalah sarapanku...

Hanya kami berempat.  Yan dan Lina ada urusan lain di waktu ini.

Beg-beg dipunggah ke dalam dan ke atas kereta.

Ketika ini sudah tiba di lapangan terbang.
Sementara menanti waktu masuk, Zubair bawa kami minum
di bawah pokok...

Makan saja, jangan banyak kira!

Teruknya muka makcik!

Wajah sedih menuju ke pesawat Indigo Air...


Naik bas khas menuju pesawat...

Inilah pesawatnya.  Selamat tinggal Srinagar.  Selamat tinggal Kashmir.
Ada rezeki dan izin Ilahi, pasti kita akan berjumpa lagi.

14 ulasan:

  1. Alhamdulillah..syukur seronok nyer walaupun x berapa larat kan mak..

    BalasPadam
  2. Macam tak puas lagilah kakcik
    Kalau ada gambar yg tertinggal tepek ajelah kakcik bagi kami tengok
    Cantik-cantik pemandangan di sana..

    BalasPadam
  3. takpe kakcik...andai rindu..sebut jer nama azian...boleh jer balik kampong kah kah

    BalasPadam
  4. Tak sempat baca entry k.cik yang lain lagi tapi teh tu guna susu lembu sedap kan k.cik...

    BalasPadam
  5. cantik gambar-gambarnya kakcik sekadar tengok gambar cukuplah nak sampai belum tentu ada kesempatan lagi huhu..

    BalasPadam
  6. pengalaman yg berharga .....selain karpet dan selendang apelagi yg best shopping kat sana

    BalasPadam
  7. Betul tak terbakar ye kakcik karpet tu..
    Tentu mahalkan sebab tak terbakar..

    Kesian kakcik.. bila sakit tu yg jadi sukar utk berjalan..
    InshaAllah boleh pergi lagi tu kakcik

    BalasPadam
  8. Betul ke kak umur dia 44..ke 64..hihi..ada rezeki dan kesempatan siapa tahu akak sampai ke sini lagi...amin..

    BalasPadam
  9. saya paling suka gambar teh tarik yang banyak2 atas dulang tu! hihihi~

    BalasPadam
  10. hihi mushkil juga umoq dia kan kak cik..puding tu macam puding suji je kak... Alhamdulillah..seronok ana mengikuti kisah pengembaraan kak cik kali ini di bumi Kashmir :)

    BalasPadam
  11. dia nk kata 64 kot kakcik... compius jgk heheheh...

    sonoknya nengok minim teh tarik bwh pokok tuh di masa dingin2 nih

    BalasPadam
  12. memang orang di sana nampak tua, katanya sebab kerja berat.. hehehehehee.. wallahualam.. Peniaga yang datang ke houseboat kami pun tua-tua rupanya tp bila tanya umur baru 40-50an sahaja.

    Dan karpet yang tak terbakar tu memang mengkagumkan. Terkedu kami masa tengok demonstrasi tapi bila dia sebut harganya, makin besar terlopong mulut kami dibuatnya.. kahh kahh kahh.. :p

    ...

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.