Kawan-kawan kakcik

Isnin, 18 Mei 2015

Warna-warni Delhi (Bahagian 1)...

Aku tidak akan membuat catatan bagai sebuah diari yang bermula dari langkah pertama perjalanan, menaiki kapalterbang, berhadapan dengan imigresen dan sebagaiknya.  Aku akan buat catatan mengikut apa yang terlintas di fikiran dan berkaitan dengan gambar yang aku lihat.  JANGAN BERHARAP UNTUK MELIHAT GAMBAR YANG PELIK DAN JELIK DI BLOG INI. Walaupun aku melihat dengan mata sendiri tentang kedaifan, kekotoran, gelandangan dan sebagainya, aku sama sekali tidak merakam gambar-gambar itu kerana kita sendiri tentu tidak suka segala keburukan kita disebarkan ke serata dunia. Aku mungkin akan bercerita tentang hal tersebut, tapi tanpa gambar ya...

Delhi dan jalanrayanya yang sesak.

Biarpun ada garisan yang menunjukkan lorong
(contohnya 4 lorong), tapi lorong itu mungkin
bertukar menjadi 5 atau 6.  Walaubagaimanapun
masing-masing faham dan tidak berlaku pertelingkahan.
Cuma bersedialah untuk mendengar bunyi hon yang
tidak putus-putus.  Tiada pemandu yang marah-marah
kerana memang bunyi hon itu sebagai satu 'bahasa'
yang mereka sendiri faham sesama mereka.

'Teksi' yang selalu diisi selagi muat.



Jarang sangat dapat melihat bangunan -
sama ada kedai, bank atau sebagainya
yang besar, cantik dan tersusun.

Waktu ini di tol.  Aku menumpang
kereta Audi Q7 yang serba mewah.
Tiba-tiba aku terpandang bas yang
baru bergerak (selepas membayar
tol) dan seorang lelaki sedang
bergayut di tangga yang terdapat
di belakang bas tersebut walaupun
dalam bas masih banyak tempat
duduk.  Aku bertanya kepada
pemilik Audi ini tentang hal tersebut.
Beliau hanya mampu menjawab,
'welcome to India.  This is the
colourful of India'
...





40 ulasan:

  1. bangunan lama-lama ye kakchik.ni di tgh bandar ke pinggir bandar kakchik

    BalasPadam
  2. macam susah sangatkan kehidupan diorang kat sana..tengok bangunan diorang pun lama dah kot..

    BalasPadam
  3. bila ada kat negara org kiter lebih menghargai negara sendiri kan mak walaupun kiter tak suka dgn kerenah negara sendiri..hehehe..

    BalasPadam
  4. Jauh bezanya pembangunan di sana dgn tempat kita ye Kakcik.
    Barulah rasa cantiknya negara kita..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sangat jauh bezanya. Pembangunannya macam negara kita di tahun2 60an MUNGKIN...

      Padam
  5. betul lah.. very the colourful of india! tapi india yang belah2 kaki gunung tu cantik kan..sejuk je..tengok dalam tv lah..hihi

    BalasPadam
  6. MasyaAllah..bersyukurnya dilahirkan dan menjadi warga Malaysia..

    BalasPadam
  7. mana2 tempat kt dunia lagi2 bandar yg ada berjuta2 penduduk msti sesak tu sesuatu yg biasa...
    nsb kakcik tak pi stesen keretapi, depa lg hardcore tang naik keretapi kan...

    kalu tgk kt tv tuh mcm ngeri lak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekarang mereka tidak dibenarkan lagi duduk di atas bumbung keretapi berikutan kemalangan yang pernah terjadi satu masa dulu. Tapi kakcik melihat keretapi mereka di mana penumpang bersesak duduk di atas lantai...

      Beijing (yang kakcik pergi beberapa bulan lalu) juga mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi. Bagaimanapun pembangunannya lebih teratur, tersusun dan berkembang dengan baik.

