Kawan-kawan kakcik

Selasa, 26 Jun 2012

Sabtu malam Ahad - jam 11.00 malam...

Apa punya tajuk, entah...  suka hati kakcik saja. :)


Pada waktu tersebut, kakcik dan anak-anak serta adik angkat kakcik dan anak-anaknya keluar dari rumah.  Kakcik bercadang menghantar anak-anak dan adik kakcik itu ke restoran sebelum kakcik dan Along mengambil suami yang baru selesai bermesyuarat di sebuah hotel di pusat bandaraya.

Sebaik keluar pagar, kakcik melihat Along bercakap dengan seseorang.  Kakcik bertanya kenapa?  Rupa-rupanya, ada orang nak ambil buah mangga.  Disebabkan mereka tiada 'galah' untuk mengait, Along memberikan galah kami kepada mereka.    Sewaktu hendak bergerak, kakcik melihat sebuah Toyota Unser dengan seorang wanita mengandung di sebelahnya.  Wanita itu mengusap-usap perutnya, mungkin untuk menunjukkan beliau mengandung dan mengidam nak makan mangga!

Tertanya-tanya juga kakcik, dari manakah mereka datang kerana kami tidak mengenali mereka.  Kalau suami kakcik yang peramah itu ada, mesti dia akan bertanya itu ini.  Mungkinkah ada di antara mereka itu adalah pembaca blog ini?  Entahlah!

12 ulasan:

  1. kat rumah mak fit pun ada pokok belimbing (yg sedap masak gulai lemak)..memang kadang2 orang tak kenal datang rumah semata nak minta sikit belimbing tu..

    BalasPadam
  2. hihihi, saya makan mangga sampai puas kakcik sebab pokoknya sebelah rumah je, main tarik kerana sangat rendang dan berbuah lebat. sampaikan buat kerabu, cicah, jeruk semua dah...

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum Kak Cik

    Insyaallah
    mangga itu akan berbuah banyak lagi

    BalasPadam
  4. Salam Kakcik,

    Kenapa orang Melayu jer ngidam masa hamil? Ada dengor tak omputih ngidam? Kena research nih!

    BalasPadam
  5. orang tak mengandung pun suka gak ngan buah pelam, boleh cicah ngan garam belacan, sedap tu...hehehe

    BalasPadam
  6. Oh... mengidam buah pelam rumah kakcik. Nasib baik jumpa Along. Banyak betul jasa pokok pelam kakcik nie...

    BalasPadam
  7. sepatutnya jmpa tuan umah dulu, mintak izin kan, tp org skrg nih kadang pakai redah je...
    org tua2 selalu ckp kalu kite tak kedekut kongsi buahan ngn org lain nnti pokoknyer berbuah lg lbt

    BalasPadam
  8. moga pokoknya akan membuahkan buah yang banyak lagi lps nie...

    BalasPadam
  9. eh yang tu bukan saya kakcik..saya tak ngandung.. haha..

    BalasPadam
  10. lepas ni saya pulak terjah rumah kakcik. hehe

    BalasPadam
  11. assalamualaikum kakcik...bestnya kalau dpt makan mangga ...moga terlepas rasa mengindam perempuan tu bila dpt makan mangga kakciktu...:)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.