Kawan-kawan kakcik

Sabtu, 28 Julai 2012

Sembang adik-beradik...

Ini catatan 'syok sendiri' sebab tiada apa yang hendak nak dicoretkan dan hanya ingin merakamkan perbualan ini untuk kenangan.  Perbualan yang pendek dan santai tapi ada unsur kemesraan...

Along :  Along rasa nak beli Alphard la...

Adik   :  Kalau Along tak mampu beli Alphard, Along beli saja Alpha Lipid...

Kemudian kedua-duanya ketawa terkekek-kekek.  Mak mereka tiba-tiba menyampuk :  Kalau dua-dua tak mampu, kita beli lepat sajalah...

Sebenarnya, walaupun perbualan itu tidak memberi makna apa-apa, tapi hati seorang ibu sangat gembira bila melihat anak-anak boleh bergurau senda sesama mereka. Itu yang lebih utama dari timbunan harta tapi tidak boleh 'mengikat rasa bahagia'.

22 ulasan:

  1. Salam Kakcik.

    Tu yang mahal kan. Kemesraan antara mereka.

    BalasPadam
  2. Memang syok jer layan bebudak sembang ala santai kekadang merapu... hehehe
    Mana tahu betul ada yg dapat beli Alphard tuh!

    BalasPadam
  3. suka statement yang last....Sebenarnya, walaupun perbualan itu tidak memberi makna apa-apa, tapi hati seorang ibu sangat gembira bila melihat anak-anak boleh bergurau senda sesama mereka. Itu yang lebih utama dari timbunan harta tapi tidak boleh 'mengikat rasa bahagia'.

    BalasPadam
  4. Btl....rietta setuju....bonding adk bradik lebih ptg dr segala harta benda dunia.....

    BalasPadam
  5. simpanlah kenangan selagi masih ada kakcik... hu hu hu...

    BalasPadam
  6. Hehehe, betul tu kakcik, kemesraan tu lebih berharga dr segalanya....

    BalasPadam
  7. Iyelah kakcik, rindu nak gurau senda dgn adik beradik. Masa remaja paling best, bila dah kawin....masing2 sibuk, nak borak pun tak nyempat.

    BalasPadam
  8. Saya ni baru jer habis tonton drama Parit Jawa kat astro..sangat berkesan di jiwa saya kak...pasal tanah pasal ikatan adik beradik...past baca lak entry akak ni..terkesan sangat....

    BalasPadam
  9. dlu sy kecik3 asyik gaduhhh je ngan akak abg..hihi...insyaAllah mggu dpn kitorng plan semua balik kmpung buka puasa sama2 ngn mak...maklum le,anak2 semua cari rezeki tmpt lain.. :)

    BalasPadam
  10. pandai bergurau senda adik beradik.. hehehe

    BalasPadam
  11. Setuju dgn kakcik..
    Tiada gunanya diselimuti harta kekayaan andai ikatan persudaraan makin renggang..

    BalasPadam
  12. hehehe.. kawan2 sejati adalah adik beradik sendiri... sebab air yang dicincang takkan putus

    BalasPadam
  13. Tak pernah tengok macammana keadaan dlm kereta alphard tu...alpha lipid pun machaq tak tau apa bendanya...tapi makchaq tau Adik mesti kesayangan along....
    Background baru ni bunga telur Along ke?..

    BalasPadam
  14. bila masing2 dah besar (berkahwin & mempunyai anak sendiri) lagi seronok bila tengok kemesraan mereka yang terus terjalin. Alhamdulillah.... saya 7 beradik semuanya satu kepala bila masing2 berkumpul. seronok sangat2... terutama pada hari raya nanti. Insya Allah.....

    BalasPadam
  15. Seronok tgk anak2 Kakcik, semuanya mesra dan akrab dan manja. hehe

    BalasPadam
  16. Mmg seronok bila berjumpa ;) kemesraan tu pentingkan. Baru meriah :)

    BalasPadam
  17. salam hari minggu kakcik..lupa nak komen,...meriaahnyer blog kakcik ni..harum semerbak..

    BalasPadam
  18. betul tu kakcik..wang ringgit tak mampu membayar harga sebuah kebahagiaan..

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com