Kawan-kawan kakcik

Khamis, 29 Disember 2011

Kuhijrahkan Doa...



Drama arahan Murali Abdullah ditayangkan di TV9 malam tadi (28/12/2011 - jam 8.30 malam)Lakonan mantap Zamarul Hisham dan Bell Ngasri sebagai dua beradik yatim piatu.

Biarpun agak 'lembap' akibat kemalangan, Kamarul (lakonan Bell) tidak pernah putus dari mendoakan kejayaan abangnya Shahrul (lakonan Zamarul). Walaupun Shahrul kelihatan agak mementingkan diri, namun kasih terhadap adiknya tidak pernah pudar.



Aku bukanlah seorang yang pandai hendak mengulas tentang sesebuah drama.  Bagaimanapun drama tentang kasih sayang yang tulus pastinya berjaya membuatkan airmataku mengalir tanpa dipaksa.  


Masih adakah saudara yang tidak mengerti tentang kasih tulus seorang saudaranya yang lain.  Tidak mustahil, bukan?



14 ulasan:

  1. malam tadi ada dinner..tak tengok tv..malam sebelum2 ni pun tak tengok tv...

    eh cakap je la mmg tak tengok tv! haha

    *tp saya tau kalau cerita murali abdullah byk bermain dgn emosi..msti sedih kan cite ni

    BalasPadam
  2. kalau dah menyentuh hati mak tu...maksudnye cerita tu mesti menarik. bagus murali, tahniah!

    BalasPadam
  3. malam tadi tak ingat buat apa hehe...

    BalasPadam
  4. sempat tengok permulaan cerita je.. anak2 suruh bukak cd cars..

    BalasPadam
  5. saya lah salah satu dari seorg saudara yg tidak menghargai kasih sayang saudara kandungnya...bukan sesuatu yg mustahil kakchik..namun saya bersyukur punya saudara yg tidak memdendami kesilapan saya dahulu....

    BalasPadam
  6. selalu jika arahan murali
    mesti ceritanya best dan menyentuh
    hati..

    BalasPadam
  7. Aina hanya sempat tengok intronya lepas tu sibuk borak2 dengan emak di rumah adik dan anak2 pulak berebut nak tengok hindustan.

    BalasPadam
  8. ayu tak sempat tonton, sebab layan 3 idiot

    agak2 ada ulangan tak?

    BalasPadam
  9. meleleh air mata acu tonton drama nie malam tadi :(

    BalasPadam
  10. tgk 3 IDIOT tak?? sambungannya malam ni.. itu pun confirm nanages jugak.. :)

    BalasPadam
  11. tak tengok la pulak..
    mesti bestkan arahan murali tuu...

    BalasPadam
  12. teman tengok!
    memang sedih kakcik..
    my habibi pon nengok jugak..
    dia kate ni yg maleh nengok cite melayu ni.. emosi tersentuh le tu.. ;)

    BalasPadam
  13. even hanya tgk gezet, sy tau citer neh hebat... good points have been highlighted!!

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com