Kawan-kawan kakcik

Ahad, 14 Ogos 2011

Petang ke malam @ 13/08/2011...

Selepas Zuhur - bawa anak-anak 'jalan-jalan' ke Putrajaya.  Cukuplah letak gambar BS ini sahaja.

Cempedak ini sangat manis isinya.  Telah selamat kugoreng dan menjadi hidangan berbuka puasa.  Pemberian kawan suami sebaik kami balik dari Putrajaya.

Durian ini juga pemberian kawan tersebut.  7 biji semuanya.  Ada 2 biji lagi.

Jam 11.00 malam keluar bawa anak-anak makan di AlRawsha.  Bukan untuk sahur.  Cuma makan-makan.

Terselitlah satu-satunya perempuan dalam kumpulan ini.

Wah! Pak Imam ni suka sangat.  Bercakap dengan siapa tu?

Mujur juga keretaku cukup ruang untuk memuatkan semua mereka termasuk yang mengambil gambar ini.


38 ulasan:

  1. dah lama tak mkn cempedak..sedapnya tgk isi dia tu,bulat2 cantik je..

    puas mencari si bunga celah2 kumbang kat meja mkn tu hehe...

    BalasPadam
  2. rajinnya jalan-jalan...

    kalau saya keluar ramai-ramai ngan semua anak...pernahlah org dtg bersalam ngan saya pasal semua anak hero hehehee...

    bak duri yg mengelilingi sekuntum mawar hahaha...

    BalasPadam
  3. anak kakcik hero semuanya!
    cempedak tu kasi drooling la...kat param jual mesti mahal.. benci paramm..anti param..hahaha..

    restoran alrawsya tu asyik lalu je tak pernah menjengah..eh bilala timenya ya..

    BalasPadam
  4. Ate siap menghitung berapa orang hero Kak Cik...7 orang?

    Cempedak tu sgt menggoda..(org tak puasa pun tergoda ni..sah lah nafsu kan :))

    BalasPadam
  5. cempedak tu tak boleh tahan..cantik isinya

    BalasPadam
  6. Semalam pun mak saya goreng cempedak tapi saya tak makan, angin!

    Tengok orang makan dan bau cempedak, memang mengancam.

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum my dear sis..KakCikS:)

    Meriah nampaknya agenda makan2!!
    KakCikS nak tahu...2 gambar buah kakCikS tayang tuuu..semuaaa kesukaan tini!!...:):)

    BalasPadam
  8. mak oiii
    terus terbau-bau buah cempedak!

    BalasPadam
  9. amboi kak chik makan angin sambil makan ngan family bestnya. belum tercapai lagi nak makan makanan arab.nengok kak chik makan kat situ cam teringin plak.

    BalasPadam
  10. SALAM,
    ALRAWSHA TU MAHAL SIKIT LA ! TAK BOLEH NAK PERGI SELALU !

    BalasPadam
  11. ~izan~...

    bunga yang ada dalam keluarga kakcik dah hampir layu. Nak tunggu bunga baru muncul, entah bila! :)

    BalasPadam
  12. Q...

    masa ke Putrajaya, kakcik dan suami hanya duduk dalam kereta. Kami lepaskan anak-anak untuk melawat kawasan. :)

    BalasPadam
  13. Seronok bila jalan-jalan dan makan ramai-ramai ya...

    BalasPadam
  14. Eri-Chan...

    makanan kat param tu kalau berbaloi dengan harga, tak apa juga, kan?

    BalasPadam
  15. Ate...

    anak kandung kakcik 4, yang 3 lagi tu kira anak juga. :)

    BalasPadam
  16. IS...

    bukan setakat cantik - manis dan menggoda juga! :)

    BalasPadam
  17. Sufia...

    kakcik pun tak berani nak makan banyak2. :)

    BalasPadam
  18. AzeedA...

    teman ingat kat mike semalam, tapi maleh la nak ngaco - lagipun ghamei sangat. :)

    BalasPadam
  19. Wa'alaikummussalam Tinie adikku...

    kakcik juga sangat suka makan durian. :)

    BalasPadam
  20. dah banyak hari teringin nak makan cempedak goreng tapi kat area rumah chik na takde pula yang jualnya

    BalasPadam
  21. Wahhhh durian dan cempedak! Mujor masa balik kampung ritu, dapat juga makan kedua-dua tu dgn puasnya.

    Al-Rawsha tu memang best kan? Daging lembut sangat...

    Selamat berpuasa KAK CIK

    Ramadhan: Ucapan dan Kad Raya...

    BalasPadam
  22. Dr Hanie...

    kalau duduk sebelah rumah, boleh kakcik hantar sepiring. :)

    BalasPadam
  23. Cik Ina...

    kalau nak ke AlRawsha tu, bagitau kakcik ya? B oleh kakcik jumpa Cik Ina kat situ. Nak cubit pipi Firdaus! :)

    BalasPadam
  24. W/salam Dato' LF...

    sesekali dalam beberapa bulan, bolehlah. Nak pergi makan kat situ selalu memang tak mampu bagi kami. :)

    BalasPadam
  25. IM...

    bila anak2 dah besar, tak banyak sangat karenah nak dilayan. Tapi kalau anak2 masih kecil, 'meriah'nya lain macam pula! :)

    BalasPadam
  26. Chik Na...

    kakcik rasa sekarang ni musimm cempedak. Di Chow Kit banyak betul cempedak dijual. :)

    BalasPadam
  27. Azie...

    Alhamdulillah. Musim durian dan cempedak kali ini, kakcik tak payah beli. Ada yang sudi memberi. :)

    Di AlRawsha tu kakcik cuma makan roti (macam lempeng) dengan kuah kacang kuda je. Saja layan anak2 dan suami makan. Kakcik tak makan daging kambing sebenarnya. :)

    BalasPadam
  28. Assalamualaikom!

    hihi sib baik ingaaatttttt!
    alah ghamey ape salahnye.. campor dgn hero3 teman tu misti kecoh punyelah!
    raye nnti nk ke alrawsha tu le bwk deme makan :) jom kak!

    BalasPadam
  29. penuhnya hero kak!!
    :)

    saya suka hero kecik tu..

    BalasPadam
  30. Wa'alaikummussalam AzeedA...

    apa pulak tak ingatnya. :)

    Nak ke AlRawsha, kabo le ye? Ghaye nanti balik mane?

    BalasPadam
  31. Pn Dr...

    tetiba kakcik rasa kakcik ni adalah KOMANDAN kepada satu pasukan tentera! Hehehe... bila jadi Komandan, kuasanya mesti lebih, kan? :)


    Tapiiiii... dah dua pagi waktu sahur kakcik bawac makanan ke dalam bilik untuk disuap kepada hero kecik tu!

    BalasPadam
  32. dah lama tak makan makanan arab
    acu penah sekali je ke Al-Rawsa nie
    lepas dia pindah ke lokasi baru nie belum pernah jengah lagi...

    BalasPadam
  33. Acu...

    di lokasi baru ni, keadaannya lebih selesa lagi. Cubalah nanti. :)

    BalasPadam
  34. miloais...

    dah abes pun durian kat rumah kakcik. Mujur juga yang suka makan kat rumah tu cuma 3 orang, kalau semua suka, mesti tak cukup! :)

    BalasPadam
  35. cempedak.. sedapnya..

    teringat masa mengandungkan dak adik.. cari buah tersebut diluar musim.. :( nasib baik dapat..

    BalasPadam
  36. Aizamia...

    kalau tak dapat, agak2 meleleh tak airliur? :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com