Kawan-kawan kakcik

Khamis, 8 September 2011

Along belanja lagi...

Kali ini di Mali's Corner, Taman Bunga Raya, Setapak. Sebenarnya sebelum berbuka semalam, aku cakap dengan suami yang aku teringin nak makan kuey teow goreng.  Selepas berbuka dan menunaikan solat Maghrib, kami anak beranak keluar ke Setapak.  Singgah untuk keluarkan duit di mesin ATM, ada masalah pula dengan kad.  Jadinya, Alonglah yang keluarkan duit untuk membayar makan minum kami.

Sudah lama tak ke sini, ingatkan tiada pelanggan.  Rupa-rupanya 'tempat beratur'nya telah berubah ke belakang.


Adik dan Bangcik makan nasi lemak yang berharga RM5.00 sepinggan.

Kuey teow saiz besar RM5.00 juga untuk sepinggan.

Teh O ais limau = RM1.40 segelas.

Makin ramai yang datang beratur.

Penuh.

Hanya kulit udang yang tinggal.  Ada banyak (lupa nak kira) udang bersaiz besar dalam hidangan ini.

Tempat letak kereta pantang ada kosong mesti ada yang menunggu untuk masuk.

Budak ini kekenyanganlah ni.  Di rumah dah makan nasi, tambah lagi makan nasi lemak dan separuh pinggan kuey teow.


58 ulasan:

  1. nak meniaga tuh tak kisah lah, masalahnya di buatnya harta awam tempat parking macam mak bapak dia yang punya. siap boleh sound2 lagi suruh parking tempat lain.

    BalasPadam
  2. lepas makan, balik rumah terus tidur ke kakcik? denjeres tuh! utk kesihatanmu...ekeekee...

    arwah ayah saya prof Usin tu kata - org pompuan bila dah veteran (mcm kita), bila makan makanan ber-seafood sebelah malam, kena eksesais dulu sebelum tido... supaya protin dan zat besi yg tinggi tu tak berkumpul disendi2...bahaya sangat tu...

    tengok sipipi tembam BS tu, rasa macam nak syium syium dia jer... geram ek?

    BalasPadam
  3. WBH...

    nanti ajak kakcik sekali, ya... ;-)

    BalasPadam
  4. eelobor...

    tinggal kat kawasan itu ya? :)

    BalasPadam
  5. Belah mana ni kak? Duk dengar lama dah tp tak pernah try, nk gi kt Wangsa walk tu mcm penuh je slalu, Akak komen kt blog Aju nnti ek, ingt nk try buka kt situ ptg ni huhu

    BalasPadam
  6. Q...

    lepas makan, balik rumah - lipat kain baju, gosok pakaian sampai berpeluh2, solat Isyak - tak sedar terlelap pukul berapa. Jam 4.15 bangun semula untuk masak dan bersahur (padahal bersahur makan roti je). :)

    Pipi siBS tu memang sedap untuk dicubit...hehehe...

    BalasPadam
  7. Aju...

    di Taman Bunga Raya, Setapak. Cuba klik link yang kakcik bagi tu, mungkin boleh beri panduan. :)

    BalasPadam
  8. terliurnyer tengok kuew tiaw tu..
    along!!!!!!!!!!!
    cepatlah datang sini..wah tetiba ni =)

    BalasPadam
  9. walaupun RM5 sepinggan tapi berbaloi. boleh kongsi dua orang.

    sayangnya tempat tu jauh sangat dari Senawang !

    BalasPadam
  10. kakcik....

    ini betul2 dekat ngan umh saye

    huhuhu... bestnyer kalu tahu kakcik ke sana

    leh le jumpa adik yang comei itu

    BalasPadam
  11. umh bakal adik ipar saya lagi dekat giler ngan malis ni kakcik

    BalasPadam
  12. wah mesti sedap ni, coz ramai sgt yg beratur menunggu

    BalasPadam
  13. Cheqna...

    semalam Along tanya 'mak, Cheqna tu siapa?'. Hehehe... dia nak belanja kakak dia kot! :)

    BalasPadam
  14. Kanda AL...

    kalau datang ke Ampang tu, dah tak jauh la... SETAPAK je! :)

    BalasPadam
  15. Niez...

    kalau kakcik tahu Niez dekat2 situ, mesti kakcik dah bagitahu kakcik nak datang (bajet orang popular ni!)... tapiiii... nak bagitahu pun hanya melalui blog je, kan? :)

    BalasPadam
  16. al_hakim...

    rasanya pun sedap. :)

    BalasPadam
  17. Niez...

    rumah nombor berapa, jalan apa? Nanti boleh kakcik pergi ketuk pintu! :)

    BalasPadam
  18. Su...

    makin malam memang makin ramai yang datang. :)

    BalasPadam
  19. aslmkm makcik..dil sebelum mai mesir,selalu pegi situ..aduhai..teringin lah plak..huhuhu....

