Kawan-kawan kakcik

Selasa, 13 Ogos 2013

Kenapa aku tidak 'berminat' dengan 'Pakar Kaunseling'?...

Ini adalah catatan peribadiku semata-mata. Tidak kena mengena dengan pandangan dan pendapat orang lain. Sekali aku terluka, parutnya tetap ada walaupun ditutup dengan pembedahan plastik sekali pun...

Memaafkan adalah sifat terpuji. Sedangkan Nabi ampunkan Ummatnya. Sedangkan Allah menerima taubat hambanya. Tapi aku hanya manusia biasa - manusia yang degilnya kadangkala boleh mengubah bubur menjadi nasi (bagaimana caranya, jangan ditanya...)

Peristiwa-peristiwa ini rasanya pernah kuceritakan dulu, tapi aku ingin mengulanginya lagi walaupun tiada yang ingin mengulang baca...

Peristiwa 1 :

Aku menghadiri Kursus Semangat Berpasukan yang dinajurkan oleh pejabat tempat aku bekerja. Ada slot di mana 'Kaunselor Berdaftar' dijemput. Kebetulan sewaktu kursus dijalankan, aku sedang menghadapi beberapa masalah peribadi berkaitan kesihatan bapaku (Allahyarham) dan anakku di hospital di samping keadaan kesihatanku sendiri yang tidak memuaskan. Disebabkan masalah-masalah tersebut, aku lebih banyak 'duduk di tepi' dan kadangkala menangis daripada menyertai kegiatan rakan-rakan. Aku tahu ada yang memerhati tapi aku tidak peduli. Aku juga tidak mengharapkan sesiapa datang bertanya atau mententeramkanku kerana aku tahu masing-masing sedang teruja 'bermain'.

Tiba slot Kaunselor Berdaftar itu berceramah, secara tak langsung dia menjadikan aku bahan ceramahnya. Walaupun dia tak menuding dan menyebut nama, tapi aku tahu dia tujukan ceramahnya kepada aku. Kononnya kalau kita ada masalah, jangan duduk di sudut sambil menangis. Ceritakan pada orang. Huh! Siapa yang nak dengar masalah kita saja-saja? Buat buang masa orang saja. Sedangkan yang tahu aku ada masalah pun lebih senang buat-buat tak tahu...

Peristiwa 2 :

Kononnya dia seorang yang penyayang. Sebab itu di nama 'perdagangan'nya ada perkataan Sayang. Katanya, dia bagai cermin. Apa yang terlintas di hati dan fikiran orang dia boleh baca. Malangnya, kalaulah benar dia punya kelebihan itu, dia telah menyalahgunakannya. Sesuka hati dan sewenang-wenangnya dia menandakan orang sebagai 'isi neraka', 'bodoh', 'bangang', 'tak akan berubah sampai mati' dan lain-lain perkataan yang tak sepatutnya diucapkan...

Ah! setelah sekian lama tidak menaip panjang lebar begini, tiba-tiba aku jadi lelah....

Rupa-rupanya kita masih di Syawal yang mulia. Jangan salahkan 'syaitan yang telah terlepas', salahkan diriku yang gagal mengawal nafsu...

16 ulasan:

  1. Skill kaunseling sebenarnya lahir dari hati yang ikhlas untuk membantu secara semulajadi. Bila skill yang kononnya tajam itu didagangkan, ia pasti tergeklincir daripada landasan yang sebenar. Sebab itulah ia mengundang lebih banyak masalah. Yang sebenarnya kita sendiri tahu macam mana nak tangani masalah kita kan Kakcik. Cuma ada masanya kita perlukan ruang dan waktu. Manusia normal perlukan itu.

    BalasPadam
  2. Salam singgah cik seroja...

    Semoga cik seroja tabah dengan ujian ini... kekadang ini lah masalah kaunselor suka sgt mengaitkan seseorang dengan ceramahnya tanpa memikirkan perasaan orang lain...

    Jemputlah ke blog akak cahayahidupku2569.blogspot.com

    BalasPadam
  3. betul kakcik..kita hanya manusia biasa..acik pun selalu macam tu..kadang2 bila tak boleh tahan terlepas..cakap..memang orang yang mendengar tu terdiam dibuatnya..acik cakap benda betul...

    BalasPadam
  4. Salam kakcik.. :)

    setiap dugaan tak semuanya boleh diceritakan dan boleh dishare ngan org.. yer.. semua org ada masalah.. dan masalah juga jika nak bercerita sedangkan org tak berminat.. sabar kak.. senang org berbicara bukan senang nak menyelesaikan.. sabar jew la..

    BalasPadam
  5. rambut sama hitam, hati lain2...payah nak jumpa yang boleh sealiran dengan perasaan sendiri kan kak.

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum,
    Saya lebih ambil pendekatan tidak ceritakan masalah kepada orang, sebabnya dah serik. Dah terkena hingga terpusing arah hidup saya 180 darjah. mana kita nak tahu orang akan gunakan semua maklumat kita tu untuk jatuhkan kita balik. Itu belum lagi bab orang akan sebarkan cerita kita.

