Kawan-kawan kakcik

Ahad, 22 Februari 2015

Kalau ke China, kentalkan jiwa agar tidak menjadi mangsa...

baiklah, sebelum bercerita tentang perjalanan dan percutian ke Beijing, aku ingin membuat catatan ini terlebih dahulu.  Mungkin ramai yang sudah tahu dan mungkin ramai juga yang telah tertipu. Namun kadangkala kerana menjaga airmuka, kita lebih suka memendamkan cerita.  Lalu orang lain tidak (dapat hendak mengambil iktibar)

...lebih tragis, penipu adalah bertaraf professional di premis yang berkaitan dengan Kerajaan mereka...

Setiap kali dibawa ke premis yang berkenaan (contohnya kedai sutera, kedai jade, kedai kristal dan pusat urutan kaki), kita tidak akan dilepaskan keluar selagi tidak membeli jualan mereka walaupun dalam jumlah yang minima.  Pelbagai alasan akan mereka berikan agar kita tidak keluar dari premis selagi kita tidak mengeluarkan duit untuk membeli.  

Bilik untuk kami yang akhirnya melambatkan urusan daftar keluar!

Hidangan di semua restoran yang kami singgah lebihkurang sama sahaja.

Acah-acah berangan memikirkan masa depan.
Lakonan mereka sangat mantap.  Tutur kata mereka sangat tersusun. Mereka juga tidak teragak-agak untuk mengepung kita beramai-ramai (sekiranya kumpulan kita kecil dan tiada pengunjung lain dalam premis berkenaan) sehingga kita terpaksa juga membeli setidak-tidaknya satu barang.  Syukur juga di kebanyakan premis, aku berjaya untuk tidak membeli apa-apa.

Di pusat urutan kaki yang kononnya percuma, kita akan didatangi oleh para 'professor' atau 'doktor' yang memberitahu bahawa kita ada penyakit dan perlu memakan ubat yang mereka jual. Professor/doktor ini kononnya datang dari Tibet dan tidak boleh berbahasa Inggeris/Melayu.  Maka, akan ada seorang penterjemah yang fasih berbahasa Inggeris/Indonesia.  Kita akan dipaksa untuk membeli sekurang-kurangnya sebotol ubat (60 biji) yang berharga ratusan ringgit.  Jika kita kata kita tidak punya wang, mereka akan terus 'menekan' dengan mengatakan 'boleh guna kad kredit.  Bisa (boleh) juga guna wang Malaysia jika enggak punya wang China'.

Kalau kita ingin berbincang dengan rakan atau mohon berfikir, mereka juga tidak akan membenarkan.  Seorang kawanku dikepung oleh lima lelaki (beliau bersendirian kerana tidak dibenarkan ditemani).  Kononnya beliau ada sakit dalam perut dan disembur sejenis cecair yang kemudiannya mengeluarkan cairan warna merah (kononnya toksid).  Kata mereka itu adalah petanda kanser dan mereka sudah mengeluarkan 20% dari kanser tersebut.  Sanggup mereka memaksa kawanku mengeluarkan semua kad yang ada (tapi tidak diberi oleh kawanku kecuali kad debitnya yang sah tidak boleh digunakan di sana).  Akhirnya, untuk melepaskan diri terpaksa juga kawanku itu membeli sebotol ubat berkenaan.

Di kedai menjual barang kemas (jade/kristal/mutiara), seorang wanita mengaku sebagai pemilik kedai berkenaan.  Katanya, neneknya berbangsa Melayu berasal dari Bau, Sarawak (tapi dia tidak boleh berbahasa Melayu kecuali sepatah dua).  Dia juga bukan Muslim walaupun mempunyai nama Islam yang diberi oleh neneknya iaitu Aminah.  Kononnya kedai emas Poh Kong di Malaysia adalah milik datuknya.  Oleh kerana katanya dia sangat gembira bertemu dengan orang Melayu Malaysia yang punya 'darah' sepertinya, maka dia memberikan potongan harga lebih dari 50% walaupun sepatutnya tiada diskaun boleh diberi.   Disebabkan aku bukan peminat barang kemas, diberi percuma pun belum tentu aku teruja...

Pada hari terakhir, sewaktu mendaftar keluar hotel,  seorang dari kami diugut agar membayar 80yuan (lebihkurang RM47.00) kerana kononnya cadar katilnya terkena dakwat pen sedangkan sepanjang 4 malam, kami langsung tidak menggunakan sebarang pen dan cadar juga tak pernah bertukar.  Selepas puas bertekak dan pemandu pelancong kami memanggil pengurus hotel, barulah kami dilepaskan tanpa membayar apa-apa...

Banyak lagi kisah penipuan ini sebenarnya.  Cuma, kalau ke sana berdoalah agar kita tidak menjadi orang yang 'terkena'.  Penipu sebenarnya ada di mana-mana.  Di sekeliling kita, malah di hadapan mata pun kadangkala mereka terkinja-kinja, cuma mungkin 'nasib' sahajalah yang membuatkan kita terlepas atau sebaliknya...

