...aku cuma punya empat anak. Keempat-empat mereka adalah lelaki.
Along sudah berumahtangga dan tinggal bersama anak isterinya.
Angah sudah bekerja (kalau ada di rumah pun dia bagaikan anak dara - duduk di bilik menghadap komputer atau bermain permainan yang disambung ke peti televisyen. Sesekali di hari cuti, dia keluar dengan kawan-kawannya yang ada dua tiga orang cuma).
Adik (sibongsu a.k.a Budak Sepet) masih di tingkatan dua. Kesukaannya bermain bola. Kalau hari cuti, pagi-pagi lagi kawan-kawannya akan datang memanggil untuk bersama-sama ke padang. Kulitnya yang putih melepak sudah bertukar jelaga...
Bangcik anakku yang ketiga - hari ini kami suami isteri mendaftarkannya untuk menyambung pengajian di sebuah IPTS yang terletak di Shah Alam. Dia sangat berminat dalam bidang masak memasak. Jadi, selepas mendapat keputusan SPM baru-baru ini (keputusan yang sangat sederhana dengan cemerlang dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris) dan setelah bertanyakan kemahuannya, maka di sanalah dia kami tempatkan. Belajar dalam bidang Diploma Seni Kulinari untuk tempoh dua setengah tahun. Semoga impiannya akan menjadi kenyataan dengan penuh cemerlang nanti. InsyaAllah.
Bila balik ke rumah pada petang ini, baru aku perasan bahawa rumahku sunyi sepi.
Along di tempat kerja dan akan balik ke rumahnya.
Angah juga masih di tempat kerja dan akan balik lewat petang nanti.
Bangcik di minggu orientasi dan akan tinggal di asrama.
Adik di sekolah dan akan pulang hampir menjelang Maghrib nanti...
Menyesalkan aku bersara awal? Tidak...tidak sama sekali... Kerja tidak lagi membuatkan aku gembira...
itulah cycle kehidupan kita kan kakcik..
BalasPadamtapi sekurang kurangnya, Bangcik gi belajar di Shah Alam aja, tak la jauh pun nak menjenguk..
Along pun duduk sekitar KL aja..
Masih dekat...
yelah kakcik selalu riuh lama2 dh makin sunyi bile masing2 dh makin besar
BalasPadamtp kakcik ada ramai kwn2 yg boleh ceriakan hidup kakcik kn...
ni yg bt rasa nk balik kg nih, rindu kt org kg
saya pn ada 4 anak lelaki kak.. bila dah besar2 masing2 sibuk yer kak.. masa kecik2 mcm nak pecah umah
BalasPadammsa kecik kite tkt nk beranak rmi2, tp bile dorg dh besar bru terasa, bestnye ad anak rmi..tp zmn skrg ni xblh nk anak rmi huhu..
BalasPadamsalam. kak chik, nasib kita serupa. saya hanya ada sepasang cahaya mata. bila along di u, sunyi sgt, empty nest syndrome. baru2 ni wardah yg SPM tahun pergi camping, masyaAllah tido tak lena, makan tak lalu & mandi x basah. Sampai terkeluar kata2 adek Spm score straight As nanti minta Uitm shah alam je dekat. mak sanggup jadi supir adek. terukkan
BalasPadamKak....saya yang punya anak hanya seorang ni, mcm manalah agaknya yer...
BalasPadamKenapa N3 akk ni buat saya jd gusar..akk ada 4 lelaki saya ada 3 perempuan...ys sulung Di Johor..Yg ke2 form 5...brgkali thn hadapan tidak lagi bersama saya...dia sudah pun memilih 3 IPTA utk didiami nnt...InsyaAllah..yg ke3 biar masih dirumah...pejam dan celik...brgkali dlm temph 3 thn kalau keputusan baik..mungkini akan juga mengikut jejak2 kakaknya....hrmmmm...
BalasPadamsalams kak, saya pon akan merasa mcm akak :(
BalasPadamtakper kak... rileks je kat umah tu ek..
BalasPadamumah yan lagi sunyi...hanya tinggal kami berdua..anak cucu balik waktu cuti panjang aje...masing2 dah berkeluarga
BalasPadamkakcik,
BalasPadamsaya diutara,anak anak diKL dan pantai timur.Saudara mara sendiri pun jauh.Ada masa rasa sangat sunyi..Mujuq ada blog boleh dok jengok.
lumrah kak cik dulu berdua kemudian meriah dgn anak2 kemudian bila mereka dah makin membesar lambat laung kembali berdua...
BalasPadamMacam ni kot perasaan mak saya sekarang... huwaa, rindu kat mak :(
BalasPadamSaya juga yg punya anak 6 kadang2 rasa sunyi juga kerana kebanyakan anak masih menuntut di IPTA yg bongsu di MRSM... kebanyakannya di luar rumah... hanya bila cuti raya rumah ceria dgn tawa anak2..
BalasPadamAyat last tu kakcik.. Sy dok rasa..tak tau lah kenapa. Helppp..
BalasPadamTahniah Kakcik...anak2 berjaya, sudah bermenantu dan bekerjaya. Masa inilah emas yakni masa utk mengulit diri sendiri, rohani dan jasmani, fizikal dan mental. Allah swt bersama dlm doa doa mu.
BalasPadamKakcik..lepas ni kena suruh abang Bob pencen..barulah kakcik takkan sunyi..he..he..jadi macm zaman baru kawen gitu..kih..kih
BalasPadamlya lak ada sorang je anak..
BalasPadamnnti bila asya dh bsr..msti lya pon akan rsa sunyi camni ;-(
rindu pulak dekat mak kt kg :'(
BalasPadamKakchik rasa sunyi tu sementara saja..lama2 nanti hilanglah..
BalasPadamSudah jadi lumrah hidup. Kecil-kecil kita tatang mereka dengan kasih sayang dan tanamkan ilmu untuk hidup. Sudah besar dan dewasa, masa untuk mereka mengembangkan sayap mereka. Maka tinggal kita kesunyian merindui gelak ketawa mereka. Justeru inilah masa untuk kita libatkan diri dengan beberapa aktiviti yang tidak berpeluang dulu disamping bersedia diri untuk mengadap Nya nanti.
BalasPadamOhhh anak KC semua lelaki yeh.....Kiranya KC ramai menantu pompuanlah yek.
BalasPadamOkje, kalau belah pagi mmg sesorang KC....tp okje suka time sunyi cenggitu. Layan blog dan buat kerja rutin.
On9 biz pun kerja jgk :)
BalasPadam