Kawan-kawan kakcik

Rabu, 13 April 2011

Tangisan di dinihari...

merayau-rayau seorang diri
saat mata enggan terlena dibuai mimpi
singgah membaca di Blog Azie
tak semena-mena airmata bercucuran di pipi


syukurlah Azie kerana akhirnya dia ditemui
tapi nasib kami belum tahu lagi
entah apa yang bakal terjadi
mungkin agaknya tiada peluang bersua kembali


melihat bapa terbaring sepi
pelbagai rasa tersirat di nurani
meski diri ini bukan anak mithali
rasa kesal tetap bersarang di hati


takku tahu apa kehendak bapa
nafsu makannya bagai disekat dengan sengaja
tubuhnya hanya tinggal tulang dan kulit sahaja
tidak dapat kufahami apa idaman sebenarnya


mulutnya kini tidak lagi menyebut
kerana yakin panggilannya tak mungkin bersahut
namun jiwaku kacau dan berserabut
hendakku seru mungkin DIRIMU di seberang laut...


nota hati : kepada yang mengikuti catatan blogku ini sedari awal, mungkin memahami akan maksud yang tersirat...





13/4 = 1.22pagi

38 ulasan:

  1. kak cik..
    jumpa ustaz yg pandai..minta tengokkan..buang klu ada gangguan dlm badan..(perubatan islam spt darus syafa')

    sekurang2 memberi kelegaan sedikit pada ayah..

    BalasPadam
  2. ya .. saya mengerti.

    teruskan menyeru di angin lalu, mungkin nanti terbuka hatinya untuk menjenguk.

    BalasPadam
  3. Sal...

    kami dah pernah minta bantuan ustaz sebenarnya. Kata ustaz, tiada gangguan makhluk halus atau sebagainya...mungkin hanya gangguan emosi...

    BalasPadam
  4. Kanda AL...

    saya tidak pernah jemu menyeru dan berdoa...

    BalasPadam
  5. saya baru ikuti kakCik..
    tapi rasa-rasanya boleh paham ...


    doa je lah agar lembut hati

    BalasPadam
  6. kakchik...masih juga tiada khabar beritanya


    moga akan terbuka juga pintu hatinya suatu hari nanti

    teruskan berdoa kakchik

    BalasPadam
  7. ye kakcik.. teruskan berdoa dan usaha

    orang kata, kalau kita ingat kat seseorang tu, orang tu jugak ingat kat kita.. wallahualam

    BalasPadam
  8. Dr Singa...

    iya, kakcik tak putus berdoa. Sampai Along ke Mekah pun, kakcik minta dia tolong doakan depan Kaabah. Itu saja pesan kakcik kepada Along.

    BalasPadam
  9. ibuintan...

    bila terkenang, airmata kakcik tetap berlinang. Kakcik memang anak, kakak, isteri juga ibu yang sangat kasar - tapi, kakcik masih punya hati dan perasaan...

    BalasPadam
  10. diriku pun belum sempat beradu
    semalaman bekerja menjelang pagi
    mungkin bapamu menanggung rindu
    SIDIA entah ke mana pergi

    bapa tidak seperti ibu
    di dalam hati mulut tersimpan
    kasih dan kesal terpendam di kalbu
    takkan terluah untuk cicipan

    bila hati tidak gembira
    selazat hidangan tak membuka selera
    mungkin terlihat berpura-pura
    itulah hakikat jiwa huru-hara

    apalah daya seorang tua
    bila kehendak tak mencapai cita
    moga SIDIA kembalilah jua
    sebelum degilmu dibalas derita

    biar selaut kesalahan bapa
    biar segunung dendam bertakhta
    tanpa bapa anda siapa
    kembalilah pulang lupakan sengketa.

    kakcik, mintalah sesiapa di dalam rumah terus berbual-bual dengan bapa kakcik...bertanya kisah-kisah yang dia suka masa dia muda dan kanak-kanak dulu...

    Dulu arwah nenek saya pun pernah mengalami kemurungan dan macam2 perangai tak menasabah dia buat tapi bukan nyanyuk (saya fikir kalau dibiarkan mau dia betul2 nyanyuk).

