Kawan-kawan kakcik

Isnin, 1 Ogos 2011

Penjual keropok di kaki lima...

di hadapan sebuah kompleks beli belah terkemuka
di tengah hari Jumaat yang mulia
waktu umat yang taat solat jemaah bersama
ramai juga yang bermusafir rupanya
tidak segan silu bersesak sama
bagaikan esok sudah tiada

pemuda berwajah masam
sibuk menggoreng keropok di kuali besar
dengan bahang meraup muka
di jarinya tersepit rokok yang menyala
abunya mungkin saja masuk ke kuali
tapi dia tetap dengan muka tak peduli

pelanggan datang dan pergi
mungkin lapar mungkin saja kerana nafsu membeli
sedikit pun tidak memerhati
pada peluh dan pada jari
hulur seringgit dua
keropok pun bertukar tangan
lalu disuap ke mulut
 sempat atau tidak menyebut Basmalah
itu urusan dia dengan Allah

penjual keropok di kaki lima
balik nanti untung di kira-kira
diam-diam kutitipkan doa
'agar dia tidak terus leka dengan dunia'


Mak niiii... semuanya mak perhati...



22 ulasan:

  1. kdg saya takut nak masukkan benda2 nih dalam kepala hehee....

    tata! nak tanya...arini puasa pertama kan? memula buka apa?

    BalasPadam
  2. Q...

    memula buka apa? Jujurnya - buka pc, lepas tu baru buka kitab!

    BalasPadam
  3. kat area sini ramai lelaki yang jual tudung, buat² cute tengahari jumaat pakai tudung ajak akak² beli

    BalasPadam
  4. KOG...

    tidak tindakan mereka itu sebagai satu sendaan?? :(

    BalasPadam
  5. suka statment adik....
    kak.............
    moga2 lelaki itu ke arah kebaikkan.. insyallah

    BalasPadam
  6. Ayu...

    kita doakan yang baik-baik saja. :)

    BalasPadam
  7. betul kata BS. naik risau pulak saya. ihihih~

    BalasPadam
  8. Sufia...

    Salam Ramadhan dan Selamat Berpuasa juga buatmu. :)

    BalasPadam
  9. Alamak! terdelete pulak komen Sufia. :(

    BalasPadam
  10. gB...

    peristiwa depan mata! Bila tak buat apa-apa, setiap yang berlaku itu tetap diperhatikan sambil otak ligat memikirkan!

    BalasPadam
  11. cheqna...

    selamat berpuasa buat cheqna juga. :)

    BalasPadam
  12. sedih bile tgk org lelaki xpergi solat Jumaat,lbh sedih bile mereka mengejar keuntungan dunia berbanding akhirat :(

    BalasPadam
  13. Selamat berpuasa kak cik sekeluarga..

    BalasPadam
  14. selalu gak perati.. kadang tu kat food court pun ramai gak time2 tengahari jumaat ..

    BalasPadam
  15. Afikah...

    kita doakan agar mereka akan berubah menjadi lebih baik. Mungkin juga satu hari nanti mereka akan lebih baik dari kita. Mana tahu, kan? :)

    BalasPadam
  16. Amy...

    selamat berpuasa juga buat Amy dan suami. :)

    BalasPadam
  17. Anaa...

    mungkin food court itu patut ditutup sewaktu solat sedang berlangsung. :)

    BalasPadam
  18. moga duit yang dia dapat hari tu berkat untuk dia..

    BalasPadam
  19. aizamia...

    hanya Allah jua yang maha tahu.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.