Kawan-kawan kakcik

Selasa, 3 April 2012

Bila aku ... (dan kau tak perlu untuk peduli) ...

berdiam -

bermakna sesuatu sedang kupendam
semoga ianya tidak membarah menjadi dendam


menjeling -

bukan ertinya aku juling
tapi aku malas hendak berpaling
kerana sesak jiwaku dengan kata yang berpusing-pusing


buat tak tahu -

mungkin aku sedang memikirkan sesuatu
sambil menilai tingkah dan laku
berbeza antara kau dan aku
aku yang serba tidak tahu
dan kau yang tak perlu merujuk buku
segalanya di hujung jarimu
sehingga kau boleh bertindak membujur lalu


ah! kita memang tak pernah sama...


9 ulasan:

  1. asal nie kak sound macam x best je.. ke perasaan saya saja yang rasa begitu huhu...

    BalasPadam
  2. hhmmm...

    diam betul tentu tak tau..
    bising belum tentu betul..

    =)

    BalasPadam
  3. salam kakcik
    rindu ingn menjengah rakan rakan di alam maya, namun mood tu belum tiba sangatlah ;p
    harap kakcik dan keluarga sihat hendaknya

    BalasPadam
  4. tak nak sama sampai bila-bila, biarlah dia terjun dengan labu-labunya

    BalasPadam
  5. memang 'paling' sakit bila sakit dibahagian leher nih, tu pasal hari ni jeling2 je..keh 28x.

    BalasPadam
  6. hati sakit dan parah tak siapa tau kan kak.. pendam je lahhh..

    BalasPadam
  7. bahasa puitis nie utk stalker yg sama atau org lain nie??

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.