    Setiap hari saya layan sembang, bertanya itu ini sambil gosok2 tgn ker badan dia mcm budak kecik dan tunjukkan minat pada kisah-kisah dia dulu-dulu, selalu ketawa... lama-lama dia (mmg kena byk sabar) berselera makan (dgn cara saya tanya muda2 dulu dia suka makan apa, suami dia, atok saya tu suka makan apa, tak suka makan apa...).

    akhirnya kakcik, takder siapa sangka pada usia 90an dia masih mampu wat knitting dan sulam dan jadi guru saya!

    saya faham, tidak mudah melalui semua ini tapi kalau tidak kita siapa lagi yang boleh menyokongnya di saat2 begini, Mungkin situasi kita berbeza tapi kita sentiasa boleh kalau kita mahu mencuba. Kena lupakan pada mereka yang sengaja mahu melupa. Anggaplah sekarang yang wujud hanya kakcik, keluarga dan bapa...

    teruslah tabah ya kakcik....

    BalasPadam
  11. Dr h4ni3...

    mungkin dia juga terkenang cuma belum nampak jalan pulang...

    BalasPadam
  12. KAKCIK,
    kita punya kisah yang hampir serupa. Tentang pemergian ahli keluarga merantau ntah ke mana..

    semoga dia akan tergerak hati untuk kembali, kerana keluarga sentiasa sayang dan ingat pada dia.

    Berdoalah...

    BalasPadam
  13. Q...

    terima kasih atas kata2 dorongan darimu. Entahlah Q..mungkin kakcik ini terlalu lemah. Bukan tidak memahami bapa, cuma hati ini dakalanya degil tak terkira.

    Tambah sukar, bapa tidak mendengar - lain kita cakap, lain yang dia faham. Dia menjadi kanak2 semula. Selepas jam 12 tghmlm, dia mula membuat ragam. Nak makan nasi, nak minum kopi - sampailah ke pagi.

    Pagi ini kakcik bangun terhoyong hayang kerana cuma tidur2 ayam. Boleh pula bapa bertanya, kenapa tidak pergi kerja? Bolehkah bekerja separuh hari sahaja? Sudahlah semalam di katanya hari Sabtu, kenapa kakcik kena bekerja selalu?

    Kalaulah mampu - mahu rasanya kakcik mengambil cuti tanpa gaji sebulan dua agar makan minumnya benar2 terjaga... :(

    BalasPadam
  14. Azie...

    dah namanya darah daging sendiri - dicubit sana, terasa di sini. Moga dia mengerti bahawa kasih kakcik tetap tidak bertepi (mengalir lagi airmata ini...)

    BalasPadam
  15. cam ni makcik kena gelidah entry lama nampaknya. sabar ye kak chik, hidup tak selalunya indah dan hidup gak tak selalu ada kesedihan. sukar, senang, hidup harus dinikmati.

    BalasPadam
  16. Cik Ina...

    hidup ini memang penuh dengan warna - termasuk warna yang kita tidak suka, kan?

    BalasPadam
  17. maafkan atas kepoci ini, bukan ingin menambah lagi...

    itulah yg saya maksudkan kakcik, dia kembali jd bayi. Bayi ni kan raja. Kena taat segala keperluannya tak kira masa. Dia mmg sentiasa inginkan perhatian bahkan ada tikanya yang luarbiasa dan yang bukan-bukan...

    tak mengapa kalau kakcik degil, degil saya lagi manyak busat punya...tp pada saat yg terpaksa, kita kena letakkan degil kita pada tempatnya.

    Bayangkan, kalau keadaan ini berlanjutan, dengan diri kakcik yang terus tak ketahuan perasaan, bagaimana kakcik nak atasi masalah (maaf) bayi itu yang memang dah selesa dlm dunia dia tanpa peduli apa susahnya kita, mcm kita2 dulu masa bayi...bila lapar dahaga tau melalak jer, mana amik kisah susah payah mak ayah kita, tul dak hehee.

    Mak ayah kita pulak, kalau sendiri tgh serabut, dgn anak2 yg tak habis2 memekak, tu yg tapak tgn naik kat badan anak manjang, silap haribulan main sepak terajang lepas lempang melempang...

    mak ayah bolehlah wat camtu kat anak-anak tapi...kita anak-anak boleh ker? dah kira derhaka pulak kan?

