Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 16 Oktober 2015

Allah SWT mentakdirkan kami tak sempat bertemu...

Pagi 12/10 aku menyebut namanya di facebook.
Tapi sehingga ke tengahari dia tidak memberi
apa-apa jawapan.  Tidak seperti kebiasaannya,
dia akan segera membalas dengan ramah.

Beberapa jam kemudian, aku mendapat khabar dari Azian Elias di kumpulan
Whatsapp bahawa Fahad sudah tiada lagi.  Punca kematiannya dikatakan
bermula dari demam dan ubat yang diambil tidak serasi.   Masih muda
orangnya. Baru berusia lebihkurang 31 tahun.  Meninggalkan seorang
balu dan seorang anak lelaki yang masih kecil.  Rata-rata mereka
yang mengenalinya sangat menyenanginya.  Seorang lelaki yang baik
dan hamba Allah yang sangat mencintai Allah dan Rasul.  Kerana itulah
Allah SWT mengambilnya pulang segera.  Bagaimana pula dengan diriku?
Allah masih beri peluang untuk aku berubah menjadi lebih baik
sebelum dijemput kembali, tapi aku masih tetap berleka-leka juga...

Secantik mana pun awan di dada langit, munculnya hanya seketika.
Tapi adakah kita mengambil iktibar tentang datang dan hilangnya?
(Gambar kiriman adikku Abil Fikri Ahmad)

Dari Allah kita datang, kepadaNya kita kembali.
Tenanglah rohmu Fahad Ali di sisi Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Setiap yang terjadi pasti ada hikmah yang tersembunyi.
Dengan izin Ilahi, kami akan teruskan kembara kami
dan kami tahu itu juga yang kamu ingini...

26 ulasan:

  1. muhasabah diri di pagi jumaat ni bonda...kita tak tau bila kita akan dijemput kan..

    BalasPadam
  2. Salam di penghulu hari kak...Allahu...bila tiba masanya ia tidak terlewat walau sedetik..Al Fatihah..

    BalasPadam
  3. orang yang baik sangat mudah kematian nyer..

    BalasPadam
  4. Saya yg kenal Fahad hanya di FB pun, terperanjat dgr kematiannya..lebih2 lagi kakcik semua mmg nak ke Kashmir nanti

    BalasPadam
  5. Al fatihah..
    Semoga rohnya dicucuri rahmat Ilahi..

    BalasPadam
  6. Ajal tak mengira usia dah kan kakchik. peringatan bagi kita yang hidup

    BalasPadam
  7. Inalillah. Tak sempat kakcik nak jumpa arwah

    BalasPadam
  8. Al fatihah...semoga arwah ditempatkan diklgn org2 yg beriman...

    BalasPadam
  9. Al Fatihah buat arwah, janjiNya telah sampai kak cik .

    BalasPadam
  10. inalillah...
    tak dpt lah kakcik ngn kak azian nk jumpa arwah november nih kan....

    BalasPadam
  11. Walaupun x kenal rasa sedih dengar berita ni..
    Dua hari lepas baca blog Yan memang terasa sangat sedihnya..
    X de rezeki la kakcik nak jumpa....
    Pi kashmir berapa.orang kakcik?

    BalasPadam
  12. salam takziah ....
    saya tak kenal fahad tetaoi dari butir bicara kak cik hamba Allah ni seorang istimewa dan baik budi pekertinya

    BalasPadam
  13. Innalillah... kakak dpt tahu dari blog Yan kakcik.
    Moga rohnya dicucuri rahmat Allah.

    BalasPadam
  14. Al-Fatihah...orang yang abik-baik selalu Allah ambil cepat.

    BalasPadam
  15. Assalamualaikum Kakcik,

    Al Fatihah...
    Sesungguhnya hidup dan mati - bagaimana, di mana, bila masanya; jodoh pertemuan dan penceraian dalam perkahwinan itu semua adalah rahsia di Allah. Yang tentu kematian itu pasti mendatang setiap yang bernyawa....

    BalasPadam
  16. Innalillahiwainnahirajiun. Al-Fatihah

    BalasPadam
  17. Allah ambil hambaNya yang baik2 sebab dunia kita makin celaka. Tapi kita tang hidup ni kena ambil iktibar dan jadikan semula dunia ni lebih gembira. Salam takziah.

    BalasPadam
  18. AlFatihaha..moga roh nya tenang disana..amin

    BalasPadam
  19. Alfatihah...semoga arwah damai disana...

    BalasPadam
  20. iyalah inalilahiwainailaihirajiuun..walaupun tak ke kashmir dan tak pernah jumpa..tapi sedih terasa sebab kami selalu bertanya kabar..hu..hu

    BalasPadam
  21. akakkk....

    petang tadi terlelap tak lama.. kejap je.. terjaga sebab rasa rasa macam saya nangis.. sekilas macam terpandang dia.. sedu2 saya kak.. terus istifar.. tapi sayu je rasa.. huwaaaaaaa..

    BalasPadam
  22. Innallillahhiwainailaihirajiunn
    semoga roh nya dicucuri rahmat ameenn
    biasa nya orang yg baik akan dipanggil dahulu kakcik
    muhasabah diri ada kah kita ni....
    atau Allah sengaja beri peluang utk kita berubah...

    BalasPadam
  23. Innalillahiwainnahirajiun. Al-Fatihah...

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com