Kawan-kawan kakcik

Rabu, 7 Mac 2012

Semuanya rasa serba tak kena...

tidaklah sampai rasa nak meraung

cuma terfikir-fikir dan tercari-cari

diri sendiri yang kian tidak dikenali

tentang banyak perkara yang telah hilang

tentang masa yang sia-sia terbuang

tentang impian dan harapan yang kecundang

tidak terlepas tentang diri yang menunggu masa untuk ditendang


Bukan tak ingin memperbaiki diri dan mengingatkan bahawa salah orang jangan dicari.  Selidik dan muhasabahlah diri sendiri.  Kerana kau hari ini tanpa disedari adalah apa yang kau tempah untuk terjadi!!!!

Suka atau tidak, matahari akan timbul dan tenggelam mengikut aturanNya...



29 ulasan:

  1. ma sihat??
    hidup ini memang tak leh lari doh dari aturan yang telah ditetapkan

    BalasPadam
  2. setiap masalah ada penyelesaiannya.. perlu banyak bersabar & redha...

    BalasPadam
  3. sabar je lah kak... kadang2 pun saya macam tu..

    BalasPadam
  4. tiap apa berlaku ada sbbnya...saya pernah mgalami keadaan sperti ini (jika betul apa saya teka) tapi sabar itu indah sbenarnya..

    BalasPadam
  5. hidup ini penuh dengan dugaan dan ujian semoga kita semua dapat mengatasi secara berhemah hendaknya

    BalasPadam
  6. kadang² kita sibuk buat itu ini hari² sampai terlupa pasal 'kehidupan'

    BalasPadam
  7. saya ambil itu sebgai pesanan dari mak.

    siapa kita hari ini adalah siapa kita di masa hadapan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Kakcik Seroja,

      Betul, kekadang hidup ini sangat sukar untuk dimengertikan. Adakalanya kita merasa akan kehilangan banyak perkara disebabkan terlalu leka mengejar masa..

      Padam
  8. apa shj yg terjadi atau bakal terjadi sememangnya kesan dari perbuatan kita sendiri..


    tabah dan perbaiki segala kesilapan..


    begitulah kehidupan kan kak cik :)

    BalasPadam
  9. doa banyak2 ye kakcik, semoga semuanya dipermudahkan, dan diberi kekuatan..

    BalasPadam
  10. baik atau buruk yg berlaku, pasti ada hikmahnya
    He knows best.. kan.. :))

    BalasPadam
  11. benar dan nyata..samada kita suka atau tidak matahari akan tetap terbit dan tenggelam..begitu juga kehidupan ada datang dan pergi..ini pasti...ada baik dan buruk..ini juga pasti...hanya keimanan dan ketakwaan dapat memperbaiki kekhilafan...

    BalasPadam
  12. banyak kan berdoa tuk hadapi masa akan datang...:)

    BalasPadam
  13. salam kenal kak..
    selalu tgk akak dr jauh je...

    sesuatu yg Allah cipta tntu ada sbb nya...

    BalasPadam
  14. Kakcik..InsyaAllah ok-ok belako..moga Dia mmpermudahkan semuanya..amin

    BalasPadam
  15. Tengok-tengoklah kesilapan kita ye kakcik.. Kita ni pun tak le sebaik mana pun.
    Semuga segalanya aman belaka..

    BalasPadam
  16. baru je rasa matahari terbit..tau2 dah terbenam....
    saya pun sama kakcik...tau ada kesilapan diri yg perlu dibetulkan..tetap gak lengah2kan

    BalasPadam
  17. Sy kena igt balk salah sy. Jgn asik nak salahkan org je. Tak elok. Huhuhuhu!

    BalasPadam
  18. kakcik, sabar & tabah ya.. kita semua takde yang perfect.. saya pon banyak sangat kekurangannya..

    BalasPadam
  19. Selagi bernama manusia memang kita takkan terlepas dari berbuat kesilapan.Hakikatnya setiap hari tanpa sedar kita muhasabah diri melalui solat...moga hari mendatang lebih baik dari hari ini kan kak cik..amin...

    BalasPadam
  20. Setiap apa yg berlaku itu.. mesti ada sebab dan penyebabnya.. jadi kita kena laa.. munasabah diri dan cari apa yg tak kena..

    BalasPadam
  21. dalam kehidupan kita pasti ada rasa beginikan... kalau idak tak dinamakan manusia...

    BalasPadam
  22. rasa macam sama je kita ni kakcik....kdg2 rasa nk meraung...

    BalasPadam
  23. bangun kakcik dari lenamu..
    ayat ini mungkin meluka tp aku takkan bermanis kata kalau untuk terus melekakanmu...

    muhasabah biar tembus, jangan kita umpama tikus.
    selak mendung jiwamu, pamerkan sinar dihujung mata yang sering kau nafikan gemilangnya...maaf dari aku yg menyayangimu...

    BalasPadam
  24. tak reti nak komen.... tapi suka baca komen2 sahabat2 lain & sangat2 bersetuju dengan salah satu komen.

    BalasPadam
  25. Setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya. Manusia mana yg tak berbuat kesilapan. Kadang2 kesilapan yg sama berulang (cakap pasal diri saya) & rasa nak tendang2 diri sendiri (kasar sikit ni tapi diri saya sendiri yg nak ditendang jadi okla kan) tapi sakit kaki pulak nanti, serba tak kena jadinya..haisy..

    BalasPadam
  26. sama sama memperbaiki kan diri.
    mana baik amek,mana tak elok tegur2 kan.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.