Sebelum ini aku ada 4 kad hutang. Walaupun hadnya tidak banyak bagi setiap satu, kad A (RM4K) kad B (RM5K) kad C (RM7.5K) dan kad D (RM9.1K), ia adalah sangat membebankan bila kesemuanya digunakan sehingga kadangkala melebihi had yang ditetapkan!
Jadi bayangkanlah, sekiranya setiap satu aku guna semaksimum mungkin dengan kadar bayaran minimum walaupun hanya 5% dari setiap kad pada setiap bulan, berapa banyak wang yang perlu aku keluarkan? Itu belum lagi termasuk hutang-hutang yang dipotong secara tetap dari pendapatan setiap bulan. Setiap kali mendapat gaji (dan sekarang pencen), memang tiada baki malahan kadangkala langsung tidak cukup untuk dibuat belanja. Perit memang perit. Tapi tidak juga serik. Kononnya atas tuntutan keperluan seharian, kad terus digunakan. Jumlah hutang tak pernah surut. Insaf sekejap bila sudah rasa tercekik, tapi bila sudah boleh menelan semula, keinsafan itu terbang entah ke mana...
Selepas pencen, aku mendapat sedikit ganjaran. Aku lunaskan hutang bank yang berjumlah puluhan ribu ringgit. Kononnya semua kad hutang juga hendak aku lunaskan dan berhentikan terus penggunaannya. Tapi, ada keperluan lain perlu kuutamakan. Anakku mahu membuat pinjaman bank untuk membeli rumah. Pinjaman hanya diluluskan 90% dari harga rumah. Lalu sebagai ibu yang baik hatilah sangat, aku berikan wang perbezaan 10% itu untuk anakku. Nampaknya aku masih belum berjaya 'menutup' kad kreditku.
Pernah semua hutang kad kreditku tertunggak sehingga dua bulan. Lalu aku menerima surat-surat cinta dari bank-bank berkenaan. Aku diamkan sahaja walaupun aku tahu akibatnya aku mungkin sahaja dibawa ke mahkamah dan boleh diistiharkan muflis.
Baru-baru ini, atas ehsan suamiku, aku berjaya membayar dan menutup 3 dari 4 kad kreditku. Hanya tinggal kad C kononnya untuk 'waktu sesak'. Itupun jumlah hutang sudah tidak banyak. Aku berkira-kira juga untuk menutup penggunaan kad C ini. Seronok rasanya bila tidak perlu lagi memikirkan untuk menghadap 'bank atas talian' setiap kali menerima wang pencen. Sekarang aku sudah punya sedikit wang untuk dibelanjakan pada setiap bulan.
Masalahnya, sewaktu aku membuat penyelesaian dulu, aku telah terlebih membayar kad A sebanyak RM500.00. Janjinya mereka akan membayarbalik dengan cara memasukkan terus ke akaun simpananku di bank yang sama dalam tempoh dua (2) minggu. Sekarang sudah masuk minggu ke 3 dan aku sudah pun membuat panggilan telefon, tapi belumlah nampak bayangnya wang lebihan itu dipulangkan. Agak-agaknya, aku boleh bawa kes ini ke mahkamah tak? Hahaha...
Wah! bank hutang kakcik rupanya.. hahaha
BalasPadamagak tenang hidup kan kak chik kalau tiada panggilan dari bank pasal hutang....
BalasPadamsaya dapt agak bank mana yang lambat sangat pulangkan duit tu...nak ambil duit orang cepat kemain..
tapi pengalaman saya yang terlebih bayar tanpa sedar rm50 penyelesaian loan hari itu dari bank international, cepat jer dapat balik, rasa sejuk hati nak buat utang balik...kuikuikui...
Itu la...hidup mmg tenang tanpa hutang kan kakcik...huhu..
BalasPadamalhamdulillah
BalasPadamrasa tenang hidup
bila bebas hutang..
nekcik pun ada 4 atau 5 kad..rimau ada ..islam ada ..rajhi ada..tapi semuanya yang balance dalam tu ada rm1..rm3 ..rm4..he..he..takleh kluar dah..klau tidak boleh jugak bli cendol...
BalasPadamalhamdulilah kakcik semuga hidup lebih tenang tanpa hutang...
Saya dulu perrnah juga simpan sampai 4 kad. Tapi lepas tengok kawan saya yg diisytihar bangkrap kerana kad kredit, saya selesaikan hutang 3 kad lagi. Sekarang cuma tinggal satu kad (Maybank), itu pun jarang2 pakai, pakai cuma dlm keadaan betul2 terpaksa (seperti terlupa bawa cash..)..
BalasPadamsabar jer lah... begitu lah syarikat kewangan zaman sekarang... kalau lambat sehari jer pun atau pun belum habis tempoh, kemain lagi mengejarkita macam kita ni boleh lari ke bulan... tapi bila part dia kena bayar balik, kemain lagi alasan buat... sebab tu lah dunia huru hara... bank banyak makan duit haram
BalasPadamAssalamualaikum,
BalasPadamAmbo dah takde kad utang ni. Adakala susah juga bila bukan semua benda boleh gunakan kad debit.
Tapi kalau tanya bab hati...dah banyak senang. Kadang2 je semak kepala bila kad debit depa tak mau terima. hishhhh gitu pun ada ------> berleter sebab tak leh bayar yuran gara-gara depa tak terima cash huhuhuhu
Hahaha, kalau mintak duit kita bukan main cepat lagi kan? Time nak bayar duit kita boleh pula lengah lengahkan... Adoi la...