Hari terakhir - bersama pemandu yang 'setia' melayan kami sepanjang percutian di sana.
Mrs Annie - pemandu pelancong bagi kumpulan kami.
Khidmat pemandu van dan pemandu pelancong sangat memuaskan hati kami.

19 ulasan:

  1. assalamualaikum kakcik, seram nya dengar cerita kakcik, saya belum pernah ke china macam takut je kan kalau sana sini ada saja orang yg menekan kita utk membeli barangan diaorang. Kalau saya yg tak pandai ckp ni tak tau lah mmg kena makan dek diaoran gtu

    BalasPadam
  2. Betul tu kakcik
    Cerita yg sama diceritakan oleh kawan saya yg baru balik dari China-Shenzen.
    Selagi tak beli apa2 mmg tak boleh keluar kedai.
    Dia pun kena tipu kononnya ada penyakit. Kena beli ubat.

    BalasPadam
  3. Kakcik...selalunya yang ikut pakej atau yang ambik ground arrangement memang akan di bawa ke tempat tempat sedemikian kerana mcm seolah kewajipan untuk ke tmpat tempat itu...tapi kalau kita pergi sendiri ikut pengalaman sayalah..3x klau kita pergi ke kedai biasa ni takde apa apa pun...insyaallah....macam kita membeli di sini boleh tawar menawar lagi...seperti shenzen...ghuangzhou...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul kata Nekcik tu... sebab tu kami suka main redah sendiri. Tapi itinerary tetap ada dan kami set masa sendiri tanpa perlu tempoh tertentu di sesuatu tempat...

      Padam
  4. Mak Long belum pernah ke China. Melalui entry Kakcik patutlah kita berwaspada kalau hendak ke sana. Satu lagi negeri yang banyak menimbulkan masaalah kepada pelawat ialah Perancis terutama kepada penggunjung beragama Islam.

    BalasPadam
  5. Isteri bercadang nak ke China hujung tahun ini. Walaupun jiran depan rumah yg ke sana cuma bercerita yg baik-baik (mungkin kerna nasibnya baik) sepanjang seminggu berada di China tapi bila isteri nak pergi nanti saya akan nasihatkannya berhati-hati. Mungkin pengalaman bercuti di China tak sama seperti pengalaman bercuti di Vietnam, Indonesia dan Thailand..

    BalasPadam
  6. gerun jugak dengar cirita kak chik ini, tapi kat mana-mana pun sama sebenarnya...penipu sentiasa ada.

    BalasPadam
  7. gambar awek yg ala-ala artis k pop tak de ke kakcik?

    BalasPadam
  8. amboi kakcik terbang ke Beijing pula....bestnya lepas pencen round the world

    BalasPadam
  9. terima kasih Kak Cik berkongsi pengalaman disini, memang menakutkan apatah lagi jika dalam kumpulan yang kecil di tempat orang pula tu, di mana-manapun seringkali terjadi penipuan di kalangan pelacung2 luar ni kan .

    BalasPadam
  10. teringat zaman masa kolej dulu.Kena paksa beli baju dlm bazaar penang.Balik rumah saiz budak yg depa bagi.Serik dah lepas tu nak pi sana lagi.

    BalasPadam
  11. Sama juga pengalamannya sewaktu saya ke sana tahun lepas. memang sangat rimas. waktu nak check out hotel dikatakan kami pecahkan gelas dekat bilik air... tipah tertipu.....

    BalasPadam
  12. Terimakasih Kakcik atas perkongsian yg berguna ini. Alhamdulillah setakat ini 2,3 kali ke Indon belum lagi ada unsur penipuan sebegini.

    BalasPadam
  13. ni mls nk ke beijing byk kali dah dgr cerita cam ni ... huhuhu
    bila k.cik pi ni sy terlepas cerita kcik ke ....

    BalasPadam
  14. Bagus panduan buat mereka yg bercadang ke Beijing...
    Saya pernah ada pengalaman sekali hampir dikepung oleh mereka yg cuba meminta duit semasa di Paris... hingga berani nak merampas beg duit kita... Nasib baik hubby cuba ugut mereka utk berteriak memanggil polis kalau mereka terus melawan....
    Tapi sepanjang jalan2 kat UK, setakat ni belum ada belaku perkara yg tidak diingini....

    BalasPadam
  15. terima kasih kakcik kerana berkongsi kisah ini
    tak ramai nak berkongsi kerana malu barangkali
    sdgkan pengalaman sebegini mungkin jd panduan bg yg lain

    BalasPadam
  16. Seramnya kak cik.... belum pernah ke negara mana2 lagi.. panduan buat eija juga satu hari nanti

    BalasPadam
  17. Saya ada juga baca hal sebegini berlaku di China. Tapi saya tak faham, kalau kita tak mahu pergi ke tempat-tempat macam tu tak boleh ke? Jangan masuk terus tempat urut kaki, tempat jade dan entah apa-apa tu. Pandai betul mereka menipu. Kalau kita tak berani, memang tertipulah akhirnya. Tapi ya tak ya juga, kalau tak pandai, memang tak boleh jadi penipu profesional!

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com