    Saya selalu pegang kepada "Allah hanya uji hambaNya mengikut kemampuan kita sahaja", setelah waktu berlalu, kita sendiri tak akan sangka yang kita berjaya lepasi semua ujian itu. Semoga kakcik sentiasa tabah.

    BalasPadam
  7. Kawan aya pernah masuk sesi kaunseling yang mana masalah kawan saya itu dibawa keluar dari bilik kaunseling menjadi bahan bualan orang yang "kaunseling" kawan saya tu. Pada saya itu tak patut. :(

    BalasPadam
  8. kaunseling kalau membantu adalah sangat baik. yang jadi masalah, kalau ia jadi sebaliknya.

    BalasPadam
  9. pernah sekali office saya menjemput sorang penceramah yang memang dikenali ramai.. tapi sayang beliau menggunakan kekurangan beberapa orang dalam dewan itu sebagai contoh ceramahnya..
    bagi saya, tak manislah beliau berbuat demikian.. orang yang kena tu pun rasa jatuh airmukanya.. :(

    BalasPadam
  10. saya tidak pernah berdepan secara langsung dgn pakar kaunseling, tapi beberapa kali berurusan secara tidak langsung ..Pakar kaunseling perlu memiliki sifat yang boleh menarik orang datang kepadanya tanpa dipaksa...kadangkala mereka tidak perlu berkata-kata, cukup sekadar menghadirkan diri , Bahasa badan dan aura pakar kaunseling sendiri sepatutnya dapat menyembuhkan ...

    Wallahu'alam..

    BalasPadam
  11. Diapun manusia biasa... lebih mrngadu padaNya..
    ..selagi tsk ktonik dsn msmpu tangani sukar nak percaya pd sapa3

    BalasPadam
  12. Kaunseling adalah satu proses interaksi di antara kaunselor dengan kliennya. Ianya adalah berbentuk sulit dengan maksud tidak boleh diceritakan kepada ramai tanpa sebab. Kaunseling ada dua bentuk; individu atau kelompok. Jika kelompong mereka mempunyai isu yang sama atau hampir sama dan dipersetujui untuk dibincangkan bersama.

    Setelah penerokaan dibuat kedua-dua akan membuat rumusan/kontrak yang dipersetuji bersama. Maka si Klien mesti melaksanakan rumusun itu. Ada kemungkinan isu itu boleh selesai dan ada kemungkinan ianya perlu dirujuk kembali untuk dibuat penerokaan dan rumusan baru.

    Proses ini mungkin memakan masa yang panjang. Setelah selesai hubungan mereka akan putus dan hanya tinggal hubungan biasa seprti kawan atau sahabat sahaja.

    Ceramah bukan sesi kaunseling ianya cuma informasi atau ceramah sahaja. Cuba jangan kecil hati jika topiknya menyentuh peribadi kita kerana penceramah berhak memilih subjek yang dia rasa relevan pada ketika itu.

    Bersyukurlah kerana kita masih bisa menangis bila diuji Allah. Bersyukurlah kita masih sensitif dalam permasalahan hidup yang amat sementara ini. Bersyukurlah kita masih ada blog untuk luahan rasa.

    Sebenar jika mampu diluahkan ianya dan melegakan percayalah.

    Maaf saya cuma ingin berkongsi kerana saya pernah menjadi ko-kunselor di Unit Khidmat Nasihat Islah satu ketika dahulu.

    BalasPadam
  13. Kak Cik segalanya terletak pada hati kita. Kuatkan hati...insyaallah. Kaunselor pun tak akan dapat membantu dia cuma dapat meringankan sedikit hati bila kita meluahkan masalah kepadanya penyelesaian kepada setiap masalah tetap tiada.

    BalasPadam
  14. JunAina.Ada kebenaran kata-kata kamu itu. Tetapi Pakcik hendak kongsi infor. Kaunselor cuma pemudah cara untuk kita ungkai sesuatu kekusutan itu. Ini semua terjadi dalam keadaam waras. Beliau telah terlatih untuk meneroka dan mencari puncak asal atau pokok sesuatu isu itu. Kaunseling sebenarnya membantu penyelesaian dan meringankan isu itu.

    Penyelesaian tetap ada cuma kita tidak ketemu yang paling berkesan.

    Di antara formula kaunseling ialah 'Clien Centric' iaitu memberi penumpuan kepada diri seendiri bukan kepada yang lain. Maaf ada kenyataan JunAina yang pakcik tidak bersetuju.

    BalasPadam
  15. JunAina.Ada kebenaran kata-kata kamu itu. Tetapi Pakcik hendak kongsi infor. Kaunselor cuma pemudah cara untuk kita ungkai sesuatu kekusutan itu. Ini semua terjadi dalam keadaam waras. Beliau telah terlatih untuk meneroka dan mencari puncak asal atau pokok sesuatu isu itu. Kaunseling sebenarnya membantu penyelesaian dan meringankan isu itu.

    Penyelesaian tetap ada cuma kita tidak ketemu yang paling berkesan.

    Di antara formula kaunseling ialah 'Clien Centric' iaitu memberi penumpuan kepada diri seendiri bukan kepada yang lain. Maaf ada kenyataan JunAina yang pakcik tidak bersetuju.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.