BalasPadamSaya ada juga satu kad hutang.. Tapi setakat ni terus bayar semua amaun tiap kali guna kad hutang.... Takut nak berhutang lama2 dgn bank.... Takut kena cekik... ekekkek
yan tak berani pakai kad kredit..coz ada 2 3 kawan yang ada kad kredit telah tersalah guna...depa dok belanja tak ingat dunia..cukup bulan makan maggi ja...
BalasPadamsaya cuma ada 1 kad hutang je. kad rimau. untuk booking tiket balik kuching klu ada hal kecemasan je
BalasPadamSy ada 2 je kad hutang. Tp yg guna satu je. Bayar sampai habis bila guna. X nak ada baki. Nanti pening
BalasPadamSaya mmg ada satu je, tu pun sikit je..Jap nak tutup jap taknak setakat ni boleh maintain lagi la..Yang suami saya dulu ada 2-3 kot tapi nasib semua dah settle dan dia dah serik takmo pakai lagi...
BalasPadamassalamualaikum
BalasPadamsaya kerja di jabatan insolvensi. bukan pegawai tapi kerani je. cuma berdasarkan pengamatan sy, hutang kad kreditlah yang pling senang nak dpt title muflis. ada yang hutang hanya rm2k tp bila diam2 dah jadi berpuluh ribu. dan ramai yg xtahu mereka muflis sehinggalah masa nak keluar negara barulah tahu muflis. kesian. ada yg semuda 20 tahun. semua sebab kad kredit. kalau pasal pinjaman lain ada juga tp tak seramai hutang kad kredit
bank atau mana2 institusi kewangan ni kalau kita lewat call,sms surat bagai,bila nak returning lebihan bukan main liat lagi, kak cik nasib ana ada mykad je hihi... ;)
BalasPadammemang nak beli rumah sekarang terlalu byk cabaran dan duit yang perlu didahulukan...kesian anak2 kita...baru lepas graduate lepas tu nak kahwin..beli rumah pertama semuanya memang kena minta tolong ibubapa..
BalasPadamwaduh banyaknyer kad kakcik, dana yg ada dua ngn limit setiap satu 3k pun takut2 nk gune...
BalasPadamtp itulah kadang keperluan di saat2 gentin blh guna kad nih, tp kalu nk suke2 mmg parah jd nyer
wah bes kak cik.. saya pn tengah berusaha nak setelkan kad2 kredit saya, rasa membebankan... bayar, pakai kendian guna balik... asyik takuk tu aje.. sampai bila pun hutang takkan langsai...
BalasPadamsaya selesaikan hutang kad kredit semasa dapat duit 50 tahun. nanti dapat 55 nak selesaikan hutang rumah dan kereta pula.
BalasPadammemang lega kepala otak bila hutang langsai...
Salam kakcik....
BalasPadamBank ni biasalah. Kalau kita hutang mereka RM1 pun dikejarnya sampai tak tahu nak lari mana. Cuba kalau bank yang terhutang dengan kita, buat derk je. Telefonlah banyak kali, ada je alasan diberi. Saya memang tak pakai kad hutang lama dah. Masa mula-mula kerja dulu adalah juga guna kad hutang ni untuk spending unlimited gitu *_* Sejak kahwin memang dah tak pakai kad hutang lagi. Guna tunai, hati pun senang. Takda pening kepala nak fikir bil kad itu ini nak bayar. Asal rasa teringin nak swipe card macam orang lain, kita swipe jerk kad debit *_*
akak pun pernah ada kad hutang kakcik..cuma alhamdulillah..akak tak pernah tertunggak..mesti lunaskan walaupun dah tak tinggal untuk belanja..tapi memang perit kan kak cik..dulu tak tau main ikut2 kawan..tak faham pun mulanya tu kad hutang..
BalasPadamtuntut kakcik jangan tak tuntut.. banyak jugak rm500 tu..
BalasPadamkejar kakchik jgn tak kejar..pada kita rm500 tu boleh buat macam2..
BalasPadamBetul tu,klu lmbt byr hutang bukan main lg diorg call2....klu nak byr terlebih byr bkn main lg lama.......byk jgk tu RM500
BalasPadamInilah kisahnya duit RM500 tadi yeh KC.....
BalasPadamNamanya pun ibu, time susah sapa lagi nak dicari anak kalau bukan ibu ye dak? Tp...kad kredit mmg bahayalah KC kalau tak berhati hati
Tahniah kakcik sebab dah berjaya langsaikan 3 daripada 4 kad kredit. Bukan senang, saya tahu tu. Sebab saya pernah juga ada 2 kad kredit dan berjaya juga gunting kad kredit tu, dan setelkan semua utang. Lepas tu memang lega sangat hidup sebab takde utang lagi dah dengan bank. Dulu mmg la rasa nak simpan kad kredit kalau ada kecemasan. Tapi percaya tak sebenarnya takkan berlaku kecemasan pun kalau kita takde kad kredit. Dan kalau betul berlaku kecemasan, kita mesti akan ada jalan lain utk selesaikan. Allah dah susun elok dah. Tapi selagi ada kad kredit, selagi tu kita percaya yg kad kredit tu membantu diwaktu susah.
BalasPadamkita punyai hak untuk menuntut. kakcik nur gunakan fb bank islam cepat dan percuma
BalasPadam