Kawan-kawan kakcik

Selasa, 24 Mac 2015

Percutian singkat ke Kuala Terengganu...

Sebenarnya nak katakan percutian pun tak berapa nak kena.  Aku kan memang dah cuti dari dunia pekerjaan buat selamanya (InsyaAllah) dan En Sepet pun dalam cuti sekolah.  En Suami ke sana atas urusan kerja, jadi anak isterinya hanya menumpang (seperti biasa)...

Pergi pada pagi Isnin (16/03/2015) dan balik pada petang Selasa (17/3/2015 - tiba di rumah lebihkurang jam 12.00 tengah malam) sebaik suami selesai dengan tugasnya.  Sepatutnya balik pada Rabu (18/3/2015) tetapi memandangkan En Sepet tidak begitu sihat dan ada tugas menanti, kami balik juga pada petang Selasa itu.

Jom tengok gambar dengan sedikit catatan (mohon maaf kepada yang tak boleh nampak gambar di blog ini kerana aku sendiri tidak tahu apa puncanya)...

Selepas lebihkurang enam jam perjalanan dari Kuala Lumpur
melalui Lebuhraya Pantai Timur (LPT)  dan LPT2, kami tiba
di Kuala Terengganu.  Bas Bandar ini merupakan salah satu
'mercu tanda' Kuala Terengganu.

Kami menginap di Primula Beach Hotel









Selepas mendaftar masuk dan meletakkan beg,
kami keluar ke Pantai Batu Buruk...

Hampir kesemua gerai di Pantai Batu Buruk ini menjual
makanan bergoreng ini (colek?).  Tapi kami tak beli pun.

En Sepet punya

Air Batu Campur tetap menjadi POJAAN
hati dan tekak En Suami


Sempat juga singgah di Pasar Besar Kedai Payang (Pasar Payang)
tapi di sini juga kami tidak membeli apa-apa

Tumpang lalu, ya...

Cuaca adalah sangat panas pada masa ini.
Ada sepasang pengantin (tak pasti sama ada
pengantin betul atau hanya model majalah)
membuat penggambaran di sini.

Jalan-jalan lagi dan singgah makan di gerai mana entah,
pesan dan makan kuey teow goreng basah ini.

Sarapan pada pagi 17/3/2015.
En Sepet yang tidak begitu sihat juga tidak
begitu berselera untuk makan.

Nasi Dagang i ni memang betul-betul 'dagang'. Lauknya hanya
satu - gulai ikan tongkol.  Tapi rasanya teramatlah sedap.  Kalau
tak percaya boleh tanya Amy.  Kan Amy, kan? :)

Untuk makan tengahari merangkap makan
petang, kami cuma pesan makanan dihantar
ke bilik kerana En Sepet sudah 'melepek'.
Andai dia sihat, jangan haraplah hendak duduk
di dalam bilik.  Pasti emaknya jadi peneman
di tepi kolam mandi.  Chicken Chop ini
berharga RM30.00 (termasuk cukai)

15 ulasan:

  1. Kesian en sepet tak sihat ye... tak dapat lah bercuti dengan kolam renang.. tak apa lah cuti sekolah lagi boleh jalan2 lagi...

    Memang singkat betul percutian kakcik tu ye..

    BalasPadam
  2. Mahalnya chicken chop dia kakcik. kalau beli nasi dagangn dpt banyak pinggan agaknya:)

    ps: kakak dah boleh nampak semua gambar dlm N3 kakcik. Tapi blog sendiri masih sepi lagi.

    BalasPadam
  3. kesian en.sepet tu ek tade mood je nampaknya,...tak dapat menikmati percutian dengan seronok la kan kalau dah tak sihat tu bonda..

    BalasPadam
  4. Nampak jer gambarnya kakcik...alahai sian budak sepet...

    BalasPadam
  5. Rasa tak seronok bila berjalan dalam keadaan tak sihat..
    Chicken Chop tu fuh.. boleh tahan regenya.

    BalasPadam
  6. saya suka pi Kuala Terengganu tapi tak suka duduk lama dlm kereta kerana perjalanan yg jauh.
    Best makan2 di sana..
    Naik flight rasa macam tak puas nak jalan2..
    Makanan disana mmg superb..

    BalasPadam
  7. lawanya bus tu, macam rumah tradisi pon ada (sekali pandang)

    BalasPadam
  8. nanti boleh cuba nasi dagang kak pah. kena baratur panjang setiap pagi.

    BalasPadam
  9. mmg menu nasi dagang kt primula tu mmg sedap..kalo outsttaion ganu mmg wajib bfast menu tu je la kt hotel..hehehe....sedap air sept tu..coconut shake ke?

