Kawan-kawan kakcik

Isnin, 30 September 2013

Bertandang ke rumah Kak Nanie...

...dari status 'teringin nak makan roti canai' kakcik di facebook, akhirnya melarat bersembang hingga lebih seratus komen.

 Hilang cerita nak makan roti canai, akhirnya kakcik, Anyss, Iyra dan Kak Nanie berura-ura untuk minum petang di rumah Kak Nanie pada esoknya (28/9/2013).

Kononnya nak sampai ke rumah Kak Nanie dalam pukul 3 atau 4 petang.  Paginya kakcik ke pejabat.  Sampai ke rumah semula sudah pukul 1.30ptg.  Kemudian ada urusan peribadi yang tidak boleh dielakkan. Begitu begini, keluar rumah selepas solat Asar.

Sampai ke rumah Kak Nanie lebihkurang jam 5.30 bersama En. Suami, Bangcik dan Iyra.  Kak Nanie sudah sedia dengan hidangan laksa.  Iyra pula bawa sambal udang dan puding roti.

Menanti ketibaan Ida dan Anyss tang tak kunjung tiba.  Akirnya En. Suami dan Iyra keluar menjejaki mereka.  Jam 7.10 malam saat azan Maghrib berkumandang, barulah mereka sampai ke muka pintu rumah Kak Nanie.

23 ulasan:

  1. Salam kakcik,
    Bestnya ... kalau dapat join sama kan bagus .. ada kelas pengajian masa tu

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum Kakcik. Makan2 macam jamuan raya pulak kakcik.... heheheh

    BalasPadam
  3. Salam kakcik....meriahnya minum petang....makanan semua pun nampak sedap :-)

    BalasPadam
  4. Minum petang ditukar menjadi makan malam.. ;)

    BalasPadam
  5. Salam.
    Moga silaturrahim terus terjalin. Baguskan nampak mcm teman sejati betul.
    KC tu nak bagi makan ke tidak? tu yg sorang tu menung panjang pulaknya.. teruskan kemesraan.!

    BalasPadam
  6. kita hanya merancang Allah jua yg menentukan.. mesti sembang sampai tgh malam ni Kakcik.. tengok macam hari raya pulak, hehehe

    BalasPadam
  7. Bagus juga FB. Mengeratkan silaturrahim!

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum,
    Ampunnnnnnn kakcik, daku dah bikin citer sensasi pulak hu hu hu

    BalasPadam
  9. Huh...sampai terpejam2 mata ai...banyak sungguh dugaan dan dgn semangat yg iyra berikan sampai juga akhirnya sy ke rumah kak nanie..best sgt2

    BalasPadam
  10. Oooooo..si Anyss pun datang yerrrr..:)
    Sampai pukul berapa tu melepak kat rumah kak nanie? :)

    BalasPadam
  11. Alhamdulillah, tercapai hajat di hati...

    BalasPadam
  12. kak chik... laksa tu nampak sedap sangat...

    BalasPadam
  13. best best best...bila makcik nak ada peluang gi rumah kakcik...

    BalasPadam
  14. Salam Kakcik,

    Maaflah tak dapat join sebab ada hal keluarga. Lain kali kalau ke rumah Kak Nanie singgahlah rumah saya. Sepelaung aje jarak rumah kami ni ....

    ngeeee

    BalasPadam
  15. Seronoknya dapat berkumpul borak2... Aina ni dah jarang berFB banyak le tertinggal info kawan2 mahu pun aktiviti. Kalau tak di sms atau telafon memang asyik tertinggal keretapi jelah kecuali ada iklan kat blog.

    BalasPadam
  16. wah.. yg paling besh ialah dpt berkumpul dan sama2 mengenyangkan perut.. hehe.. mabeles kannn

    BalasPadam
  17. sedapnya makanan yang ada...kecur air liur

    BalasPadam
  18. Puding roti itu adalah kegemaran tak terhingga saya tu kakcik....

    BalasPadam
  19. sedapnye nampak puding roti tu^^.. blogwalking dari blog budak pening^^

    BalasPadam
  20. errr err...mcm nebes lakkk mak nk dtg nnt...kikiki

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com