Kawan-kawan kakcik

Rabu, 11 Januari 2012

RM2.00 sahaja...

mulanya hendak buat catatan tanpa kata
tapi tidak boleh pula hendak bercerita

*

*

*

*

*




selalu ditunjuk makanan yang mahal sahaja
berlagak bagaikan orang yang 'ada-ada'
padahal makannya sekali sekala
yang seringnya makan sekadar ada

walau harganya dua ringgit cuma
masih ada yang tidak mampu mendapatkannya
dan tak kurang yang mememekkan muka
makanan begitu tidak layak di tekak mereka

nota hati : sekurang-kurangnya jadilah manusia yang tahu bersyukur

92 ulasan:

  1. ma..hok sebelah lagi tu nape??
    telur masin tau..sedapnya..dok lunch lagi ni

    BalasPadam
  2. sedapnyaaaaaaaaaaa!!!!

    BalasPadam
  3. cheqna...

    sebelah tu labu kuning masak lemak putih. :)

    BalasPadam
  4. oh sedap nya telur masin
    lauk wajib kalau acu beli nasi kerabu

    BalasPadam
  5. 2 ringgit aje? kat mana akak beli murah ni

    BalasPadam
  6. hok murah camni kadang-kadang lebih sedap dari yang mahal kakcik...syukur dapat makan kan.

    BalasPadam
  7. Makanan sekadar ada itu lah yang sedap giler...lebih sedap jika menikmatinya secara beramai2

    BalasPadam
  8. janji ada rezeki kan..syukur alhamdulillah..

    BalasPadam
  9. Acu...

    betul. Nasi kerabu adalah sedap dimakan bersama telur masin. :)

    BalasPadam
  10. Dr Faiz...

    di kafeteria tempat kakcik bekerja. :)

    BalasPadam
  11. Qema...

    yang mahal pun kadangkala hanya 'kerana nama', rasa entah apa2.

    BalasPadam
  12. Farid...

    kakcik ni selalunya kalau di pejabat lebih suka makan sorang2, sebab sambil makan sambil 'buat kerja lain'. :)

    BalasPadam
  13. Huda...

    ada yang terpaksa mengais tong sampah untuk makan, kan?

    BalasPadam
  14. telur masin pembuka selera..! percaya lah kakcik..makanan yang simple ni jauh lebih sedap dari makanan yang mahal yang kita hanya makan sekali-sekala tu.

    kalau kat rumah, telur goreng mata kerbau, kicap dengan cili padi pun dah sedap sangat-sangat...syukur alhamdulillah.

    BalasPadam
  15. itu lagi sedap dan menyelerakan...
    saya selalu jugak ambik lauk mcm tu kakcik..

    BalasPadam
  16. kakcik... iols suekr sebab ada telur masin tu...
    berselera makan!

    BalasPadam
  17. Siti...

    kalau kakcik dah tak tahu nak masak apa, rajin juga kakcik buat telur mata + kicap + cili api dan bawang besar goreng. :)

    BalasPadam
  18. milo...

    memang licin kakcik makan. Alhamdulillah. :)

    BalasPadam
  19. Adik yang nakal dimarah kakak,
    Hatinya girang berubah dingin,
    Aduh Kakcik, tak layak pada tekak?
    Lauk mcm itulah yg sy selalu kepingin!

    BalasPadam
  20. suka telur asin
    ..itulah pembuka selera saya bila bersahur waktu bulan puasa

    BalasPadam
  21. Fara...

    pisang goreng bersalut tepung
    mari dimakan di tengah laman
    tekak kakcik tekak si kampung
    lauk begitu memang idaman

    :)

    BalasPadam
  22. LS FA...

    telur masin naik harga di bulan puasa! :)

    BalasPadam
  23. tengok labu masak lemak..teringat mak saudara belah suami yg duk N9 buat..sedapnya..

