Kawan-kawan kakcik

Selasa, 13 Januari 2015

Masakan Negeri Pahang di Restoran Temerloh Catering...

Terletak di Dataran Otomobil, Seksyen 15,
Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Bulan lalu harganya lebih murah, sekarang sudah
naik antara RM2.00 - RM3.00
Antara lauk-pauk yang disediakan...
Pecal pun ada...
Salah satu dari 3 periuk masak tempoyak ikan
patin mengikut jenis patinnya...
...pekat, likat - secukup rasa...
...lagi antara lauk-pauk yang ada...
ini makcik punya... :)

12 ulasan:

  1. wah kakchik menariknya tengok lauk pauk disini... bukak selera.

    BalasPadam
  2. Ya Allah sedapnya kakcik, dahlah tengah lapar sekarang ni..Tau tak, saya memang peminat ikan patin..

    BalasPadam
  3. Masakan patin dari air tangan orang Pahang memang berbeza dari kita2 ni. Patin tu sendiri pun berbeza rasanya. Tapi ikan kerai tu murah la pulak yer kak...Kalau kat Kuantan nun...mau cecah seratus lebih.

    BalasPadam
  4. Salam, kakcik.. kecurrrrlah tengok lauk pauk yg terhidang. dekat ruamh sy pun baru buka kedai makan berkonsepkan patin ni.. tapi belum bkesempatan utk pergi sbb selalu smpi rumah pun dah ptg. Mgkin bleh cuba sesekali singgah mkn tghari di kala cuti.. ish.. sambil komen pun kecur lagi.. hahaha

    BalasPadam
  5. mudahkan kak cik bila diletakkan tanda harga pada menu makanan, tak lah takut-takut nak ambil patin ni sebab selalunya dikatakan harga yang sangat mahal..:)

    BalasPadam
  6. mujur dekat shah alam sana, kalau dekat2 KeeL mau balik keja nanti mencari kedai ni

    BalasPadam
  7. kecur air liur tengok lauk dlm periuk tu

    BalasPadam
  8. sedapnya kepala ikan patin..kakcik..yan nak kepala dengan ekor.. :-))

    BalasPadam
  9. Kepala patin tempoyak mmg terbaiklah KC. ..hihi.....
    Jaranglah okje hala hala Shah Alam ni KC. Tp tengok lauk tu mmg meriah .....makan tambahlah meriah ek. .

    BalasPadam
  10. Okey, Kakcik... saya tak terliur :) Sebabnya saya tak makan ikan patin. Saya juga tak makan tempoyak. Maka, patin tempoyak memang takda tempat di hati. Nama-nama ikan yang tersenarai tu pun memang satu pun saya tak makan. Sayur apatah lagi. Eh, saya ni spesies dari planet mana agaknya ya!

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com