    BalasPadam
  10. lamanya tak pegi trengganu.. penah gak dulu duduk kat primula ni..
    tp years agooo.. time sek rendah. hihi..

    kalo p mak ayah mesti nk makan nasi dagang tp CT xleh..
    kenot go ngan tekak.. eh nasi n kuah tu okay.. ikan tongkol tu yg xleh..
    kalo gnti ikan lain okay =D

    BalasPadam
  11. Chicken chop gitu gaya RM30? Yalah, namanya pun dari dapur hotelkan. Haruslah, haruslah mahal :)

    Untunglah Kakcik bila-bila boleh pergi cuti, tak kiralah percutian pendek ke panjang. Kalaulah saya dapat pergi Terengganu walaupun katanya percutian pendek jerk, haruslah penuh sumbat barang dalam bonet. Bukan tiap-tiap minggu dapat pergi. Ini pun lama sangat tak berjalan ke belah pantai timur nih.

    BalasPadam
  12. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi kami di:

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Kami memberikan pengkhidmatan yang baik dengan penuh rasa kekeluargaan dengan harga tour yang sangat berpatutan di daerah yang favorit untuk di lawati di Indonesia seperti : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour dan Bali Muslim Tour.

    Contact person : Riko Adryansyah
    Mobile : +6281365654104 ( WhatsApp )
    E-Mail : riko_kitaholidays@yahoo.com

    BalasPadam
  13. Assalamualaikum..
    JOM BERKUNJUNG KE SABAH
    kami akan MeRealisasikan percutian anda bila berkunjung ke Sabah,
    BORNEO KINABALU TOUR & TRANSPORT SDN. BHD

    PAKEJ 3HARI 2MALAM

    01/ Hari Pertama (OVERNIGHT KUNDASANG)
    1000 : Jemput di Lapangan Terbang KKIA Terminal 1/2
    1030 : Melawat Rumah Terbalik (up side Down House) Tamparuli.
    1130 : Melawat Pekan Nabalu
    1230 : Melawat Ladang Lembu (Mini New Zealand).
    1400 : Makan Tengah hari di Kundasang.
    1600 : Check in Hotel/Homestay/Chalet (Kundasang)
    1900 : Hantar untuk Makan Malam pekan kundasang.
    *Tour Tamat*

    02/Hari Kedua (TOUR KUNDASANG & RANAU)
    0900 : Jemput dari Hotel/Homestay/Chalet
    1000 : Melawat Ikan Spa.
    1130 : Melawat Hot Spring, Canopy Walk & Air Terjun.
    1600 : Melawat Jambatan Tamparuli.
    1700 : Melawat Yayasan Sabah.
    1730 : Melawat Masjid Bandaraya Kota kinabalu.
    1800 : Melawat Signal Hills.
    1830 : Melawat pasar kraftangan (Pilipino Market).
    2000 : Check in Apartment Marina Kota kinabalu.
    *Tour Tamat*

    03/ Hari Ketiga (SAPI, MANUKAN ISLAND & AIPORT TRANSFER)
    0830 : Check Out dari Apartment Marina ke Jeti Jesselton Point.
    0900 : Menaiki bot ke pulau Sapi (aktiviti pantai & snorkelling).
    1200 : Makan tengah Hari BBQ yang disediakan.
    1245 : Menaiki bot ke pulau Manukan (aktiviti pantai & Snorkelling)
    1500 : Menaiki Bot ke jeti Jesselton Point.
    1530 : Jemput dari jeti Jesselton Point & Melawat Tanjung aru Beach.
    1700 : Transfer ke Airport KKIA T1/2
    *Tour Tamat*

    Pakej ini Termasuk :
    1). Pengangkutan Selama 3Hari 2Malam
    Van Pelancongan @ Taxi Limousine
    Pemandu
    Minyak
    Muatan Maksimum 10 Dewasa
    2). Penginapan Homestay Kundasang & Marina Apartment Kota Kinabalu
    May Homestay Kundasang (1Night)
    Marina Apartment Kota kinablu (1Night)
    3). Tiket-Tiket Masuk tempat lawatan
    Rumah Terbalik (up side down house)
    Ladang Lembu
    Hot Spring
    Ikan Spa
    4). Pulau Sapi & Manukan
    Tiket pulau Sapi
    Tiket pulau Manukan
    Insurance
    Bot
    Jaket Keselamatan
    Maks Snorkelling
    Makan Tengah Hari BBQ di Pulau Sapi.
    Untuk keterangan pakej lebih lanjut bole berhubung,
    En Roslan 0168392919 (whatsapp)
    Email : borneoukinabalutour@gmail.com

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com