Kawan-kawan kakcik

Khamis, 18 Ogos 2011

Masak rendang di jam 4 pagi...

Terpaksa guna format lama untuk buat catatan. Jadi, kalau ada yang 'tak kena' tu, buat-buat tak nampak sahajalah ya.







Saja masukkan gambar BS ini untuk melepaskan rindu KakZakie kepadanya. Nanti kalau mak dia rajin dan ingat, mak dia ambil gambar waktu dia tengah makan sahur. Lihatlah nanti macam mana gayanya!







64 ulasan:

  1. akak,rajinnya akak msak rendang awal pagi..kagum2.izan nk bukak mata tgk nasi pun tak berapa nak nampak hehe..sbb sorg kan.

    posing machi si bujang tu =)

    BalasPadam
  2. izan...

    BS tu kalau bab 'bergaya', bagi kat dia. :)

    BalasPadam
  3. Niez...

    dah tak tahu nak masak apa, kakcik buat rendang je... hehehe...

    (jangan ada orang ingat kakcik dah nak sambut raya dah le)

    BalasPadam
  4. ambik mama jangan tak amik..hahaha
    nak tngk ghupe dak bs ni time sahur =)

    BalasPadam
  5. Cheqna...

    pagi nanti mama akan standby dengan kamera. Selalu terlupa bukan sebab apa, melayan dia kalahkan anak raja - bawa makanan /minuman masuk dalam bilik untuk disuap. Mata pun buka tak buka je. ;-)

    BalasPadam
  6. baru dua kali buat rendang.

    tak terror lagik la.

    BalasPadam
  7. Rajin sungguh kakcik merendang dipagi yang hening. Sesekali tukar selera time sahur yer kakcik... Cicah dengan lemang sedap tu... iiiiii tak sabarnya nak balik beraya..

    BalasPadam
  8. eLL...

    rendang kakcik tu rendang yang semuanya masuk sekali harung je. :)

    BalasPadam
  9. AzMask...

    teringat kakcik pada lemang yang arwah mak dan bapak buat. Makan sewaktu baru masak - panas2 lagi... :(

    BalasPadam
  10. siap hidang kat bilik ye kakcik...hehe

    dugaan nk suruh anak berpuasa :)

    BalasPadam
  11. Wani...

    kalau tak buat macam tu, takut nanti dia lapar di waktu siang. Agaknya, bila kakcik tak larat nanti, siapalah yang nak tolong kakcik, ya?

    BalasPadam
  12. Wah rajin kakcik masak rendang lagi tu...qema panas lauk lebihan berbuka je kalau tak masak yang paling ringkas je hihi

    BalasPadam
  13. kita sahur selalu goreng telur ngan ikan bilis je kakcik... :)

    rajin kakcik ni ~

    BalasPadam
  14. tertiba terasa ngidam nk makan rendang ayam kakcik...nanti acu p beraya dgn kak z kakcik masak ek...

    BalasPadam
  15. kak chik kak zakie tu memang penyayang. dia suka ngan budak-budak. alo alo bs aksi manja. sedapnya kalau rendang tu cicah ngan lemang, cam sampai sini terbau kak chik.

    BalasPadam
  16. rendang awal pagi.. mesti sedap makan masa panas2 kan kak..

    BalasPadam
  17. Nampak pipi dan jarinya yg gebu tu puasa pun tak susut kan kakcik... Montel juga..:)

    BalasPadam
  18. rajinnye kakcik ni...mesti harum semerbak bau rendang kakcik tu bile masak dipagi2 harikan...

    BalasPadam
  19. Qema...

    seboleh2nya, kakcik nak ada satu lauk yang panas berasap di waktu sahur. :)

    BalasPadam
  20. Manje...

    kakcik kalau sahur sendirian, mungkin makan biskut cicah air panas je... :)

    BalasPadam
  21. Acu...

    tentu saja boleh. Bagi tahu bila nak datang, ya. :)

    BalasPadam
  22. Cik Ina...

    selalu bila kakcik masak, kakcik boleh tak terbau, tapi kalau orang lain masak, sebatu boleh terbau lagi. :)

    BalasPadam
  23. Kakzakie...

    memang tak susut pun badan BS tu! :)

    BalasPadam
  24. Ainnoraini...

    agak2 kakcik mengganggu ketenangan jiran2 tak?

