Kawan-kawan kakcik

Khamis, 14 Julai 2011

Kurang Ajar...

apa yang kamu rasa
bila anakmu diherdik sesedap rasa
di tengah khalayak yang membuka mata
dan kamu hanya mampu terpana tanpa kata

KURANG AJAR!
dijerit dengan sekuat suara
hingga waktu bagaikan terhenti seketika
dan segalanya sirna tanpa warna

bukanlah niat untuk membela
kerana yang salah tetap salah juga
cuma betulkah hanya itu cara yang ada
menjerit bagaikan hendak mendabik dada

di mana pula hendakku letak muka
bagaikan satu tamparan berdesing di telinga
seolah-olah jari dituding tepat mencucuk mata
KAULAH IBU YANG TAHU BERANAK SAHAJA

telah terlalu lama kupendam segala duka
kusimpan kedap bersama airmata
diam-diam kupalingkan muka
menyimpan sendu agar tiada yang terasa

selamanya aku begini
menyimpan rasa hati sendiri-sendiri
walaupun bisa mencucuk tangkai hati
biarlah hanya aku sendiri yang mengerti

selain DIA tiada siapa tempat untukku mengadu
bila tak mampu lagi kutempuh jalan yang penuh liku
pelajaran tidak semuanya datang dari buku
lalu aku bertatih semula mengikut caraku...

Adik sayangkan mak walaupun Adik tahu
Adik selalu buat mak susah hati.













31 ulasan:

  1. Kesiannya.
    Begitulah bila rasa hormat hilang dari dalam jiwa, lalu melihat orang lain pula yang tiada berperasaan.

    Saya pun semalam terluka juga. Kena herdik dan ditengking juga, sepertinya kita budak 5 tahun!


    Semangat yang Hilang, Tapi Plan Gathering Sudah Diuruskan...

    BalasPadam
  2. kata orang tua-tua, kata-kata tak baik yang dikeluarkan itu satu hari nanti akan berpusing ke arah yang berkata-kata itu.

    dan saya sangat percaya kebenarannya.

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum Kakcik,

    Hanya perkataan 'sabar banyak' yang dapat diucapkan.

    Percayalah satu hari akan ada insan lain yang akan melukakan hati orang berkenaan sebagaimana terlukanya hati kakcik sekarang.

    Akak juga pernah dimalukan kerana anak. Walaupun akak tahu anak tidak melakukannya. Maruah anak kita, kita kena pertahankan. Kalau dia salah bertahan cara salah (maksudnya ceritakan kebenarannya).

    BalasPadam
  4. Salam kak Cik...

    Dari blog Kak AZie, saya telah membaca n3nya yang berbunyi agak sedih juga.. kemudian ke blog Kak Cik pula tentang kesedihan juga.. dan di blog Nida juga berkisar tentang kesedihan.. hanya kita yg faham, org lain mungkin simpati namun empati hanya sebahagian sahaja yng mungkin menyelaminya...

    Takpelah Kak Cik... luahkanlah andai ia mampu memadamkan rasa terkilan dalam hati.. semoga org yg mendabik dada tu insaf...

    BalasPadam
  5. tak de hemah dalam menegur kesalahan.. :)

    BalasPadam
  6. boleh nampak tinggi rendah nilai seseorang

    BalasPadam
  7. org yg menengking dikhalayak ramai tu.. anggap je la... dia sedang mengalami tekanan jiwa@mental problem...

    BalasPadam
  8. kool Kak!!
    tarik napas... lepass....

    BalasPadam
  9. Ada org berilmu tapi akal pendik. Mengherdik sesuka hati tak kira masa, tempat dan siapa. Kakak rasa kalau dia dah biasa herdik anak dia sebab itu bila pada anak org dia tak rasa apa.

    Adik tak nakal kan... jangan buat mak sedih tau....

    BalasPadam
  10. Sallam kakcik,

    Harap banyak bersabar ye kakcik,
    sememangnya lah hanya kepada DIA tempat kita mengadu dan mohon pertolongan.

    BalasPadam
  11. orang yg tak fikir panjang mmg mcm tu kakcik. sabar ye...

    BalasPadam
  12. Buat pemaki pehamun, pastikan tidak menyumpah masa ajal nak sampai. Walaupun AlQURAN ditangan..moga tak lupa..diri sendiri..

    BalasPadam
  13. Dah genetik temurun. Redha je.

    BalasPadam
  14. Pesanan buat pemaki, elok puasa , menahan maki, baru tau lapar dahaga yg dapat. Isnin khamis.