      Padam
  8. FUHHH .... tak sabr nk tgk tajmahal

    BalasPadam
  9. Kbrnya jgn sesuka hati mkn di gerai tepi jln..
    Boleh keracunan...
    Iyer ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kami memang tidak berani mencuba (dan tidak dibenarkan oleh 'pengiring') untuk membeli dan mencuba makanan yang dijual ditepi jalan. Abang Mus tengok sendiri bagaiaman mereka memproses kentang yang direbus, diramas dan digoreng oleh anak muda berlantaikan tanah dalam keadaan kebersihan yang 'menyedihkan'...

      Padam
  10. KakCik tak bercadang nak lanjutkan perjalanan ke ke utara lagi ke - ke Kashmir.? Di sana orang kata pemandangannya sangat cantik, banyak gunung dan tasik, orang2nya juga cantik2 dan hensem, majoriti Islam. Cuma sekarang kurang aman sikit di sana kerana ada gerakan pemberontakan melawan India...

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah. Memang ada dalam perancangan. Mungkin beberapa bulan lagi atau bila sampai saatnya nanti, dengan izin Yang Maha Berkuasa... :)

      Padam
  11. Diaorang punya bandar kalau kat sini kita panggil pekan je kan kak??tapi itu lah india..tak sama macam negara lain.kalau sama mungkin bukan india kot..hahahah

    BalasPadam
  12. Balasan
    1. Pergi dgn MH190 balik dgn MH173... Lbhkrg RM1200 seorang pergi balik

      Padam
    2. Not bad jika rm1.2k dgn mas :) tq 4 ur info kak cik!

      Padam
  13. 1- Pakej kakcik ni, mmg transport nya naik Q7 kah?

    2- Kakcik ada try tak public toilet kat sana?

    3- Sepanjang kat sana, kakcik ada try makan kat luar ( bukan kat hotel) ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. 1 - ada coaster dan bas khas juga

      2 - tandas awam di RnR yg kakcik masuk mmg bersih dan berjaga. Yang penting ada paip air untuk 'membasuh'... :)

      3 - memang tak sebab makanan disediakan di hotel2 dan restoran terpilih...

      Padam
  14. selalu ana lihat keadaan sebegini dalam dokumentari2 tapi kak cik telah diberiNya kesempatan melihat dengan mata sendiri.. wah sungguh mencabar kehidupan kota disana .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kakcik sedang menyusun ayat tanpa gambar untuk menceritakan apa yang kakcik lihat di sana. InsyaAllah

      Padam
  15. Syukur M'sia masih aman... Kena sgt bila bandingkan dgn India kan kak cik? hehehe
    Ini orang kata, jauh berjalan, luas pengalaman...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Benar. Lain rasanya kalau sekadar mendengar atau menonton di tv dengan melihat sendiri secara nyata...

      Padam
  16. itu baru bas dah bergayut2..kalau keretaapi dia lagilah penuh kat atas tu macam yang yan lihat kat youtube....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekarang dah takde yang duduk atas bumbung, tapi kat dalamnya tetap bersesak. Kakcik terlepas untuk merakamkan gambarnya...

      Padam
  17. Walaupun Kakcik tak share gambar, dah boleh bayangkan bagaimana kedaifan hidup mereka di sana. Tapi okeylah tu, 4 lanes jadi 5,6 lanes dan takda siapa pun bertumbuk sampai keluar steering lock bagai :)

    Amboi, Kakcik. Naik Q7 gitu. Dalam kedaifan ada juga kemewahannya hah ~_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah yang kami guraukan 'kalau di Malaysia, kena hon banyak kali, mahu ada yang terlentang kena belasah'... :)

      Perbezaan darjat yang ketara - macam kemewahan dalam filem dengan kedaifan di dunia realiti...

      Padam
  18. Kata suami Aina negara India ketinggalan 20 tahun kebelakang dari Malaysia...tapi bila melihat gambar2 ini bukan 20 tahun lebih mau.

    BalasPadam
  19. akhirnya, ada juga cerita dari kakcik. menunggu kerana saya pasti, pasti ada cerita menarik yg ingin dikongsikan. apatah lagi di India =)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com