Kawan-kawan kakcik

Isnin, 8 Disember 2014

Hidup di Kuala Lumpur - berapa lama RM300 hingga RM600 boleh bertahan?...

biar aku ingatkan diri ini terlebih dahulu
'bukankah lebih baik ada dari tiada?'
'jangan persoalkan kalau orang hendak memberi'
'kalau tak mahu, pulangkan sahaja'
'duit kita, ambillah sahaja'
'syukurlah, negara kita masih aman'

kulihat di kaca televisyen
bagai tak terungkap dengan kata-kata
betapa mereka sangat gembira
seolah-olah RM300 itu boleh diguna setahun
seolah-olah RM600 itu penyelesai segala masalah

aku hidup di Kuala Lumpur
sekali ke pasaraya lebih RM100 perlu dibelanja
di pasar tani juga
ada kain rentang tertulis 
kononnya di situ tempat jimat untuk berbelanja

jangan bercakap kalau kau tak pernah singgah
kerana kalau setakat RM50
kau mungkin boleh beli sedikit ikan
dan balik kau masak dengan melebihkan kuah

selangkah bergerak kau perlukan belanja
lainlah kalau kau sanggup berjogging sepanjang masa
perut yang lapar perlu kau isi
lainkah kau boleh kenyang hanya dengan membayangkan nasi

belum bercakap soal sewa rumah
hingga ada yang sanggup bergelandangan di bawah jambatan
begitu juga untuk menimba ilmu
akan dibebankan dengan pelbagai buku yang bukan percuma

mahu pulang ke kampung?
jomlah beramai-ramai kita kerjakan tanah pusaka
itupun jika takdirnya ada
atau kau perlu berparang sesama saudara
demi merebut tanah sekangkang kera

tidak mudah kehidupan kini
lainlah kau berjawatan tinggi
atau kau seorang menteri
atau kau ada kebolehan tersembunyi
boleh kau jana pendapatan tersendiri
tak perlulah kau mengharap-harap lagi...

bila agaknya harga barangan hendak turun?
bila agaknya cukai yang tak nampak hendak disisih?
duit kita sudah kecil nilainya
sedangkan harga keperluan asas kian menggila!

16 ulasan:

  1. utk kami bertiga tak sampai 2 minggu kot Kakcik...semua brg mahal..

    BalasPadam
  2. sikit bagi yg duk bandar, tp bg yg duk kampung..
    banyak jugak

    BalasPadam
  3. Betul tu. Terasa sangat mak. Dengan duit minyak, perbelanjaan harian. Perbelanjaan dan yuran tadika/taska makin mahal...huhuhu...

    BalasPadam
  4. kalau bujang, duduk di rumah pusaka, pakai kereta pusaka, dan bayar segala bil guna wang pusaka, saya rasa, cukup utk sebulan...hahahaha

    BalasPadam
  5. Jangan kata tinggal kat bandar Kakcik, saya ni yang tinggal di kampung (walaupun namanya Bandaraya Alor Setar) kalau RM300 hampir mustahil boleh bertahan sampai 3 hari, biasanya 2 hari saja habis, kadang-kadang cuma sehari dengan RM300 masih tak cukup. Bayangkan 3 anak di IPTA, 2 orang di sekolah menengah, memang rasa termengah-mengah dibuatnya apa lagi di hujung tahun ini... Yang bercakap pandai berdegar-degar di TV tu tak apalah, mereka tinggal di rumah percuma, dapat servant percuma, duit minyak, upah pemandu, insuran, road tax semua gomen tanggung; bolehlah mereka cakap pandai. Yang kita rakyat marhaen ini...

    Maaf, kadang-kadang emo bila cakap soal kos sara hidup. Nanti dituduh menghasut pula..

    BalasPadam
  6. tak lama kalau duit setakat tu... melainkan kita kena turunkan taraf hidup kita... tiada astro, tiada kenderaan, tiada TV, tiada peti sejuk tiada barangan elektrik.. tiada apa pun juga... hanya kerja dan hidup... mungkin boleh bertahan lama...

    BalasPadam
  7. kami hidup berdua pun teruk jugak kakcik.... hasben OKU... sha kidney failure... ni sementara tinggal dengan in law boleh la bersenang lenang jap... lepas tinggal sendiri nanti camne pun tak tau laa... sedih...

    BalasPadam
  8. salam kak, saya yang hidup sorang ni pun kat KL guna banyak duit. Bukan apa, nak berjimat tu rasanya memang macam tak boleh.

    BalasPadam
  9. Memang kenyataan semua ungkapan kakcik. Bila nenek saya cerita tentang susahnya nak cari beras masa zaman jepun, saya pula rasa mereka masih mewah masa tu. Ikan yg segar dan bersih, hulur saja jiran di sungai. Semua jenis ikan manis2 isinya mudah ditangkap. Nak masak lauk, kelapa betsepah atas tanah. Sayur petik jer sepanjang jalan. Kita nak masak sayur, 2 hengget pun belum tentu dapat. Kalau ada pun...fah kering dan kuning.

    BalasPadam
  10. Jom kita berjimat-cermat seperti yang disarankan pak menteri.

    Jap, menteri mana yang boleh dijadikan contoh ikutan...? Hm...

    BalasPadam
  11. tular kan., kadang pada kita RM300-RM600 tu apalah sangat,, tapi pada orang lain, besar rahmat dapat sekali setahun cenggitu.,

    BalasPadam
  12. Salam Kakchik...betul tu..klu g kedai jer ..RM50 mmg dah sah lar kena bayar..harga brg semua dah mahal
    Nasib la dok kat kg..tak yah nak bayar tol segala..

    BalasPadam
  13. Berapa lah sangat RM600 kalau dok kat KL.
    Sedangkan kat Seremban pun dah x cukup.
    Kalau beli susu 3 orang anak untuk sebulan je dah RM200.
    Pampers pun dah RM100plus.

    BalasPadam
  14. klu zila untuk bbrapa hari jew lah..minyak makan dan memang wajib hari2..tu baru sebut keperluan..kalu nak campur dgn kehendak lagi lh..x cukup..

    BalasPadam
  15. Kalau RM300 tu memang tak sempat tengok pun duitnya. Sekali keluar, memang lebih daripada RM100 habis. Kos semua makin meningkat. Gaji tetap sama. Entahlah tak tahu sampai bila boleh bertahan. Kalau banyak pun duit, lama-lama habis juga kalau dikikis.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.