    So mau tak mau, saya harap kakcik kembali bertenang, redha dan rempuh. Saya faham, perit jerihnya hanya kita yg tahu, kita sendiri yg rasa, tapi kalau demikianlah ujian yang perlu diterima, jgn sesekali kau berpaling kakcik..

    tidak salah meluah tidak berdosa mengeluh, kita insan biasa yg hina, mohon kekuatan dariNya pemberi segala ujian ini, kenapa kakcik yg TERpilih, tentu ada sebabnya...usah lg mengharap pada mereka yg tak sudi. Selagi kita mengharap pada sesama manusia, biasanya hanya akan kecundang dan kecewa akhirnya. Sudah tentu mereka pun ada TEMPATnya sendiri di sana nanti...

    Kepada Kakcik, berhentilah berharap pada SIDIA. Sampai matipun dia tak punya kuasa apa-apa. Kekalkan berharap pada DIA DI ATAS SANA...kerana DIA yang sedang menguji dan melihat segala apa yang kakcik lalui hari ini, sekarang ini.

    Suka tak suka, mau tak mau inilah kenyataannya. So sehat2kan minda dan diri....maafkan saya sekali lagi....

    BalasPadam
  18. Q...

    sekali lagi airmata membasahi pipi. Membaca catatanmu yang sangat mengerti. Kakcik cuba menyabarkan diri. Dan tentunya kakcik berserah pada Dia yang sentiasa memerhati.

    Terima kasih Q - terangsang juga rasanya minda ini...

    BalasPadam
  19. Entah mengapa hati kakak tersentuh atas apa yg telah kakcik curah demi menjaga hatinya. Sesungguhnya ini juga merupakan ujian yg Allah beri buat kakcik. Berat memang berat, tapi percayalah kesabaran kakcik akan tetap ada ganjarannya. Sabarlah selagi hayatnya masih ada.

    BalasPadam
  20. Kakzakie...

    kakcik sentiasa mengharapkan pertolonga dari Yang Maha Kuasa untuk kakcik dan adik2 tabah menghadapi apa yang sedang kami lalui kini...

    BalasPadam
  21. saya doakan kak azie ketemu semula kebahagian yang sekian lama menghilang

    BalasPadam
  22. semoga dipermudahkan segala urusan kakcik..

    BalasPadam
  23. Niez...

    kak Azie dah bertemu dengan adiknya melalui maya dan mungkin akan bertemu secara nyata. kakcik juga yang masih menanti! :(

    BalasPadam
  24. Qema...

    mudah2an begitulah. Terima kasih, dik.

    BalasPadam
  25. saya pun faham kakcik....semoga akan ketemu jua akhirnya. mari kite byk2 berdoa...

    -GB

    BalasPadam
  26. harap kak cik tercapai segala keinginan..teruskan berdoa yer..

    BalasPadam
  27. salam k.cik sayang...

    dlm kebizian..tp smpt jengah blog k.cik... t'baca n3 k.cik..terus gee teringatkan abah...dh bbrp bulan x jumpa...x sbr nk balik jenguk abah & mak end of this week... tunggu hubby blk o.station dulu...

    BalasPadam
  28. Aspirasi @ GB...

    doa yang tidak putus walau bukan secara nyata, dalam hati tetap teringat jua...

    BalasPadam
  29. SN...

    sebenarnya bukan untuk kakcik, tapi untuk bapa...

    BalasPadam
  30. W/salam Qema...

    sayangilah mereka dengan penuh tulus dan kasih.

    BalasPadam
  31. kakcik dah pernah minta nasihat psychologist/psychiatrist?

    BalasPadam
  32. Dr DZ...

    belum pernah la pulak. Agak2 bayarannya macam mana ya?

    BalasPadam
  33. sabarla akak, pintu hati dia belum terbuka lagi utk balik, terus berdoa, insyaallah, akan dimakbulkan jugak

    BalasPadam
  34. Su...

    kakcik pun berharap agar pintu hatinya akan terbuka juga...

    BalasPadam
  35. acu doakan semoga satu hari nanti terbuka hati dia untuk menghubungi kakcik sekeluarga...

    BalasPadam
  36. Acu...

    InsyaAllah, mungkin bukan dia tidak ingat tapi jalannya yang tersekat...

    BalasPadam
  37. kak cik..

    entry ini..buat hati berlagu sendu...

    BalasPadam
  38. Ila...

    mungkin begitulah sendunya hati kakcik...

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com