Kawan-kawan kakcik
Rabu, 30 November 2011
Jawapan kepada teka-teka semalam...
Selasa, 29 November 2011
Letih pula rasanya... jom kita main teka-teka nak? ...
Menjejaki kampung yang kutinggalkan...
Sekian lama aku tidak melihat pemandangan sebegini |
Awan gemawan yang tetap mendapat perhatianku |
Luasnya ladang jagung ini |
Ya Allah - betapa indahnya lukisan alam ini |
Ke pusara bonda sebaik tiba di kampung halaman |
Singgah pula di rumah yang kini diduduki oleh orang lain :( |
Entah bila anak cucu yang ditinggalkan dapat lagi bermain-main di sini |
Pokok limau kasturi ini telah puluhan tahun setia mengeluarkan buah tanpa henti |
Manggis juga telah berbuah tapi mungkin tidak berpeluang untukku jamah |
Along kata 'mak, aerial tv tu dah berpuluh tahun masih di situ' |
Memory Lane, Ipoh...
Aku hanya berjalan-jalan dan mengambil gambar sebelum 'lari' semula untuk berehat dalam kereta kerana tak tahan dengan cuaca yang panas, sesak serta terdedah dengan batuk dan bersin mereka yang membanjiri kawasan ini.
Menurut suami dan adik-adikku, harga barangan di sini (walaupun barangan terpakai) adalah agak mahal. Jadi, kenalah pandai tawar-menawar...
Pintu Gerbang di bahagian belakang. |
Macam-macam barangan ada dijual di sini |
Sesak! |
Ada sesiapa pernah guna buku ini sewaktu di sekolah dulu? |
Kata adikku, seterika lama ini berharga RM120 satu. Mahal kan? |
Macam-macam saiz batu/cincin ada. Silalah pilih. |
Kasut 'bundle'. |
Peralatan jahitan pun ada. |
Entah pejabat pentadbiran manalah punya fail-fail ni. (Aku ternampak sepasang kasut jururawat dengan jenama KKM, tapi aku segan pula hendak merakam gambarnya! |
Kasut lagi... |
Siapa peminat pinggan lama? |
Sesuai bagi yang ada anak kecil. |
Murah, kan? Tapi dah berapa lama agaknya tersarung di badan orang lain? (~_~) |
Ada yang berkenan ke? |
Yang ini aku suka (tapi suka tengok je!) |
Isnin, 28 November 2011
PAD - apa yang mereka rancang untuk dibawa? ...
Bujal - spaghetti mamaAinulyang masak
Mommy Fara - rendang daging korbanyangtakhabislagi
Niezzareena - buah-buahan segardariladang
Rai Ourkizuna - pencuci mulut tanpapengawet
Tendang Terajang - mee/meehoon & kuih-muih yangbaikpunya
Ayu Akuzle - cheese tart belipunya
Fitri Senin - 2 jenis kuih (pedas dan manis) takcukupbolehtambah
GadisBunga - apam Indon bukandarijakabaring
PakcikLie - laksa goreng tanpaminyak
Cikinto - mihun Singapura gorengdiCheras
Kata Kama - shepherd's pie takadaorangbolehcelen
JuneAina - laksa Perlis tapimasakdiKajang
Ida Nyanyisunyi - rendang ayam takdapatpencensebabambilkwsp
Afida Anuar - mee goreng bukanipohmali
Aniesandyou - puding triffle kalaumakanmestijatuhcinta
MATHARI - fruit tartlet/kek buah/cookies rugikalautakmakan
Azieazah - pulut kuning dirajayangrajapuntaktahu dan ais limau asam boi baekkkpunyabakkataboboiboi
Dato' LF - kuey teow goreng keringyangsedangsedangsaja
dan teh tarik panaskalaulambatminumjadisejuk
Ezza - nasi impit, kuah kacang dan sambal jawadariKlang
Acik Erna - nasi dan lauk-paukyangdimasakdengankasihsayang
Kak Nani - roti jala dan kari ayambukanbelidiPasarChowKit
Dato' LF - kuey teow goreng kering
dan teh tarik panas
Ezza - nasi impit, kuah kacang dan sambal jawa
Acik Erna - nasi dan lauk-pauk
Kak Nani - roti jala dan kari ayam
Salam Bersambut Ukhwah Bertaut.