    BalasPadam
  25. yang peliknya, orang lama kalau memasak, selalunya memang sedap.. kenapa entah..(",)

    kalau nak jual kat kedai, leh bagi nama "rendang tahajjud".. (",)

    BalasPadam
  26. baru sekali ni pernah dengar org masak rendang pagi2 lg utk bersahur hehe,hebat kakcik :)

    BalasPadam
  27. kakcik... rajin benar masak rendang pagi2.. kagum saya :)

    BalasPadam
  28. Fuad...

    orang lama masak tak pakai sukatan sangat - main ikut suka hati je. :)

    BalasPadam
  29. Afikah...

    itu tandanya kakcik pun dah tak tahu nak masak apa di pagi hari. :)

    BalasPadam
  30. Cyana...

    kakcik rasa masak rendang lagi ringkas dari masak kari. :)

    BalasPadam
  31. terbau2 rendang sampai ke sini.. huhuhu...

    BalasPadam
  32. aizamia...

    mak aih! jauhnya bau dibawa angin. :)

    BalasPadam
  33. Hmm..sedapnyaa.. rendangg..suka sgt.. rajinyaa pepagi dah masak rendang.. :)

    BalasPadam
  34. rajinnya kak cik masak rendang pagi..apa pn sedap..mkn dgn roti pun sedap...

    Saya pun sama kak cik, terpaksa guna format lama..nk besarkan gambar pn susah.....

    BalasPadam
  35. rendang tu kena dengan nasi panas...wahhh melotop...

    kak cik...memang ibu yg rajin...

    BalasPadam
  36. Rinna...

    hari ini kakcik tak tahu nak masak apa pulak. Silap2 masak di restoran je! :)

    BalasPadam
  37. NzA...

    susah nak edit bila guna format lama, kan? Nak buat catatan pun jadi malas. :(

    BalasPadam
  38. JunAina...

    kalau ada pilihan (contohnya ada pembantu), mungkin kakcik taklah jadi rajin sangat. ;-)

    BalasPadam
  39. wah kak awalnya tuuu .. sedappp tuuu ! :)

    BalasPadam
  40. gedek!...

    kakcik tak boleh buat catatan menggunakan format biasa. Tak tahu apa yang tak kena. Jadinya, tadi jalan kat blog NzA, dapat penyelesaian kalau nak buat catatan, kena guna format lama di TETAPAN.

    BalasPadam
  41. Ieda...

    itu memang waktu kakcik ke dapur di bulan Ramadhan ni. :)

    BalasPadam
  42. Keluarga Ate sgt tak pandai buat rendang...selalu tak sedap...hehehe. Kecuali rendang nogori yg pakai cili api tu.

    BalasPadam
  43. bujal...

    bukan ngidam. Mak dah tak tahu nak masak apa lagi sebenarnya. :)

    BalasPadam
  44. Ate...

    kakcik pandai buat rendang cara orang Perak je. Itu pun setakat rendang pedas yang tak pedas. :)

    BalasPadam
  45. saya pndai buat rendang pun bljr dr org n9...tp sy pun main campak2 sekali harung jer semo...tp nk msk waktu sahur mcm kakcik..mungkin tdkk..hehe..rajinnya kakcik...

    BalasPadam
  46. merendang utk sahur?
    kalau saya, telur goreng jela jawabnya.. hehehe

    BalasPadam
  47. semerbaklah bau rendang di dini hari ye kak..

    BalasPadam
  48. Gigihnya pagi2 kak dh masak rendang, msti BS mkn selera ;)

    BalasPadam
  49. Assalamualaikum...

    Maknya rajin bermasak anaknya makin nampak sihat...:)

    BalasPadam
  50. Wahhh satu kuali rendang tu.

    Saya pun masak rendang semalam berbuka. Tapi cuma seekor ayam saja.

    BS lum ada yg tewas? heheheh

    BalasPadam
  51. exora...

    rajin kakcik tu bukan datang selalu, tau. :)

    BalasPadam
  52. Dr Hanie...

    telur goreng tak berapa laku waktu sahur kat rumah kakcik tu. :)

    BalasPadam
  53. Yan...

    entah apalah kata jiran2 kakcik!

    BalasPadam
  54. Ajumohit...

    BS tu, makan sahurnya mak dia suapakn. Jadi, tak banyak, sikit dia makan juga. :)

    BalasPadam
  55. Hani...

    bukanlah rajin sangat, cuma dah tak tahu nak masak apa!

    BalasPadam
  56. Wa'alaikummussalam Ustaz...

    anak2 kakcik tak susut pun badan mereka di bulan puasa ni!

    BalasPadam
  57. Azie...

    Alhamdulillah, setakat ini BS masih penuh puasanya. :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com