Kawan-kawan kakcik

Sabtu, 14 Mac 2015

Adam oh Adam...

siapakah Adam?

nanti bila 'ada masa', aku akan bercerita

siapakah dia?

kenapakah dengan dia?

kenapa dia ke sini ke sana?

oh...

aku bukanlah terlalu mengenalinya!

cuma,

pagi ini aku tersentak

sewaktu kereta yang dipandu suamiku bergerak

tiba-tiba aku ternampak...

Adam sedang meneguk milo panas yang kutinggalkan

di meja kedai makan

milo itu masih berbaki separuh gelas

tapi disebabkan terlalu panas

aku tidak mampu meneguknya

sedangkan suamiku sudah selesai meminum minumannya

lalu milo itu aku tinggalkan

rupa-rupanya ia menjadi minuman yang enak buat Adam

Ya Allah...

yang aku sia-siakan

rupa-rupanya nikmat buat Adam!

13 ulasan:

  1. siapkah???bukan cucu bonda yang comel tu ke...

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah.....moga Adam kenyang dan kita dapat pahala dari berkat "MILOYGDITINGGALITU"

    BalasPadam
  3. menarik kisah ni
    siapa adam ? ^_^

    BalasPadam
  4. Suami saya memang sentiasa mengingatkan kami menghabiskan makanan atau minuman. Tak baik membazir katanya. Bukan senang nak.dapat makan...mungkin ya...kita je yg terlupa. Nak dapat sesuap makanan...kita perah tenaga dan minda saban hari.

    BalasPadam
  5. Inilah yang dikatakan, kalau ianya bukan rezeki kita dah ada di depan mata pun tak akan dapat kita nikmatinya.

    Sebaliknya Allah tentukan ia rezeki untuk orang lain...

    BalasPadam
  6. Sayapun teringin nak kenal Adam tu...

    BalasPadam
  7. sempatkah kakcik berkenalan dgnnya?

    BalasPadam
  8. Siapa pun Adam, ia adalah nama terindah di dunia. Nama manusia pertama yang menyebabkan kita bernafas di dunia ini...

    BalasPadam
  9. Adam ? minum milo ? huurm.. misteri ni.. mari tunggu KakCik update..

    BalasPadam
  10. Wah misteri sungguh ni KC.... camne pulak boleh tahu nama dia Adam ni KC....sempat tanya ke?

    BalasPadam
  11. Kita tggu n2 seterusnya dr kakcik..kisah ADAM..jeng...jeng...

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com