Kawan-kawan kakcik

Sabtu, 30 Mei 2015

Bila kawan sudi bertandang...

Makcik Kantin
(tak tahu mana dia dapat gelaran itu sedangkan
beliau tak pernah pun berniaga makanan apatah
lagi berniaga di mana-mana kantin!)

Sejujurnya aku memang segan @ malu sangat hendak  mempelawa kawan-kawan (apatah lagi kawan yang tak pernah singgah) datang ke rumahku - kecuali kalau aku membuat majlis / kenduri. Rumahku memang bersepah.  Ada sebuah katil bujang terletak di ruang tamu.  Suamiku sengaja meletakkannya di situ supaya aku mudah berehat, katanya.

Dapur pun bersepah.  Tapi bila ada kawan yang tetap sudi hendak singgah, aku tetap menerimanya. Aku sangat berbesar hati bila mereka menjamah apa sahaja yang aku hidangkan.  Lihatlah Makcik Kantin tu, dia makan nasi berlaukkan ikan singgang yang kumasak pada hari sebelumnya sahaja. Alhamdulillah.  Mereka yan begini membuatkan aku merasakan disayangi dan dekat di hati.  Asal jangan serik untuk datang lagi, ya...

Ini adalah catatan berjadual.

7 ulasan:

  1. Pada saya, yang pentingnua ukhuwah itu

    BalasPadam
  2. Tak kisah rumah macam mana, yg penting dapat rapatkan silaturahim kan kak Cik? ^_^

    BalasPadam
  3. Saya pun macam kakcik gak segan nak ajak kawan dtg rumah bukan apa. Rumah fmly mcm rumah bujang xde furniture, anak2 masih kecil dorang duk main lari-lari,,,, its ok kakcik yg ptg tetamu kita dpt terima seadanya kita. Teman yang baik tidak kisah keadaan kita macamana kan...

    BalasPadam
  4. Bila kita ikhlas berukhuwah..insya Allah rungutan itu terbuang jauh dari sanubari..

    BalasPadam
  5. Sama la kita kakcik..akak pun segan malu semua perasaan ada la.kita ni dirumah sorang je pompuan kan.dulu muda2 memang rajin kemas..dah tua2 ni rasa tak larat je..cepat letih

    BalasPadam
  6. Saya pun sebenarnya ada perasaan itu. Kalau rumah tak kemas ikut mata pandangan saya, memang laralah hati bila dengar orang nak bertandang. Selalu aje saya re-direct mereka ke rumah kakak saya yang sentiasa kemas rapi. Itu pun kalau saudara maralah. Kalau kawan-kawan, tak kan nak redirect bagai pi rumah kakak pulak :)

    Kalau tak pernah berniaga/niaga kantin, macamana dapat gelaran Makcik Kantin pulak ni?

    BalasPadam
  7. Kalau SA kan mak...SA x kisah semua tuh...rumah yang SA belikan untuk mak abah 4 tahun lepas pun dah jadi rumah apa dah..dah x boleh nak lawa2 dah sebab anak2 buah nakal...dinding dah jadi papan hitam...berconteng sana sini...nak cat abah x bagi...nanti berconteng balik...nak buat cane...nak pasang cabinet dapur pun abah x bagi dulu...tunggu diorang membesar katanya....adeh...tp kalau kawan2 nak dating boleh je...SA x kisah...SA terima seadanya...sebab SA jenis suka menjamu...mak meh la dating rumah SA...leh layan masak lomak cili api...

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com