Kawan-kawan kakcik

Selasa, 7 Jun 2011

Pesta Tagal Kaamatan...

Antara program yang disertai oleh para peserta Integrasi Nasional Warga Kerja BERNAS ke Sabah adalah Pesta Tagal Kaamatan (klik untuk maklumat dari BERNAMA).  Program ini turut dihadiri oleh Dato Hj Abdul Rahman, Ahli Parlimen Kota Belud merangkap  Ahli lembaga Pengarah Kumpulan BERNAS (tapi aku cukup tidak suka program kemasyarakat dicampuradukkan dengan kempen politik sehingga menenggelamkan tujuan sebenar acara yang diadakan).

Barisan gadis cilik berpakaian tradisi menyambut ketibaan tetamu

Bakul-bakul di hadapan itu dijual dengan harga yang agak murah.  Hendak dibeli, masalah pula untuk dibawa balik.

Dengan sukarela aku menjaga beg-beg ini kerana malas hendak membasahkan pakaian dengan turun ke sungai


Keladi yang dimasak untuk makanan penduduk setempat.  Untuk peserta, makanan lain (yang dijamin halal) ditempah khas.

Airnya sangat jernih dan dingin

Cer teka? Apakah yang ada dalam bungkusan daun pisang itu?

Antara hasil tangkapan!

Bergotong-royong membersihkan ikan dan seterusnya dimasak

Iya ke hasil tangkapan sendiri, tu?

Adakah aku cemburu?  Huh! Tak ada maknanya...

Ikan yang telah siap direbus.  Yang suka, mengatakannya sedap dan manis.  Aku tidak berani untuk cuba merasa.

Rupanya masih ada sekolah begini di pedalaman sana...

Antara masyarakat tempatan yang hadir

Sewaktu berita mengenai program ini keluar disiaran Berita TV1, aku berada dalam bilik air.  Tidak sempat untuk aku merakam gambar suami yang sedang menjinjit bakul ikan.


32 ulasan:

  1. ikan rebus~~hu~~tak lalu nak makan~~

    *apsal bakul tu tak ble bawak balik makcik?

    BalasPadam
  2. bujal...

    bukan tak boleh bawak balik, tapi makcik memikirkan susah nak bawa. Harganya makcik rasa memang murah. Hanya RM30 - RM45 untuk 3 buah.

    BalasPadam
  3. makcik~pakej yang makcik hantar saya da dapat~~tq makcik!!

    BalasPadam
  4. bujal...

    Alhamdulillah. Harap bujal suka, ya? :)

    BalasPadam
  5. suka~~nak2 lagi sekarang tengah gila kumpul benda tu~he~~

    BalasPadam
  6. bujal...

    nanti makcik pergi Perlis, kalau sempat makcik carikan yang 'label' sana pulak (kalau adalah). :)

    BalasPadam
  7. Sedih saya tengok wujud lagi sekolah macam tu di Malaysia..pada tahun 2011 ni !

    BalasPadam
  8. Dr DZ...

    antara ucapan AP tu semasa pesta tagal berkenaan, 'kita sekarang jauh lebih baik berbanding dengan tahun2 50an atau 70an....' Apakah??? :(

    BalasPadam
  9. alaa.....
    Bujal je ke......


    ha ah Kak !!
    buat isi balang beskot raya cantik bakul tu kak!!!

    BalasPadam
  10. DrSinga...

    kakcik nak masuk blog Pn Dr tak bolehlah pulak. :(

    Nak ek?? Boleh...

    Kakcik memang teringin nak beli bakul tu, tapi masalah susah nak bawa (sebenonya malas yang lebih...)

    BalasPadam
  11. ikan tu sesuai untuk orang dalam pantang...

    Apa dalam bungkusan tu kak cik... tapai ke?

    BalasPadam
  12. Nida...

    dalam bungkusan tu sebenarnya nasi putih kosong. Di sesetengah tempat di Sabah, nasi itu mungkin dicampur dengan ubi.

    BalasPadam
  13. ikan tu rebus gitu2 jer ke???
    huk alohhhh!~

    ala.... utk bujal aje ke??? :nangis:
    hiks

    BalasPadam
  14. milo...

    alaaaa... janganlah nangis. Kalau boleh kakcik nak kasi kat semua. Nanti kakcik cari semula alamat milo - entah kat mana kakcik letak!

