Kawan-kawan kakcik

Ahad, 23 September 2012

23/9/2012 - Jom kita bergossip...

Hehehe... saja nak tukar tajuk.  Jangan nak buat pasal nak bergossip bagai.  Tak ada faedahnya pun ...



Sekali lagi kakcik letak di sini pelan ke lokasi perjumpaan.
Ini adalah perhimpunan aman dan rasanya tiada permit diperlukan!

Kenangan lalu ....

Ramai yang kakcik temui buat pertama kali di sini (rumah kakcik sendiri).

Ramai juga yang bersua muka untuk kali pertama di sini (rumah Dato' LF).

Walaupun tak ramai, tapi masih juga ianya merupakan pertemuan
pertama bagi sebahagian dari kami (rumah Akuzle Ayu).

Jadi, bagi yang belum pernah bertemu sebelum ini, tiada apa yang perlu dimalukan kalau niatnya sekadar ingin berjumpa dan berkenal mesra.  Datanglah, ya...

Tarikh : 23/9/2012

Waktu : 9.30 pagi hingga Dato' LF suruh balik!

Tempat : No 8, Jalan 3/6F,
Bandar Baru Bangi.

Konsep : bawa makanan untuk dimakan beramai-ramai.

Tema Pakaian :  pakaian hari raya katanya,
kalau tak ada, pakai sahajalah mana yang ada
asal jangan menjolok mata.

Nak nombor telefon utuk di hubungi tak?  Sila tinggalkan permohonan di ruang komen, ya? :)

33 ulasan:

  1. Balasan
    1. Tak apalah... ibubapa perlu diutamakan.

      Padam
  2. kakcik sya pun tak pasti lagi..kalau sempat mungkin petang sikit emmm..entahlah kalau ada rezeki sampailah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mudah2an ada rezeki untuk kita berjumpa lagi. :)

      Padam
  3. dulu arwah lieynanilaz ada berhajat nak pergi gathering ke sini..masa tu saya tak berapa kenal dgn kawan2 bloger yg dia selalu bw...sekarang saya cuba mengenali semua kawan2 yang pernah diceritakan kepada saya..semuga gathering berjalan dengan lancar... insya Allah :)

    BalasPadam
  4. jelesss sbb x dpt jumpe akk
    bilelah nak dpt jumpe kan ;)

    BalasPadam
  5. seronoknya kalau dpt hadir.apapun semoga pertemuan ini berjalan lancar :)

    BalasPadam
  6. seronaknya kan.. teringin nk jumpa... ^_^

    BalasPadam
  7. alaaa...bestnya. jauh...tak dapat nak join.

    BalasPadam
  8. insyaAllah ati n family mai

    bawa kek coklat :)


    BalasPadam
  9. Assalamualaikum Kak Cik

    moga dipertemukan

    BalasPadam
  10. Selepas beberapa siri gathering yg ditunjuk di atas, juga ada Sesi Sarapan Bersama Blogger yg dibuat. Semua konsep POTLUCK. Biasanya memang makan sakan-sakan. Jemput datang yaaa...!
    Jangan malu, sbb dalam ramai-ramai tu, saya lah yang paling PEMALU SEKALI...! hahahaha

    BalasPadam
  11. Tak dpt jgk joint...ada hal lg...:-(

    BalasPadam
  12. Best nya kalau dpt joint kan...saya nun jauh di Utara, dpt baca jadilah...

    BalasPadam
  13. As salam Kakcik,

    Baru nak bergossip...hehehe.. Saya doa dari jauh, moga majlis berjalan lancar & diberkati... Ameen :) Ppeluk cium buat semua yg hadir...yg perempuan jelah :))

    BalasPadam
  14. mak..nak no tepon?

    insyaAllah setakat ni confirm..tp xtahu lah esok camana...sbb sy dah dua hari demam ni :(

    BalasPadam
  15. Assalamualaikum Kak Cik

    Insyaallah akan hadir...

    BalasPadam
  16. Sampai hati tak jawab soalan sebelum NIH...

    Bawak perut jer, boleh kan? :-P

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tq... Sama2 lah kita sambut raya eNAM gangNAM style esok ;) harap tak sesatlah Tok mencari lokasi musollah nya

      Padam
  17. salam kakcik ,
    alhamdullilah , majlis yg baik moga mndpt rahmat dan berkah .

    BalasPadam
  18. InsyAllah coming ..
    dah lama tak join gath ni
    :D

    BalasPadam
  19. meh saya nangis dulu sebab saya takleh join esok... sob sob!

    BalasPadam
  20. assalammualaikum
    tumpang tnya kakcik, bas k tmpat akak cmner?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummussalam.

      Bas ke tempat kakcik? Kakcik minta maaf banyak2 sebab kakcik memang gagal nak bagi panduan menaiki bas. :(

      Padam
    2. ktm komuter UKM stesen then jalan kaki sikit cross sungai langat JIKA ada jambatan atau titi lah... kalau tak buat big pusingan O berpandu pada google map search jalan 3/6f bangi ;)

      Padam
  21. untuk bas pulak:

    layari myrapidkl.com.my then BUS next ROUTES finally AREA 4 (cek ke KAJANG)

    BalasPadam
  22. Tq semua esp kak cik, dato & acu serta akak baju hitam (sebab tak de name tag) kerna melayan di KHAIRUL + anaknya tadi ;)

    bas mini 66 mungkin lalu depan 3/6f bersama t413 ke bangi valley

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com