PAD - pelan lokasi dan sedikit hal berkaitan...
Assalamu'alaikum...
Sebelum ini, Azie a.k.a Makcik Apron Merah ada mencadangkan tentang 'tanda nama'. Bagaimanapun, setelah berbincang, kami (kakcik dan Azie) berpendapat adalah lebih baik semua yang datang hanya menggunakan masking tape yang disediakan oleh Dato' LF untuk menulis sama ada nama blog atau nama sendiri.
Setakat ini, kakcik masih memerlukan persetujuan tentang cadangan untuk membuat kutipan derma ikhlas seperti yang kakcik catatkan di sini. Sekiranya ramai dari kita yang bersetuju (bukan paksaan, ya), bagaimana pula cara kita hendak menyampaikan sumbangan itu? Adakah sesiapa antara kita yang berhubungan secara nyata dengan keluarga tersebut? Mungkin PAKCIK GEDEK boleh menguruskannya?
Seperkara lagi, adakah sesiapa yang sudi menyumbangkan bekas makanan pakai buang? Sekiranya tiada, tidak mengapa. Kakcik akan menguruskannya nanti, InsyaAllah.
Jengah-jengahlah sama CATATAN DATO' LF INI tentang apa sebenarnya yang ada di minda beliau untuk sama-sama kita renungkan dan berikan pandangan.
Sekian, terima kasih.
Salam Bersambut, Ukhwah Bertaut.
Setakat ini, kakcik masih memerlukan persetujuan tentang cadangan untuk membuat kutipan derma ikhlas seperti yang kakcik catatkan di sini. Sekiranya ramai dari kita yang bersetuju (bukan paksaan, ya), bagaimana pula cara kita hendak menyampaikan sumbangan itu? Adakah sesiapa antara kita yang berhubungan secara nyata dengan keluarga tersebut? Mungkin PAKCIK GEDEK boleh menguruskannya?
Seperkara lagi, adakah sesiapa yang sudi menyumbangkan bekas makanan pakai buang? Sekiranya tiada, tidak mengapa. Kakcik akan menguruskannya nanti, InsyaAllah.
Jengah-jengahlah sama CATATAN DATO' LF INI tentang apa sebenarnya yang ada di minda beliau untuk sama-sama kita renungkan dan berikan pandangan.
Sekian, terima kasih.
Salam Bersambut, Ukhwah Bertaut.
Ahad, 27 November 2011
PAD... ini adalah majlis untuk kita semua...
Jangan sesekali ada yang beranggapan bahawa pertemuan yang dirancang ini adalah ANJURAN KAKCIK mahupun ANJURAN DATO' LF. Ini adalah majlis yang kita rancang dan akan jayakan bersama. Justeru itu, kakcik dan Dato' LF amat mengharap dan mengalu-alukan sebarang pandangan mahupun cadangan bagi mempastikan majlis kita nanti adalah satu majlis yang bermakna dan akan berjalan dengan lancar.
Rakan-rakan semua boleh mencadangkan sama ada kita mahu mengadakan warna tema pakaian, aturcara apa yang difikirkan sesuai dan sebagainya.
KEMUNGKINAN BESAR, kita akan solat Zuhur berjemaah (bagi yang tiada keuzuran) dan akan ada sedikit tazkirah yang akan disampaikan oleh Ustaz Jemputan atau Dato' LF sendiri.
Sekiranya ada yang ingin menyumbangkan bekas makanan pakai buang (seperti pinggan, mangkuk, sudu garfu dan kertas pengesat tangan), bolehlah berbuat demikian dengan memaklumkannya kepada kakcik melalui ruang komen blog ini. Walaubagaimanapun, kepada bakal penyumbang, diharap dapatlah datang seawal mungkin kerana bekas2 itu perlu digunakan sebaik majlis dimulakan.
Salam Bersambut, Ukhwah Bertaut.
Langgan:
Catatan (Atom)