Kawan-kawan kakcik

Khamis, 4 September 2014

Walaupun aku telah bergelar seorang pesara...

...aku masih bangun di awal pagi dan terus mandi seolah-olah hendak pergi ke pejabat juga.

Eh... kita ada kewajipan yang mesti ditunaikan...bukan bermakna bila bersara dari kerja pejabat, segala-galanya turut dipencenkan juga, ya tak?

Dapat menghantar suami dan anak (walau hanya dengan pandangan mata dan iringan doa) saat mereka melangkah ke pejabat masing-masing juga merupakan satu nikmat.

Bermula dengan bertatih dalam aturan yang baru ini, semoga aku sempat berlari sebelum langkahku terhenti buat selama-lamanya nanti.  Semoga apa yang kuimpi dan rancangkan akan berjalan dengan teratur.  InsyaAllah.



Kawan-kawan, mungkin sapaan kalian di sini tidak bersambut walaupun aku membacanya, tapi nantikan kunjunganku ke rumah kalian sama ada kalian perasan atau tidak.  Sudah lama aku abaikan segala kunjungan, kini bila ada kesempatan aku akan bertandang perlahan-lahan...

22 ulasan:

  1. Seronok juga kan kak. Dpt hantar anak dan suami sarat dengan doa dan penuh makna rasanya dapat buay bgitu. Mcm ayu ni, ayu masuk keje jam 7,suami lak 8,30. Xdpt buat gitu.

    BalasPadam
  2. seronoknya bonda,,,hehe..pernah jadi suri rumah sepenuh masa,dapat menghidangkan suami dengan sarapan,jaga makan pakai dia semua diuruskan,terasa puas hati bila dapat semua tu..

    BalasPadam
  3. :)) semoga kakcik lebih seronok bila bersara. Msti byk aktiviti dah plan.

    BalasPadam
  4. Begitu lah sy bila dah seusia kakcik nanti. Setuju dengan kata-kata kakcik, tuntutan wajib mesti dilaksanakan dan ia tidak akan terputus selagi kita masih bernyawa. Semoga kehidupan kakcik bahagia sentiasa di samping keluarga tercinta.

    BalasPadam
  5. jadi surirumah lagi la byk kerja...macam mak lini....dia duk umah mmg x leh duk diam ada je keje yg nak dibuatnya

    BalasPadam
  6. bangun awal2 pagi..solat..makan2..
    pastu tak perlu keluar bekerja..bestnya..hihi..

    BalasPadam
  7. Bila sesekali bercuti dan buat seperti kakcik buat rasa macam nak 'cuti' terus tapi apakan daya perjalanan masih jauh lagi..

    BalasPadam
  8. Kakak pun impikan saat macam ini juga kakcik.
    Dpt hantar dengan doa dan pandangan mata ketika anak dan suami pergi bertugas.

    BalasPadam
  9. Bezanya sekarang lebih relaks kan kakcik..pagi2 tak payah kelam kabut..boleh berlama2 atas sejadah..:)

    BalasPadam
  10. Kak, bila dah jadi pesara dan menjadi suri rumah, kadang2 lebih letih lagi dari masa bekerja. Macam2 kerja nak buat. Cuma yang lainnya, rutin itu kita sendiri yang tentukan. Bila nak buat, bila nak rehat, bila nak holiday, bila nak main dengan cucu. Saya tengok mak ayah saya, macam tu lah...

    BalasPadam
  11. A'ah kakcik. Sekalipun x keje tp dh terbiasa bgn pg dan mandi. Ada kewajipan lain menanti kan...

    BalasPadam
  12. Assalamualaikum Kakcik,

    Selamat datang ke dunia pesara. Mak Long bersara sejak berumor 44 tahun lagi. Routine harian tetap sama seperti zaman bekerja.. tanggungjawab diri dan keluarga terdekat kita utamakan. Sentiasa ceria menghadapi hari-hari mendatang hendaknya.

    BalasPadam
  13. assalamualaikum kakcik....selamat bersara n semoga ceria selalu...:)

    BalasPadam
  14. wahh..bestnya kak cik.. saat yang didam2kan.. semoga kak cik gembira menjalani fasa baru dalam hidup ni..

    p/s: kakcik kalaudatang putrajaya singgah rumah cikda lah.. tanya makchaq dia tau rumah cikda kat mana.. datang tau.. boleh eratkan silaturahim kita nih.. :)

    BalasPadam
  15. Perlu masa untuk sesuaikan diri dengan suasana sekarang ye kakcik, bagi kita perempuan tak terasa sangat sebab banyak kerja nak dibuat tetapi kalau lelaki jenuh juga la nak sesuaikan diri macam suami Aina dulu...

    BalasPadam
  16. Seronok dah tak perlu pening dengan urusan dipejabat. Boleh manfaatkan masa dengan sebaiknya di samping menambahkan amalan agama kan Kakak.

    BalasPadam
  17. Rezeki masuk di awal pagi...
    Jadi kalau dah bersara pun, tetap kena maintain bangun solat subuh..berpagi pagian kan kakcik...hihihi..Cuma yg best nya, takyah ngadap jem kat jalanraya dah :)

    BalasPadam
  18. byk masa utk diri sendiri dan keluarga kan kak cik.
    semoga kakcik sihat sejahtera

    BalasPadam
  19. Itu semua adalah ibadah yang akan menelurkan pahala buat kakcik. dulu sibuk dengan kerja tak banyak peluang berbuat kebaikan terhadap suami dan anak-anak seperti sekarang.

    BalasPadam
  20. pada permulaan pencen dulu saya merasa apa dibuat serba tak kena .. lama-lama sedap pulak dan rasa kesian pula bila memikirkan kengkawan yang masih bekerja yang terpaksa bertarung dengan kesesakan jalan, meeting, kerja luar, kertas kerja, seminar dll,

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com