... nanti akan kedengaran lagi alasan basi
kononnya agama bukan untuk dijualbeli
mengajarlah dengan seikhlas hati
kelak adalah ganjarannya 'di sana nanti'
kamu bukannya sepenting menteri
pelajaran yang kamu ada pun tak sebegitu tinggi
jadi jangan merungut tentang gaji
bersyukurlah dengan elaun yang diberi
menjadi guru KAFA
bukan setakat mengajar anak-anak mengenal Alif Ba Ta
hukum Allah di bawa sama
halal dan haram diajar agar jelas maksudnya
malangnya nasib mereka
kerana suara mereka sangat kecil adanya
mengharapkan elaun semata-mata
jangan berangan kenaikan tahunan seperti pekerja lain terima
bukan sekadar itu sahaja
hak mendapatkan rawatan percuma juga tiada
tiada keistimewaan seperti 'guarantee letter'
untuk ke hospital Kerajaan apalagi hospital swasta
nasib mereka bagai sianak tiri
mereka dipandang hanya waktu merayu undi
bakal-bakal waibi sibuk berjanji
bila menang nanti elaun mereka akan dikaji
sesudah menang dan sesudah membentuk Kerajaan Negeri
kewujudan mereka tidaklah penting lagi
maka teruslah mereka menanti dan menanti
bagai mengharap Kerajaan mengkaji semula pelaksanaan GST!
simpati dengan mereka...
BalasPadammudah2an nasib mereka terbela
selalu dengar orang cakap... "guru KAFA jer..".
BalasPadamDan GB macam..."jerrr???"
Guru KAFA juga penyumbang kepada sesuatu. Kenapa mesti ada "Jer??".
Sekian. Emo pulak GB.
asalamualaikum kak cik :-))..selamat hujung minggu
BalasPadamMesti kaya jika buat tuisyen tajwid & Arabic
BalasPadamTAPI meLAYU bukan bisnes minded. Sob
Sepatutnya guru kafa, imam & yg berkaitan di serap ke payroll jabatan agama islam kan?
BalasPadamKadhi malah imam ada yang pangkatnya sehingga ke taraf JUSA tapi guru Kafa jangan kata JUSA, jawatan tetap pun tak ada. Betapa beza antara pejuang yang dekat dengan masyarakat dan mereka yang di tampuk kuasa...
BalasPadamKesiannya kalau dianaktirikan dan jadi suara minoriti macam ni....
BalasPadamsimpati...
BalasPadam