Alhamdulillah. Aku dan semua anggota rombongan telah selamat kembali ke tanahair. Maka aku akan cuba mula mengarang tentang kembara kami selama lebihkurang 5 malam 5 hari di sana. Seperti biasa, catatanku mungkin tidak akan mengikut aturan, tapi mengikut apa yang terlintas difikiran. Lagipun sudah banyak blog yang bercerita tentang catatan pengalaman di Bali ini, kan?
Penerbangan ke Bali dengan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) pada jam 3.20 petang dari KLIA dan tiba di Ngurah Rai International Airport lebihkurang 3 jam kemudian. Waktu di Bali dan Kuala Lumpur adalah sama, cuma masuk waktu solat lebih awal.
Tiba di Denpasar. Lapangan terbangnya baru, besar, bersih dan sangat senang berurusan. |
Dari lapangan terbang, kami terus di bawa ke hotel penginapan sementara - Pop Hotel Teuku Umar.
Dalam catatanku, aku akan memberikan pautan (link) ke hotel atau tempat yang aku singgah (seboleh-bolehnya). Jadi, kalau ada yang ingin tahu tentang lokasi atau harga penginapan, sila klik pautan yang diberi itu ya. Jangan susah-susah bertanya tentang harga, kerana aku mungkin tak punya masa hendak menjawabnya. Kalau harga yang ditunjukkan bukan dalam Ringgit Malaysia, tidak menjadi masalah kerana ia boleh ditukar...
Baiklah, sebelum ada yang bertanya tentang harga pakej, aku akan beritahu secara berterus-terang ya. Tiket penerbanganku dengan MAS dibiayai oleh Iyra Mutalib (SiRibenMerah) sepenuhnya berjumlah RM671.00. Harga pakej untuk penginapan, pengangkutan, bayaran masuk ke tempat-tempat yang perlu dibayar dan makan minum aku membayar sejumlah RM800.00. Mungkin ada yang kata - MAHAL!. Bagiku, mahal murah bukan masalah (kedengarannya seperti sangat angkuh, kan?). Jika aku mampu, aku teruskan. Jika tidak, sebaliknyalah.
Yang penting bagiku, perjalanan dan percutian teratur dan makan minum tidak menjadi sesuatu yang sukar. Maklumlah, kita mengembara ke tempat yang diketahui 90% penduduknya beragama Hindu. Jadi, mendapatkan makan minum yang halalan toyyiban perlu dititikberatkan. Begitu juga dengan kemudahan untuk menunaikan solat sewaktu dalam perjalanan. Aku sudah berusia dan kurang upaya untuk berlagak muda dan tahu segala. Kerana itulah aku perlu dan pentingkan acara yang teratur walaupun mungkin terpaksa membayar lebih sedikit...
bersambung...
nunggu lagi lar nie ,.,,,,
BalasPadamjgn lama lama kak
wow bestnya :)
BalasPadamAssalamualaikum my lovely KakChikS
BalasPadamHarap Kakchiks sihat2 lepas bercuti-cutian:):)
Tksh perkongsian citer..manalah tahu..terbuka hati ke Bali lepas2 ni..;)
alhamdulillah kak cik dah selamat sampai... take care kak cik
BalasPadamkakcik mahal ke murah bkn masalah... kata org biar mahal asal puas hati... biar perkhidmatan yg kite bayar sesuai... mmg btl lah kt bali agak pyh kn nk dpt makanan halal sbb penduduk islamnyer ada beberapa percent je kt sana...
BalasPadamjgn lupe sambung cite lg tau kakcik
occay...ferd tunggu the next entry..nak tengok gambar2 bonda kat sana
BalasPadamBESNYA KAK CIK.. SEMOGA SEMUA BERJALAN LANCAR YER DLM PERJALANAN NI..
BalasPadamsaya setuju dgn mak..bab tempat tinggal makan minum saya sanggup bayar lebih dan bayar mahal asalkan terjamin dan diyakini..
BalasPadamSori tanya. Camner c riben merah boleh baik hati menaja? Banyak tuh. Rm7 rat lebih kurang. Airasia saya pernah naik dulu dalam 100 je. Promosi. N actually halal mudah gara2 orang surabaya berhijrah niaga makan di Bali. Lupa pulak saya nak saran kakcik agar gi lombok sat. Dekat sangat dah. Sori. Saya pun lom p. Hmmm. Tempat DIA... ISTERI LUAR BIASA dok nikah :P
BalasPadamSiRibenMerah adalah anak angkat kakcik. Buat masa ino dia tinggal dengan kakcik.
PadamBetullah kakcik harga mahal murah bergantung pada diri kita yg menilai dari apa yg kita dapat.
BalasPadamTepuk dada tanya kepuasan yg diperolehi darinya..
Serok jalan-jalan Kakcik. Balik nanti bawa hadiah yea.hehe.
BalasPadamKalau kita mampu apa salahnya, Kakcik. Mahal atau murah, kita yang menanggung RMnya :) Okeylah lepas ni nak sambung baca 'pengembaraan' Kakcik di Bali.
BalasPadamassalamualaikum,
BalasPadamjangan lupa sambung tau
Dak Iyra tinggal dengan kakcik sekarang.. bestnya.. tetiba feeling nak jadi anak angkat kakcik.. hehehe..
BalasPadamsaya tak pernah lagi naik kapal, berselisih dgn kapal lain. mybe sbb tak pernah naik kapal utk ke luar negara kot. :)
BalasPadambeshnye .... honey moon
BalasPadambestnyeeeeee....sy suka jalan2 ni tp belum ade peluang berjalan2 ke bali
BalasPadamDah ketinggalan banyak cerita kakcik.. huhuhu. hari tu baca masih di India tup-tup dah sampai Bali pula.
BalasPadam