Kawan-kawan kakcik

Selasa, 4 Mac 2014

Cerita tentang artis bernama Erra...


aku teringin untuk turut bercerita...

tapi bila kufikir-fikirkan semula
mungkin banyak buruk dari baiknya
kerana penerimaan manusia sering tidak sama
lain yang kita maksudkan lain yang mereka fahamkan

 jadi...

 bila ia boleh menimbulkan persoalan
malah mungkin perbalahan
 maka lebih baiklah kita diam-diamkan

 jangan kita cuba menjadi tikus
 labu dibaikinya lebur tak berbekas
 jangan kita menjadi dalang
 seronok melaga-lagakan di sebalik bayang
jangan juga cuba menjadi hakim
kalau bukti dan saksi mereka yang diragui...

17 ulasan:

  1. Assalamualaikum kakcik

    diam itu lebih baik

    BalasPadam
  2. lebih baik jika tak de yang terluka..

    BalasPadam
  3. menjaga hati namanya... ayat-ayatmu sungguh puitis.. terbuai sy dibuatnya

    BalasPadam
    Balasan
    1. oooo... tentang Erra rupanya.. sebab tadi Kakcik sebut 'dia' ajer.. kan kan...

      Padam
  4. Ramai sgt y suka wt spekulasi sendiri wlhal tak tau mane y betul mana y salah..

    BalasPadam
  5. begitu mudah membuat dosa dizaman ni...

    BalasPadam
  6. kisah artis ni takde manfaat sangat sebenarnya kan kak

    BalasPadam
  7. macam2 kisah.. macam2 artis dan macam2 ragam..

    BalasPadam
  8. tak payah ambik tahu kakcik..
    senang cerita..:)

    BalasPadam
  9. SAya hanya suka membaca kisah2 artis ni..tapi tak pernah sekali pun saya buat N3 perihal mereka...takut dari bahan bacaan tu bukan cerita yg sebenarnya..jatuh Fitnah pula bila kita bercerita...DIAM lebih baik...

    BalasPadam
  10. Dulu saya juga minat ambik tau hal artis2 ni, maklumlah orang Melayu memang suka hiburan. Tapi bila dah semakin berusia rasa macam benci pula tengok cerita mereka, tak ada cerita lain selain dari perkara negatif-negatif belaka yang mereka tunjukkan untuk dicontohi peminat...

    BalasPadam
  11. assalamualaikum kakcik...betul tu kita yg x tahu kisah sebenarnya eloklah berdiam...:)

    BalasPadam
  12. Erra mana? Kenapa dengan Erra tu? Hehehe

    BalasPadam
  13. Assalamualaikum,
    tak bacalah pulak gosip2 retis sekarang ni...melodi pun dah lama tak tengok

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com