Kawan-kawan kakcik

Ahad, 5 Jun 2011

Suatu malam di Mimpian Jadi Resort...

Malam itu semua peserta dan urusetia menghadiri malis perkahwinan di sebuah rumah penduduk kampung.  Atas alasan-alasan tersendiri, aku tidak menyertai mereka.  Tinggal sendirian di chalet Mimpian Jadi Resort, tiba-tiba lampu terpadam di seluruh kawasan.  Padan muka aku.  Walaupun sedikit menggelabah, aku terus menelefon suami.  Suami menyuruh aku keluar ke kawasan kolam renang yang terletak bersebelahan chalet tempat kami menginap.  Nak keluar macamana?  Suasana gelap gelita.  Mujurlah keadaan itu tidak lama.

Kemudiannya perut terasa lapar.  Aku ke restoran resort untuk mengisi perut.

Inilah yang kumakan - nasi goreng dan milo ais (RM14.50 - bagiku ianya mahal!).  Macamana pun, blog tetap 'diintai'.


Saja suka nak bergambar kat sini...



22 ulasan:

  1. memang mahal sgt tu kalo rm14.50, tak padan kan, sedap tak nasi goreng tu ?

    BalasPadam
  2. salam kakcik,
    nasib baik kak limah tak keluar gelap2 tu ye kakcik..haha

    BalasPadam
  3. Wahh bestnya, hp boleh masuk blog. Hp saya hanya lepas FB jer. Blog tak view. Kakcik elok guna IPad sebab selalu travel... Leh tengok blog 24/7.. hehehehe


    Kerja Hari Minggu, Mujur Ada yang Sudi Menunggu...

    BalasPadam
  4. makanan kat kawasan2 mcm tu memang mahal. walaupun harga mencekik kalau dah lapar...makan jelah kan...rasa kak chik masak lagi sedap kots? hihi

    BalasPadam
  5. sekarang nie mmg musim kenduri....

    kak...... semoga semuanya sejahtera ya

    PS; mmg mahai gile, di CR, nasi goreng dan milo ais, rm 5..

    BalasPadam
  6. makan dua tiga kali tu kalau kat warung

    BalasPadam
  7. mahalnya kak chik, kalau kat sini tak sampai RM10.

    BalasPadam
  8. Sue...

    sekadar untuk meredakan perut yang lapar, ok la. Alhamdulillah, masih mampu makan. :)

    BalasPadam
  9. w/salam kakpah...

    mujur kakcik langsung tak teringat pada kak limah, kalau tidak mahu keras kakcik kat situ! :)

    BalasPadam
  10. Azie...

    teringin juga nak dapatkan iPad tu, tapi buat masa ni, kakcik hanya mapu beli pad tanpa i je.. hehehe...

    BalasPadam
  11. Eri-chan...

    kalau sendiri masak, nasi gorang dengan cili api danh ikan bilis pun sodap. :)

    BalasPadam
  12. Ayu...

    lapar punya pasal, pejam mata ajelah.. :)

    BalasPadam
  13. IS...

    kalau kat pejabat kakcik, dengan harga sebanyak itu boleh dapat sarapan pagi, makan tengahari dan minum petang...

    BalasPadam
  14. Cik Ina...

    ada makan percuma (rumah kenduri kahwin), kakcik tak pergi. Jadi mahu tak mahu terpaksalah keluar belanja untuk mengisi perut. :)

    BalasPadam
  15. mak oii kak.....tgk blog dari henset jerk....kitanya tak leh aaaa...henset koman....ahakz

    BalasPadam
  16. jeBateja...

    setakat tengok je. Nak buat catatan atau nak balas komen, belum pandai! :)

    BalasPadam
  17. Memang mahal sangatlah kakcik. Setakat nasi goreng dan air milo. Mungkin kerana tempat itulah yg jadi mahal...

    BalasPadam
  18. Kakzakie...

    kalau tak kerana perut yang menjerit minta diisi, mungkin kakcik pun tidak akan memesan makanan itu (maklumlah walau bagi orang yang 'berada' apa sangatlah nilai RM14.50, tapi bagi kakcik - nilai itu sangat besar).

    BalasPadam
  19. mahlanya harga nasik goreng tu!

    iols teka - sebab tu adalah resort berbintang2 maka harganya mahal..!

    hiks

    BalasPadam
  20. miloais...

    rasanya, resort tu tak banyak bintang tapi mungkin disebabkan kedudukannya 'agak jauh'...

    BalasPadam
  21. KakCik
    Waaah, jauh perjalanan ...

    Berinternet dari hp mmg best tapi pedih mata juga dan tak syok nak tulis panjang2 almaklum jari jemari amat gebu kalau dibandingkan dgn keypad hp yg cenonet tu.

    BalasPadam
  22. CS...

    sementara orang nak bawa, merasalah jejakkan kaki... :)

    Nak membaca pun terpaksa minta bantuan cermin mata, tak nampak kalau tanpa bantuan. :(

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.