Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 15 Jun 2012

Kita bukan kucing...

'dia' pun pandai tidur beralaskan tangan!.  Gambar ini kakcik rakam
berhampiran Pasar Chow Kit.
... dan kucing juga bukan kita


Tapi ada kucing yang nasibnya lebih terbela, dibelai dan dimanja.  Diberi makan dan tempat tinggal selesa serta dimewahkan walau ia tak faham apa-apa.

Ada anak manusia yang nasibnya memang berbeza. Belum sempat menghirup udara dengan selesa, ditinggalkan merata-rata. Dibiarkan dihurungi semut kerengga.  Sekiranya bernasib baik, mungkin ada yang jumpa dan mahu membela.  Sekiranya tidak, 'pergi'lah ia begitu saja.

Mungkin seandainya anak manusia itu tahu bahawa kucing lebih baik nasibnya, ia lebih rela tidak dilahirkan sebagai manusia!

15 ulasan:

  1. bermakna kata-kata kakcik ni. Ella suka.

    BalasPadam
  2. Ramai yang dah tak takutkan dosa...

    Apa pun perbuatan, asal orang tak nampak kira selamat..lebih takut malu.. tapi tak takut dosa..

    Kalau tidak dari awal benda tak terjadi..

    BalasPadam
  3. semoga menjadi pengajaran kepada semua..

    BalasPadam
  4. cerita pasal kucing, ada seekor kucing hitam sejak rabu minggu lepas datang rumah saya, saya bagi dia makan, sehingga hari ni dia melekat je kat rumah saya, dan saya berterusan bagi dia makan, dia tidur dan makan pun kat rumah saya dah sekarang ni. tapi di luar rumahlah, antara pintu grill dan pintu rumah, sebab rumah saya apartment, risau jugak saya binatang tak boleh dibela di apartment. tapi kucing tu macam dah tak nak ke mana-mana. hmmmmm, tak tau nak buat apa dgn kucing tu, lagaknya bukan macam kucing jalanan, tapi tak pulak bertuan. nampak sangat dia nakkan perhatian daripada saya dan suami.

    kalau ada sapa yang nak saya nak kasi je, bukan tak nak bela, undang-undang apartment tu tak boleh bela binatang. nak buang begitu saja saya tak akan tergamak langsung

    BalasPadam
  5. kucing pun ada akai...syg kan anak dia...inikan manusia...wallahulam...

    BalasPadam
  6. ianya satu contoh cerita tauladan buat sesiapa yang mahu dan tahu berfikir.. kesian sgt dgn anak2 yg terbuang dan terbiar..

    BalasPadam
  7. ya Allah terharunya baca...sedihkan gejala buang bayi bermaharaja lela sekarang ni...akhir zaman

    BalasPadam
  8. betulkan kak manusia skang ni ader yang tak berhati perut.... sedangkan binatang lagikan sayang anak.. manusia pulak buang anak.

    BalasPadam
  9. bagi la saya kalau taknak anak tu

    BalasPadam
  10. Dunia dah akhir zaman beginilah Kak Cik..
    Manusia semakin hilang perasaan kemanusiaan..

    Hampir setiap hari baca tentang kes buang bayi..
    Itu yg nampak yg tak nampak x tahulah..Wallahu'alam

    BalasPadam
  11. hmmm mmg kak, manusia yang tidak berakal mmg mcm tu, elok lagi si kucing yang tidak berakal itu, lebih mengerti dan lebih menyayangi

    BalasPadam
  12. zmn skrg ni kak, dh ramai manusia yg tkade perikemanusiaan... kadang malu kt mak kucing ngn binatang2 lain yg syg anak2nyer

    BalasPadam
  13. sedih saya kakcik..terbayang wajah anak2 dirumah..

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.