Kawan-kawan kakcik

Selasa, 3 November 2015

Andai suamiku seorang wakil rakyat...

Dia kena ingat
dia naik kerana undi 'peminat'
jangan bila nanti sudah mendapat tempat
hak rakyat semua dia sebat

Orang undi kerana percaya
dan mungkin juga lawannya tidak disuka
maka janganlah dia cuba bermuka-muka
seolah-olah jawatan itu membuatkan dia sangat berkuasa 

Sebelum dapat jawatan senang didekat
tapi berbeza bila sudah bergelar Yang Berhormat
bagaikan jawatan itu dipegang hingga kiamat
lupa kepada amanah dan amanat

Kalau suamiku seorang wakil rakyat 
jangan pula aku mengada-ngada tidak bertempat
hendak dilayan dengan penuh hormat
hingga menyukarkan suami hendak berkhidmat...

7 ulasan:

  1. Betul kak.. jangan mudah lupa pada mereka orang bawahan yang banyak membantu sebelum bergelar YB.

    BalasPadam
  2. zmn skrg nih kakcik... wakil rakyat kebanyakkannya cuba pandai tabur janji

    BalasPadam
  3. betul tue... jangan la kita lupa pada org yang bawahan

    BalasPadam
  4. Yb sekarang raih undi sebab nak nampak hebat je..dah jadi YB lupa kat kita yang mengundi..

    BalasPadam
  5. setuju sangat kak cik, kebanyakkannya kepentingan pribadi di dahulukan.. :(

    BalasPadam
  6. Betul tu , masa memancing undi lembut gigi dari lidah
    Habis segala ceruk kampung diredah.....

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com