Kawan-kawan kakcik

Rabu, 2 Januari 2013

Apakah yang dikejar agaknya?...

Pagi semalam, aku dan suami balik ke Teluk Intan.  Melalui lebuhraya Utara Selatan (PLUS) yang agak 'lengang'.  Di kawasan  menghampiri Bukit Beruntung (yang agak terkenal sebagai kawasan sering berlaku kemalangan), suamiku memandu dengan kelajuan 110km/j di lorong paling kanan.  Di hadapan kami sebuah Toyota Vios juga dipandu dengan agak perlahan.

Mengikuti 'sangat rapat' di belakang kereta kami adalah sebuah van berwarna biru.  Lampunya dipasang seolah-olah memberi amaran supaya kereta kami ke tepi ke tepiiiiii (gaya Usop Wilcha).  Sebaik sahaja laluan diberi, van itu memecut dengan sangat laju.  Mungkin lebih dari 130km/j!.  Dalam beberapa saat sahaja ianya hilang dari pandangan.

Mungkin sebab ada label 'Kementerian Kesihatan Malaysia', jadi mereka yang di dalam kenderaan itu tidak takut untuk 'masuk' ke hospital kot...

Mulanya aku merakam dalam bentuk video, tapi sebab suamiku
'bising-bising', terpaksalah video itu kupadamkan saja.


25 ulasan:

  1. Agak-agak surat saman AES sampai tak pada diorang..I dont think so!

    Kakcik: Ank AK ke sekolah hari ini.

    BalasPadam
  2. Biasalah tu kakcik...Kat mana-mana pun situasi ni memang ada. Kadang risau bila kita yang berhati2 akan jadi mangsa kepada mereka yang memandu laju.

    BalasPadam
  3. kita berhati2 di jln raya tp kalau org lain tak..payah la kan.rasanya kalau kena saman aes tu kira burn kot

    BalasPadam
  4. ramai orang macam ni..jadi apa2 baru nak nyesal..

    BalasPadam
  5. perut dia sakit sangat tu mak~~

    BalasPadam
  6. ramai yg macam tu kakcik kejar mengejar dijalan raya janji kita ikut undeng2 dah lah kan tapi hati mmg sakit kalau tengok keta yg terlampau laju tu huh..

    BalasPadam
  7. aish..mungkin ada urusan yang nak disegerakan..semoga perjalanan mereka selamat..

    BalasPadam
  8. adoila... depa tu kalu masuk sepital, tak payah register dah kak.

    BalasPadam
  9. saya kalo org laju2 mcm tu saya selalu bayangkan drivernya nak cepat sebab tak tahan nak berak. Hehehe.

    BalasPadam
  10. kdg2 kita perlahan,kena 'marah'...kita laju..kena 'sumpah'...

    BalasPadam
  11. emmmm...pembuli jalanan ke ape nie..saje nak tempah wad kt spital

    BalasPadam
  12. emm mungkin ada urusan..
    jarang guna lorong paling kanan kecuali nak memotong.. suka bawak kereta santai2 tgok pemandangan dan lebih suka ikut jalan lama :))

    BalasPadam
  13. Highway utara-selatan semalam menghala JB tak boleh laju kakcik. Baaaanyak sangat kenderaan. Balik hantar anak kakak pun tersangkut sama. Ada yg nak laju ikut jalan side - konon nak cepatlah tu macam van yg kakcik rakamkan..

    BalasPadam
  14. Uishhh....panik saya Kakcik. Tengok warna macammmm van company saya jer. Mulalah nak soal siasat company driver. Tapi, confirm kan, KKM kan? Bukan Kem Penerangan kan...?

    BalasPadam
  15. ambulan tak cukup agaknya mak...die pakai van ni pi amik pesakit...hehe

    BalasPadam
  16. Salam, kakcik.. orang yg bawa laju2 ni selalu sy cakap, agaknya dia nak terbuang air, hehehehe

    BalasPadam
  17. selalu gak kena yg tak sabar nk kedepan gitu...agaknya wife dia call nk bersalin...huhu

    BalasPadam
  18. Van yg tu ke Kakcik? Nape suami Kakcik bising bile Kakcik rakam video?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dia suruh buat macam tu macam ni, suara dia terakam sama! ;-)

      Padam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.