Telah pernah kurasa...
saat orang lain :
mandi di bilik air, aku mandi di sungai yang keruh airnya
terang dalam limpahan cahaya lampu kalimantang, aku berjelaga hidung menghadap pelita minyak tanah
makan makanan yang beli dari penjaja, aku mengilas tangan ke belakang sambil terkebil-kebil memerhati
bergaya dengan pakaian baharu, aku bergaya dengan pakaian terpakai yang diberi orang
ah....banyak lagi yang ingin dibuang dari kenangan tapi tetap terkenang-kenang!
Kakak pun pernah rasa itu semua kakcik diwaktu kakak kanak-kanak.
BalasPadamSeorg bapa menjaga seorg isteri tak bekerja dgn 8 anak bayangkan - kerja kebun aje pulak tu:(
pengalaman yang pahit kadang kadang mengajar kita banyak perkara kan....
BalasPadamcheqna pernah gak merasa masa zaman kecik2 dulu..dengan kesusahan yang cheqna alami dulu menjadikan cheqna lebih menghargai apa yang cheqna miliki sekarang ini
BalasPadamx pe la itu la motivasi dalam kejayaan
BalasPadamOrang kata, budak zaman sekarang kurang menghargai apa yang dimiliki, rasanya tak semua...rasanya masih ramai anak2 sekarang juga sedang merasai keperitan/kesusahan...kesusahan sekarang lagi perit rasanya sebab semuanya memerlukan adanya "duit".
BalasPadammasa saya tinggal ngan aruah nenek di kampung, saya pernah merasa hidup dengan diterangi pelita. bertuahnya saya kerana pernah merasa kesusahan hidup bersama kelurga. banyak kenangan zaman silam mak, tak habis jika ingin dikongsikan....
BalasPadamkesusahan masa kecil buat kita tabah masa dewasa...itu pengajaran yang saya pungut .Tapi ada lah parutnya.
BalasPadamSaya pun pernah alami semua tu kak cik. Tapi mandi air kolam. Kolam yang dikorek sendiri dan menjadi takungan air hujan. Sejuk gila babas.
BalasPadamBanyak kenangan masa kecil kita Kakcik. Semuanya boleh dijadiak semangat untuk berjaya.
BalasPadamTak apalah kalau teringat Kakcik. Bila teringat, senyumlah. Kerana itulah Kakcik berada di tempat sekarang. Kenangan manis semuanya tu...
BalasPadamaassalamualaikum kakcik...kenangan itu akan tetap menjadi semangat buat kita...:)
BalasPadamAs-salam Kakcik..
BalasPadamTerkenang-kenang itu tak mengapa kakcik.. Mmg tiada salahnya. Malah ianya sesuatu yang mahal dan cukup berharga utk kita.. semoga kenangan-kenangan itu menjadi guru berguna untuk kita sentiasa merendah diri dan tak lupa asal usul kita biarpun setinggi mana kita berada skrg.. insyaAllah..
Semua itu saya lalui juga kakchik..tak perlu dibuang kak..cerita itu adalah sebahagian dari kita...dan kerana cerita itu...anak2 kita tidak lagi perlu merasainya lagi..mereka hanya perlu tahu betapa kesusahan yg kita lalui dulu mampu merubah sebuah kehidupan....
BalasPadamperkara tiga dan empat tu saya dah biasa...
BalasPadamkenangan yang terkesan di hati kan kak
BalasPadamKakcik..kesusahan itu banyak mengajar kita menjalani hidup ini dengan lebih berhemah...
BalasPadamSalam Kak cik,saya tak sangka kak cik masih aktif berblog lagi :)
BalasPadamWsalam. InsyaAllah kakcik masih di sini selagi waktu yang diizinkan Ilahi. :)
PadamJangan dibuang kenangan tu kak. Itulah yg mematangkan diri dan lebih menghargai hari ini.
BalasPadamSalam kakcik....
BalasPadamWalau pun pahit utk dikenangan tapi kenangan itu sangat indah dan sayang utk dibuang ...
sama la kakcik...bila org mai bagi baju...syok bukan main dpt melaram
BalasPadamssalamualaikum..Singgah dari GA yg sama.Jemput singgah ke blog :)
BalasPadamhttps://play.google.com/store/apps/developer?id=Kastari+Sentra
pernah jual nasi lemak di sekolah
BalasPadamsayu pulak hati tiba2......
BalasPadamteringat masa IM jalani latihan industri di pekan Parit, perak. mandi kat sungai perak subuh sepi'e. takut gak sebab sungai perak khabarnya ada buaya...
BalasPadamkakcik, sy kalau terkenang yang dulu2, yg pahit terasa indah, krn ianya kenangan.
BalasPadam