    BalasPadam
  20. mesti sedap makanan kat gerai tu smpai beratur pnjg..hehe

    BalasPadam
  21. Wmslm ummi_khalish...

    bila balik ke Malaysia nanti, bolehlah pergi lagi. InsyaAllah. :)

    BalasPadam
  22. pB...

    tak jauh sangat. Masih boleh sampai tu. :)

    BalasPadam
  23. AM...

    Alhamdulillah. Harapnya dia akan begitu selamanya. :)

    BalasPadam
  24. Mama SN...

    sedap pun tak boleh makan selalu! :)

    BalasPadam
  25. bujal...

    datanglah ke sini, boleh mak belanja makan kat situ. :)

    BalasPadam
  26. memang top tempat ni,tapi kaklong belom pernah sampai lagi...hehehehe!

    BalasPadam
  27. kaklong...

    cubalah pergi sekali. :)

    BalasPadam
  28. gB...

    puasa ya? Kakcik pun masih berpuasa. Hari ini tak tahu nak makan apa pula. :)

    BalasPadam
  29. sedapnya kuey teow itu... nyum nyum

    BalasPadam
  30. Saya tak pernah jejak kaki kat Setapak..hehehehe..nak try ronda2 situ lah :)

    BalasPadam
  31. Assalamualaikom kakcik.. :)
    terliyornye nengokkan kueytiaw goren tuuuuu...
    dh byk tapak dh ni kak.. tak sampey2 ponnnnn.. :P

    BalasPadam
  32. AzMask...

    pernah makan kat situ tak? :)

    BalasPadam
  33. Dr Faiz...

    dekat je tu - setapak je. :)

    BalasPadam
  34. Wa'alaikummussalam AzeedA...

    cer mika bwak kakcik, mesti kejap je sampeinye! ;-)

    BalasPadam
  35. emphhh
    sedapnya!
    tambah lagi kalu org belanja ... :)

    BalasPadam
  36. Agaknya Firdaus kalau dah besar cam bang cik kot. nasi memang tak boleh tinggal . nasi lemak sekarang kalau tak RM5 jangan sebut. char kueh teow memang peberat cik ina.

    BalasPadam
  37. dok berazam tak mau makan nasi lemak lepas raya ni ...

    BalasPadam
  38. Acik...

    memang sedap kalau orang belanja. :)

    BalasPadam
  39. Wani...

    selera orang ni tak sama. Mungkin ada yang datang untuk mencuba, lepas tu terus tak nampak muka. Ada juga yang datang berulang2 bagai ketagihan. :)

    BalasPadam
  40. Cik Ina...

    yang pasti tak boleh tinggal nasi adalah si BS @ Adik tu. Bagi dia, kalau tak makan nasi, maknanya dia belum makan!

    Kakcik sebenarnya suka kuey teow ladna atau sup. Sesekali je kakcik suka makan char kuey teow. :)

    BalasPadam
  41. Chik Att...

    kakcik pun berazam juga, tapi azam tu lebur bila hidangan depan mata! :)

    BalasPadam
  42. sedap ke char kue teow dia kakcik??
    pernah dgr tp lum penah makan

    BalasPadam
  43. Acu...

    jawapan kakcik seperti biasa - 'selera orang tak sama'. Bagi kakcik taklah sedap sangat, cuma bila dimakan panas2 dengan udang yang masih terasa manisnya, oklah juga. :)

    BalasPadam
  44. Sebulan puasa tk dapat merasa nasi lemak..dah raya ni br dapat merasa..fuhhh lega rasanya..
    Tak tau nak cerita apa hari ini

    BalasPadam
  45. AK...

    kakcik rasa sejak akhir Ramadhan lalu, kakcik belum lagi menjamah nasi lemak. Nanti dah habis puasa, ingat nak masak sendiri la. :)

    BalasPadam
  46. Arwah ibu dan abah beli rumah ditaman tuh pada tahun 1976, sekarang disewakan..

    BalasPadam
  47. Pn Nani...

    mahal tak sewa rumah kat situ. Mesti boleh tahan juga, kan? :)

    BalasPadam
  48. Assalamualaikum dan salam sejahtera, terima kasih kerana sudi melapangkan masa melayari AZLIYACOLLECTION.BLOGSPOT.COM

    Apa itu SAUNA OZON INFRARED dan kebaikannya kepada anda

    http://azliyacollection.blogspot.com/2011/09/sauna-ozon-infrared.html

    BalasPadam
  49. sedap bangatlaaa mknnnyer tuh... mmg sedap eh, kakcik?

    BalasPadam
  50. akuzle...

    sedapppp - tambah2 makan percuma, kan? :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com