    Ikan tu direbus dengan garam dan serai kalau tak silap kakcik.

    BalasPadam
  15. Pengalaman yang tak boleh dijual beli...kan kakcik kan? Naper tak try makan ikan rebus tu? Kat KL sini sure takder tau...rugi jer...heh3

    saya sempat singgah di sekolah lama saya masa cuti aritu...byk yg dah berubah cuma bangunan kantinnya saja yang masih kekal...kebetulan ada kenangan di situ...maka berlinangan jugaklah siairmata...nostalgia...

    BalasPadam
  16. berapa harga bakul yg dikata murah tu kak,,,???

    dalam daun pisang tu den teka umai....ahakz

    BalasPadam
  17. ikan ke belut tu kakcik?? panjang bebenor!

    BalasPadam
  18. betul ke tak cemburu, kakcik..?hehe...

    laaa...nasi putih kosong rupanya...sangkakan tapai tadi..

    BalasPadam
  19. Sala kakcik
    Seronok aktiviti begini. Minda jadi fresh dan tenang. lama juga saya tak beraktiviti begini. Thanks for sharing

    BalasPadam
  20. Q...

    sebab kenapa kakcik tak makan ikan rebus tu samalah macam sebab kenapa Q tak nak makan nasi ayam tu! hehehe...

    Di sekolah mmg ada macam2 kenangan yang boleh mengusik . ;-)

    BalasPadam
  21. jeBateja...

    bakul tu berharga antara RM30 - RM45 utk 3 buah.

    Dalam daun pisang tu ada nasi kosong yang dimampatkan. :)

    BalasPadam
  22. gB...

    ikan tu spesis belut atau ikan linang. Kakcik pun tak berani nak pegang!

    BalasPadam
  23. Siti...

    kakcik ni kalau dengan orang yang kakcik kenal, susah nak cemburu walaupun kakcik tahu curiga itu kena ada. Kakcik tak mahu suami jadi tak selesa berkawan kalau kakcik sangat mengada2. :)

    BalasPadam
  24. Ariff...

    sesekali memang seronok dapat menyegarkan minda dengan aktiviti yang di luar kebiasaan. :)

    BalasPadam
  25. ikan rebus tu...saye pun tak berani nk makannye kak cik...

    bestnye gi sanekan...

    BalasPadam
  26. Assalamualaikum Kakcik, direbus jer ikan tu...style masakan org Sabah. Tu yng tak lama akak dok sana baru-baru ni.

    BalasPadam
  27. kakakku kakcik yg dirindu..
    saya balik sabah baru-baru ni..5 hari.. kakcik gi kota belud tentu lalu kampung isteri saya..Tuaran.. sy tak pegi pesta tu sbb saya rimas dgn tempat yg sesak dgn manusia.. dulu isteri saya sebelum kawin beberapa kali jadi ratu keamatan.. hihihi.. bila kawin saya suruh dia simpan kat stor je piala2nya.. saya tak suka...

    BalasPadam
  28. Ainnoraini...

    kalau kena cara rebusnya - macam kita masak singgang/pindang, sedap juga dimakan. Cuma disana, lain caranya. :)

    BalasPadam
  29. Wa'alaikummussalam Yong Halima...

    ikan rebus yang dijual kat Perak, kalau masak lemak dengan cili hijau, sedap kan? :)

    BalasPadam
  30. Adikku Samad yang disayangi...

    kakcik bukan setakat lalu di Tuaran, malah menginap di sana.

    Mestinya isteri Dik Samad tu lawa (kalau di Sarawak, lawa bermakna sombong - tapi lawa yang kakcik maksudkan tu = cantik) orangnya. Pandai Dik Samad cari isteri. :)

    Jangan2 masa kakcik ada di sana (26/5 - 1/6), Dik Samad pun ada di sana.

    BalasPadam
  31. laaa... saya ada di sana sehingga 3hb.. kalau tahu boleh ajak dtg rumah.. rumah isteri kat pekan tu je... frust nyaaa..

    BalasPadam
  32. Dik Mad...

    nanti kita jumpa di sini sajalah. Tak ada rezeki kita nak jumpa di sana. Bila-bila nanti telefonlah kakcik, ya? :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.