    BalasPadam
  24. sVSs...

    janji puas hati dan berbaloi... :)

    BalasPadam
  25. Suri...

    tiba2 kakcik teringat pada lepat labu yang arwah mak selalu buat dulu. :(

    BalasPadam
  26. setiap rezeki makanan yg kita makan hari2 wajib kita syukuri kan kakchik...dan sentiasa beringat bila kita mkn yg ala kadar saja...masih ada insan2 diluar sana yg tidak dpat menjamah apa2 pun hari ini....

    BalasPadam
  27. makanan tulah yg sedap..
    telor masin tu..membuat kita bertambah selera..

    BalasPadam
  28. Kakcik...

    Pulut ngan sambal ikan bilis 2hengget kat bus stop Pasar seni. peberet breakfast saya.

    BalasPadam
  29. saya tak kesah, malah lagi berselera dgn lauk camni.

    BalasPadam
  30. Assalamualaikum Kak Cik

    ingatkan kedai 1 Malaysia

    BalasPadam
  31. Rezeki tu, syukur alhamdulillah dengan duit 2 ringgit masih dapat lagi beli nasik & 2 jenis lauk di zaman milenium ni.

    BalasPadam
  32. rm2 je ke ni???kat jengka mmg tak dapat la kakcik...huhuhu

    BalasPadam
  33. rezeki ALLAH swt..
    bersyukur seadanya kannn...

    BalasPadam
  34. Sedapnya kak cik.. Selalu bersyukur apa yg dikurniakan oleh Allah.. :)

    BalasPadam
  35. uishh kak,kalau izan,laju je masuk mulut menu camni..lg sedap! labu masak lemak tu lawan plak telur masin..haiih kecur air liur huhu

    BalasPadam
  36. Kebetulan saya pun ada gambar Telur Masin yang hendak ditayang-tayang!

    BalasPadam
  37. wlp saya masak macam2 setiap hari tp siapa yg tahu saya makan biskut kering ngan teh O jer...

    BalasPadam
  38. Aslkm
    Kakchik
    Wah nampak sedap! esok nak beli telur masinlah...
    Tadi kakak dah jumpa Dato ABDULLAH Luah fikiran, suami pernah bermesyuarat dgnnya dulu. Nanti kak buat N3.
    Jumpa lagi.

    BalasPadam
  39. ALHAMDULILLAH,BIARPUN MURAH TP REZEKI BUAT PERUT DARI ALLAH..*_*

    BalasPadam
  40. Eye-nee...

    itulah yang kakcik fikirkan 'sekurang2nya aku masih boleh membeli makanan...'

    BalasPadam
  41. sal...

    telur masin tu kalau makan selalu takut dapat penyakit darah tinggi pulak. :)

    BalasPadam
  42. D/O...

    kakcik tak boleh makan pulut sangat, nanti angin naik kapla... :)

    BalasPadam
  43. Ella...

    makanan yang 'canggih2' tu, sesekali bolehlah diterima tekak, kan? :)

    BalasPadam
  44. Atuk...

    wa'alaikummussalam. Saya belum pernah masuk lagi ke KR1M tu. :)

    BalasPadam
  45. uishh biar benar rm 2 sahaja nie .. kat mana nie ?? nak terjah juga
    susah dah nak jumpe murah macam nie huhuh

    BalasPadam
  46. Tak suka mkn mcm ni.....sebab nanti bertambah jd brpinggan pinggan....haha..sedapppp

    BalasPadam
  47. Dinas...

    Alhamdulillah. Cukuplah untuk mengalas perut yang lapar. :)

    BalasPadam
  48. gedek!...

    tapikan... ada telur masin yang tak masin. Tak cukup peram agaknya. :)

    BalasPadam
  49. Azian...

    nak bandingkan dengan tempat lain, kafe kat tempat kerja kakcik ni memang agak murah harga makanannya. :)

    BalasPadam
  50. kaklong...

    syukurlah kerana kita tak perlu meminta2, kan? :)

    BalasPadam
  51. abk...

    marilah datang ke tempat kerja kakcik. :)

    BalasPadam
  52. Rinna...

    tanpa rezeki dari Dia, mungkin tak makanlah kita. :)

    BalasPadam
  53. ~izan~...

    ramai rupanya yang suka dengan hidangan tengahari kakcik. Alhamdulillah. :)

    BalasPadam
  54. Azie...

    ok, nanti kakcik tengok tayangan Azie pulak. :)

    BalasPadam
  55. Q...

    kakcik pun rasanya nak mula makan biskut je balik. Badan kakcik dah terlebih berat! :)

    BalasPadam
  56. Khairin...

    ya, dan pastikan juga makanan kita itu halalan toyyiban. InsyaAllah. :)

    BalasPadam
  57. Bui...