    BalasPadam
  15. Salam Kak Cik Sayang...

    walau tak terkena pd diri ini
    tapi sbg seorang hamba yg b'perasaan
    apa yg k.cik rasa, terkesan juga di hati ini...

    apalah salahya kita b'ubah :

    ...baik m'didik dari m'herdik...
    ...baik m'ngajar dari b'kasar...
    ...baik menasihati dari memaki...
    ...baik istighfar dari terus t'bakar...

    moga kesabaran itu ttp milik K.cik...InsyaAllah...

    BalasPadam
  16. sampainye ati..
    teman pon nompang sedih kakcik..
    *pelok kuwat2!*

    BalasPadam
  17. orang itu kurang sifat sabarnya.. baginya dia betul..

    BalasPadam
  18. iskh...macam tu punya manusia pun ada ke???

    BalasPadam
  19. sedangkan kalau enpakwe marah anak pun sya dah tersentap, inikan pulak orang lain
    kalau marah berhemah tu boleh di terima tp kalau marah tak berhemah tu, sorry lah
    sya tak boleh nak terima.

    BalasPadam
  20. Uikkk..sape yg kata macam tu kakcik....maw makan tangan kalau kena tempat den.....

    BalasPadam
  21. Nak ditego, dah mak bapak orang...hishhh. Sibbaek kontrol, walo nyirap darah, Alhamdulillah.

    BalasPadam
  22. aduii kakcik...hal tu terjadi pada kakcik ker?...tersentap hati saya... kalau terkena kat saya, dah melambak airmata dan2 tu juga..pedihkan rasa hati bila orang buat anak kita camtu...wlp ternyata kesalahan itu mmg ada...

    takper kakcik..terkadang2 Allah nak beri ilmu pada kita melalui rasa pedih, asalkan kita redha, cukuplah.

    seorang ustaz pernah beritau saya ttg sikap2 manusia yg begini, mengutuk dan menjatuhkan airmuka sesama saudara, ustaz tu cakap :

    "takkan mati seseorang itu sehinga dia sendiri melakukan apa2 yg pernah dikutuknya atau diaibkannya terhadap orang lain..."

    dosa kita pada Allah mudah diminta keampunan kan kakcik...tp sesama hamba...payah...so redha dan bersabar ya.

    BalasPadam
  23. oohh.. kalau marah sekalipun janganlah diherdik macam besar sangat kesalahannya..

    kan boleh bincang/cakap elok2..

    biarlah kak.. hidup kita ibarat roda.. tak mustahil satu hari nanti dia pulak yang kena.. Allah kalau nak bagi, Dia bagi cash je sekarang..

    BalasPadam
  24. Sabar separuh daripada iman..tegur cara elok kan lebih baik.

    BalasPadam
  25. insiden yg lebih kurang pernah terjadi pada anak saya 'akim'

    masuk kedai, tak sengaja telah terlanggar 1 pakcik sampai brg2 yg ditangannya jatuh atas lantai.

    saya bukan nak memenangkan anak saya yg kurang upaya tu cuma cara pakcik tu maki-hamun anak saya seperti pakcik tu yang tak siuman.
    apalah salah anak saya diperlakukan seperti itu..bukan sengaja pun..

    entahlah..rasa masih terngiang2 tindakan kurang ajar seorang tua pada budak istimewa..

    tp saya positif, anggap jer pakcik tu dah nyanyuk! grrrrr

    BalasPadam
  26. Perghhh kurang ajarnya kalau betul nak tegur biarlah dengan cara betul..geram pulak amy

    BalasPadam
  27. suami cik ina kalau cakap kurang ajar kat anak pun cik ina kecik hati dan marah, apatah lagi orang lain. geram. Cik ina tak gamak nak cakap budak kecik lain kurang ajar. apa yang dorang tahu . menciklah nak cakap jenis orang cam tu.

    BalasPadam
  28. seorang ibu walaupun sedikit pasti terasa bila mana anaknya di tegur oleh orang lain, apatah lagi bila cara menegurnya itu dengan cara yang kurang berhemah...

    Harap kakcik bersabar.Orang itu mungkin kurang peka, lebih baik tegur anak sendiri daripada tegur anak orang sesedap rasa kan kakcik....

    BalasPadam
  29. kakcik..kalau jadi pada wani pon mesti sedih :(

    budak2 lagi...bukan tahu apa pon...huhu

    BalasPadam
  30. luahan hati kakcik sendiri ke ni..??
    kes begini selalu saya jumpa.. ntah la, manusia ni kadang2 membuatkan hati saya menjadi runsing..

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com