Kawan-kawan kakcik

Ahad, 23 Oktober 2011

Petunjuk ke rumah kakcik...

Lanjutan dari PERTEMUAN YANG KITA RANCANG INI...





Bila anda sudah masuk ke Jalan Bunga Raya (dari Jalan Lingkaran Tengah 2 @MRR2), sebelum berjumpa dengan lampu isyarat (simpang 3), anda akan melihat papan tanda ini di sebelah kiri:


Sila beri isyarat untuk masuk dan masuk di jalan yang terdapat papan tanda tersebut.  Terus ke hadapan dan masuk di simpang (sebelah kiri) yang pertama (jarak lebikurang 20 meter).  Anda akan melihat padang bola di sebelah kanan.


Teruskan pemanduan ke hadapan dan anda akan berdepan dengan Surau Al-Amin, Taman Kencana.

Setelah memastikan tiada kenderaan lain di persimpangan yang boleh mengakibatkan kemalangan, teruskan perjalanan ke sebelah kanan.  Beberapa meter di hadapan, beri isyarat dan belok ke kiri. Sebaik anda masuk ke jalan di sebelah kiri tersebut, anda akan melihat mercu tanda ini:

Teruslah menuju ke tangki air tersebut dan bersedia untuk meletakkan kenderaan anda di tempat yang bersesuaian.

Sebarang pertanyaan, bolehlah menelefon kakcik di nombor ini : 012-2830569.  Semoga kita dapat bertemu dalam suasana penuh harmoni dan menjalinkan ukhwah yang diberkati Allah.  InsyaAllah.

Ada yang hendakkan alamat penuh? Inilah alamatnya :

No : 7, Jalan Kencana 36/2
Taman Kencana
56100 Cheras.


Sudah sering bertentang kata,
tibalah masa bertentang mata.

37 ulasan:

  1. kalong tak dapat join..sob sob sob...
    semoga sukses!

    BalasPadam
  2. Assalamualaikom kakcik!
    tegejuit beghok2 teman nengok mate tu ahhhhh heheheheheerrr.. insya Allah teman akan menempek ghomah kakcik.. kalo perlu kaki2 tgn2 utk menyepah2kan lg ghomah kakcik hr sabtu tu koling2 le ye ;)

    BalasPadam
  3. tq kakcik....
    sy dah print awal2 dah petanya....harap tak tertinggal nnt...hehehe

    BalasPadam
  4. lupa plak kakcik...
    ade tak sape2 yg dr pahang???heheheh
    ke sy jek sorang nihhhh?????
    sy dr tol gombak taw kakcik....hehehe

    BalasPadam
  5. beshnya..
    semoga semuanya berjalan lancar ye =)

    BalasPadam
  6. teringin nk join walaupun tidak mengenali

    BalasPadam
  7. insyaAllah

    moga dapat bertemu ngan kakcik dan blogger2 lain juga...

    BalasPadam
  8. kakcik.. kalau nak datang jugak takde masalah kan cuma dari segi bawa makanan tu tak boleh nak janji bila dalam keadaan macam ni..
    kalau takde apa2 aral.. sampailah saya.. nak janji tak berani..

    BalasPadam
  9. Hati kakak meruntun nak pergi tapi tak berkemampuan... Ada blogger dari JB tak kakcik? Nak kirim belikan tart Azieazah kalau ada hihi...

    BalasPadam
  10. Salam Kakcik, kalau kakcik, jegir mata macam tuh masa saya sampai rumah kakcik, emmm...akak patah balik..takuitttt..kakcik garang..hehehehe

    BalasPadam
  11. Sgt teruja. Tk sabar2 nk jmpa kakcik, kak azie, azian, MDT, ati, dan lain-lain. Harap2 ella tak sesat.

    BalasPadam
  12. kalau tak silap ati surau tu
    macam ati pernah tumpang berehat
    dulu....

    masa tunggu sekolah tu buka
    sbb nak ambik buku sekolah anak :)

    BalasPadam
  13. kakchik, saya print je dulu peta umah kakchik.. kotlah, ada rezeki hari tu nanti, tersinggah lak ke umah kakchik.. tapi tangan kosong ler, takpe? perut gerenti la kosong..

    BalasPadam
  14. rasanya melalui panduan yang diberikan, tak boleh sesat kalau pergi.

    tapi sayang sekali saya tidak dapat pergi.

    semoga pertemuan ini kelak akan berjalan lancar dalam suasana penuh ukhwah.

    BalasPadam
  15. errkk.. takut la tgk mata!! hehehe
    kakcik, malam nnt saya komfemkan ye jadi join ke tak :)

    BalasPadam
  16. kakcik...
    last minute..husband ajak balik kg pulak..ada hal..

    tapi masih dlm perbincangan lagik..

    kalau tak jadi balik kg..insyaallah.. ada le batang idung kami anak-beranak yek..

    harap maklum dan harap maaf kalau tak dapat hadir..

    *sedih ni kalau tak dapat dtg..sob sob

    BalasPadam
  17. semoga semuanyer berjalan dgn lancar....

    BalasPadam
  18. mata sapa tu kakcik? heheee

    insya allah akan bersua kita ahad ni

    harap2 audition berjalan lancar dan cepat settle :)

    BalasPadam
  19. SALAM,
    ADA N3 BERKAIT DENGAN PERJUMPAAN INI DI BLOG LF

    BalasPadam
  20. mesti rumah banglo, tak tunjuk pun. dah kena bil api kat RM600 tu, mesti banglolah.kah kah.jgn marah kak chik.melawak.

    BalasPadam
  21. Kakcik - nak join, nak join, nak join... nanti saya akan datang dengan isteri pertama saya ek. he he he

    BalasPadam
  22. um nak join jauh sgt2... moga semuanya selamat... ~

    BalasPadam
  23. hadoiii kus semangat tengok mater tuhh...hahaha

    wahh mesti gempak nehhh..syok nyer..jeles aii...hukkhuk

    BalasPadam
  24. oho... bukan masuk ikut susur tmn kencana?

    BalasPadam
  25. Ayu...

    masuk ikut susur Taman Kencana/Jalan Bunga Raya kalau dari MRR2. :)

    BalasPadam
  26. InsyaAllah, ada rezeki ahad ni kita jumpa yer kak cik.. tak sabar juga nak jumpa dgn blogger2 lain..

    BalasPadam
  27. kita jauh mmg takda peluang nk join :(


    p/s: ahai..mata sape tu? terkejut aye!

    BalasPadam
  28. masyallah..bestnya klu dpt join.

    smoga brjln lancar.

    BalasPadam
  29. Salam
    Selamat berhimpun para bloggers. Semoga di permudahkan. Jeolous juga. Kena ada orang yang boleh kedepan macam kakcik barulah berjalan.

    BalasPadam
  30. semoga berjalan lancar kakcik dan kawan2 blogger yang lain...

    pasti meriah ni...

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.