    Alhamdulillah. Rezeki darinya tetap ada. :)

    BalasPadam
  58. ieda...

    benar. Kat kafe tempat kakccik bekerja. Datanglah ke sini, kakcik belanja. :)

    BalasPadam
  59. Saniah...

    mujur kakcik beli bungkus, jadi tak boleh tambah2. :)

    BalasPadam
  60. wow..
    mmg murahnya, macam harga di citarasa rinduan

    BalasPadam
  61. kalau perut saya .. separuh daripada itu pun sudah kenyang. mungkin perut saya dah banyak keladak agaknya.

    BalasPadam
  62. Ayu...

    kakcik sangat berharap suatu hari nanti kakcik dapat singgah di CR dan bertemu dengan Ayu. InsyaAllah. :)

    BalasPadam
  63. Abang Ngah AL (nak panggil Dato' dah kena larang, nak panggil Tuan tak best pulak, nak panggil Kanda macam dah tak kena, nak panggil Pak Ngah nanti saya perasan saya terlalu muda!) ...

    Nasi tu sikit saja sebenarnya. Yang banyaknya masak lemak labu (sampai sekarang saya masih tak boleh tidur sebab kepala tengah nenong...) :)

    BalasPadam
  64. Chik Att...

    syukur kerana kita masih ada makanan dan masih mampu makan. :)

    BalasPadam
  65. masak lemak labu...mmg suka sangat!

    BalasPadam
  66. wow! sgt murah kak cik! dan nampak sedap, labu tu

    BalasPadam
  67. Salam, kakcik...walaupun RM2, janji perut kenyang... sesuai dgn tekak kite sendri...sedapnye telur asin... lama tak makan... dekat sini ade jual tp xpernah try lg ;)

    BalasPadam
  68. Uikkkk...kak....ada telur masin pun ok pe....sodapppp....ahakz

    BalasPadam
  69. PCL...

    kakcik memang peminat sayur 'tradisional' macam labu, pucuk pakudan pucuk ubi. Eh! pucuk(sulur) labu pun sedap dibuat masak lemak atau rebus dan makan dan cicah sambal belacan. :)

    BalasPadam
  70. Zul...

    labu tu memang sedap. Tapi ada orang tak tahan makan sebab 'berangin'. :)

    BalasPadam
  71. Marya...

    W/Salam. Bila kakcik buat catatan ini, baru kakcik perasan rupa2nya ramai kawan2 maya kakcik ni peminat telur masin. :)

    BalasPadam
  72. jeBat...

    tak payah lauk lain dah, kan? :)

    BalasPadam
  73. suka telur masin tapi telur masin sekarang tak macam dulu.. dulu makan sikit je terasa masinnya..

    BalasPadam
  74. Aiza...

    memang betul, telur masin sekarang dah tak sempat masin. :)

    BalasPadam
  75. kakcik saya suka sangat sangat sangat lauk labu kuning... dulu masa belajo, hari2 makan lauk labu, sampai tuan kedai dah chop muka saya muka labu.. huhu..

    2 hinggit je ?

    BalasPadam
  76. Anaa...

    kakcik tengok muka Ana tak macam labu pun, cantik sempurna je. :)

    BalasPadam
  77. alhamdulillah dah tuh kakcik.. dr yg takde pitis langsung nak beli mknn.. bersyukur dah kalu mama la..:)

    BalasPadam
  78. aiisshhhh..
    tak cukop nasik tuuuuu...

    BalasPadam
  79. AzeedA...

    beberapa jam kemudiannya, kakcik dihidangkan dengan nasi yang sampai tak larat nak makan. :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com