Kawan-kawan kakcik

Ahad, 21 September 2014

Alangkah bagusnya kalau kedai makan sebersih woksyop ini...

...ini adalah woksyop kesukaan suamiku.  Pemiliknya sangat ramah dan pandai mengambil hati pelanggan.   Iya, kena diakui bahawa kebanyakan orang Cina sangat menitikberatkan hubungan baik dengan pelanggan sebagai satu strategi perniagaan.

Yang lagi bagusnya, kebersihan adalah sangat dititikberatkan.   Setiap pagi, sebelum memulakan perniagaan,  para pekerja akan membersihkan lantai dengan sabun.  Segala peralatan juga akan dilap dan dibersihkan termasuk bekas mengisi air yang besar itu.

Walaubagaimanapun,  dari pengalaman sendiri, pekerja tetap melayan sekiranya kita datang sekadar untuk menampal tayar kereta yang bocor sebaik pintu woksyop dibuka.

Woksyop ini terletak berhampiran Masjid Al Azim Pandan.  Kalaulah kedai makan/restoran di sekitar Pandan Indah itu atau di mana sahaja menitikberatkan kebersihan sebagaimana yang dibuat oleh pemilik woksyop ini, bukankah bagus?  

Kebanyakan restoran hanya mahukan pelanggan tanpa menjaga kebersihan.   Tengok sahajalah lantai yang bersepah kadangkala dengan puntung rokok dan kertas juga pinggan mangkuk serta sudu garfu yang dibiarkan basah serta melekit...




11 ulasan:

  1. kakcik...cuba jenguk bahagian blkg kebanyakan kedai makan...terbantut selera...

    BalasPadam
  2. Bersih betul...jarang jumpa workshop sebersih mcm ni kat mana2 mak.....

    BalasPadam
  3. memang bersih.....sedap mata memandang.....

    BalasPadam
  4. Hijau cntik...bersih... Boleh la singgah try servis kat sini nnt hehe

    BalasPadam
  5. Ya Allah, cantiknya bengkel kereta. Setakat ni, saya belum pernah jumpa bengkel kereta di Malaysia yang sebersih dan secantik dalam gambar ni.

    BalasPadam
  6. kan??padahal bengkel tu..beza sangat dengan kedai makan..depan punya la lawa berkilat,cer tengok kat dapur dan bahagian belakang nya..rasa nak luak balik apa yang dah di telan..

    BalasPadam
  7. wah, macam ni punya bersih saya tak kisah makan bersila atas lantai. selesa je rasa...

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com