Aku meluru masuk di kaunter Imigresen KLIA :
iya - aku nampak, aku boleh baca dan aku faham -
tertulis di situ FOREIGNER PASSPORT
tapi aku masuk dengan selamba
(kebetulan kaunter itu memang lengang)
aku disambut dengan senyuman
dan sapaan 'oh.. pasport Malaysia'
oleh pegawai wanita di situ.
Aku bertanya 'tak boleh ke?'
'Boleh sahaja Puan', jawabnya.
Aku pun berlalu dengan lega.
Sampai di SANA-
aku lihat kaunter yang tiada 'pelanggan'
aku hampiri
pegawai imigresen itu kelihatan sedang bersantai
kuhulurkan pasport -
dia buat muka selamba
tidak memandang pun kepadaku
kemudian pura-pura memicit kepala
rakannya di sebelah hanya memandang kepadanya sekilas
dia tetap tidak berbuat apa-apa
aku ambil pasport dan bergerak ke kaunter sebelah
datang lelaki Inggeris ke kaunter yang kutinggalkan
petugas itu dengan muka cemberut
mengambil papan tanda 'COUNTER CLOSED'
dan diletakkan di atas kaunter
sambil menggoyang-goyangkan kerusi
dengan gaya yang menyakitkan hatiku
dengan wajah hairan lelaki Inggeris mengundurkan diri
hati jahatku berkata
'kalau aku letakkan duit, mungkin dia berubah gaya'
ah...
'kalau terjadi begini di Malaysia,
mungkin sekejap sahaja kau akan jadi ternama'...
kita orang melayu ni penuh adab dan sopan. tolak ansur tu masih ada.
BalasPadamhmmm...
BalasPadambiasalah tu mak....kat Malaysia kalau buat jd viral nnti
BalasPadamermmmmmmmmm
BalasPadamsbb tu ada seorang kwn beritahu... pegwai kerajaan ni takde kredibiliti... sbb segelintir pegawai gomen yg begini lah semua di cop begitu....
BalasPadamkalu takmo bt keje... amik la cuti jgn lah bt muke gitu, dhla kerja di bahagian kaunter
kenapa lah nak kena buat muka menyakitkan hati tu.. haishh
BalasPadamhidup tu janganlah berlagak..
BalasPadam.agaknya dia tak tahu kot kakcik ni kak long kawasan..kalau dia tahu pasti dia layan... :-)) gurau je kakcik
Iyaa kakcik..mmg lemas klau berurusan dgn org melayu ni...maaflah ckap...takyah kaunter awam..pekerja kedai orang melayu..KEBANYAKANNYA begitulah feel amalan mereka...saya dulu slalu ke old town di beberapa lokasi..kebnyakannya ambik orang luar..ada seketol 2 jer mlayu..dan klau kita kluar malaya ni amat tersentuh hati dan kalbu apabila mereka begitu ikhlas berseri muka membantu..lain ugama..lain banga..lain budaya...hnya nukilan saya yg biasa mengalaminya
BalasPadamKakcik...
BalasPadamPerangai buruk mcm tu sambut tetamu?
Buat busuk nama negara... Memalukan
Ramai lg org nak kerja tetap begitu...
Saya pulak yg terlebih hangin....
Aha, kak... Saya pernah kena sekali kat negara HD. Saya masuk hulur passport, dia tanya guna signal dari mana? Saya pun jawablah 'Malaysia'! Dia pura-pura tak faham bahasa sambil lewa jerk tengok passport saya pastu sengeh-sengeh sesama dia kat kaunter tu buat kerja. Orang HD ni lagi teruk, pandang tinggi pada bangsa sendiri dengan erti kata yang mudah - bodoh sombong! Oppss....alamak! Terlepas cakap dah! Nasib baik HD tak suka baca blog *_*
BalasPadamnak kerja biarlah dgn ikhlas ,,
BalasPadamItu mmg biasa kakcik..
BalasPadamEloknya, zaman viral memviral ni, kita rakam aksi mereka, post kat Youtube...hahaha
Saya tak pasti itu salah siapa. Tapi yang pasti, individu tu dah tentu tak layak kerja di situ. Menghabihkan boreh yo...
BalasPadamNampak sangat budi-bahasa di tempat kita jauh lebih tinggi berbanding di tempat mereka.
BalasPadamPucuk pangkal hati..bila kita suka mudahkan urusan orang lain..in sya Allah urusan kita pun dipermudahkan..masalahnya terkadang emosi melangkaui kewarasan..mangsanya kita..
BalasPadambetullah kakcik.. kalau di Malaysia sekejapan je pasti terkenal..
BalasPadamKakcik tak rakam ke wajah 'cemberut'nya itu (lama tak dengar perkataan ini!). Kalau rakam tentu jadi viral kat India...
BalasPadamcemberut? apa tu kak cik... perkataan baru ni...hehhehe
BalasPadamMenunjukkan muka 'masam', tidak puas hati dan memandang dengan pandangan yang menjengkelkan... :)
Padam