Kawan-kawan kakcik

Selasa, 15 Mac 2011

Tiada langsungkah gunanya sepah?...


benarlah kata pepatah
habis madu tiada lagi gunanya sepah
walau sebelum ini dijulang ditatang
tiba saatnya hanya dilempar dibuang

begitulah sifat manusia
selagi boleh hanya ingin menonjolkan dirinya
orang lain bagaikan tiada guna
walaupun jasa ditabur sepanjang usia

kita tidak akan menongkat dunia
sampai masanya kita ke tanah juga
jangan takbur menunjuk kuasa
kita berjaya dengan ehsanNya

bukan menyuruh dijulang-julang
tidak juga meminta ditimang-timang
janganlah sampai menjadi kacang
kulit ditinggal tak lagi dipandang



56 ulasan:

  1. Cantiknya 'budi bahasa' orang ni ye Kak Cik...dah diperah habis habisan,macam tu pulak bunyinya...lepas ni suruh dia pulak yang ganti tempat Misbun tu,baru tau kut,langit tu tinggi ke rendah...

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum my lovely KakCikS:)

    Begitulah adabnya..
    Biar berkarung2 jasa dibuat
    Namun secalit kesilapan
    itu lah yang dikenang2..disebut2......:(

    BalasPadam
  3. owhh.. surat khabar hari ini kah kakcik?
    sungguh menyedihkan sekali
    ayat orang yg lupa asal usul diri
    cissss.. saya benci orang seperti ini

    BalasPadam
  4. Cikgu Nurin...

    begitulah bila jasa tidak dikenang. Terciptakah kain kalau hanya dari selembar benang? :(

    BalasPadam
  5. salam kakcik....

    memang org dulu2 selalu memerhati..dan pemerhatian mereka selalunya betul....memang manusia ni selalu menjadi kacang lupakan kulit, bila kejayaan di depan mata, sudah lupa orang yang pernah berjasa..... kalau yg buat ni, ank2 kepada ibubapa...lg rasa melampau...

    BalasPadam
  6. Wa'alaikummussalam Tinie adikku sayang...

    rupa2nya dalam hidup ini kita TIDAK BOLEH MELAKUKAN WALAU SECALIT KESILAPAN kerana itulah yang akan dikenang bagaikan orang lain tiada langsung cacat celanya, kan? :(

    BalasPadam
  7. Dr h4ni3...

    iya, suratkhabar HM edisi hari ini.
    Kakcik juga benci orang yang menuturkan kata2 seperti itu - dengan mudah boleh melupakan segala jerih perih orang lain... :(

    BalasPadam
  8. W/salam Nanie...

    bila anak yang mempelakukan seperti itu, mungkin lebih perit hendak diterima oleh bapa dan ibu.. :(

    BalasPadam
  9. begitulah adatnya hidup di dunia
    kita di puja ketika berguna
    habis madu sepah dibuang
    jangan dirajuk air di ruang !

    BalasPadam
  10. biasalah la kak manusia.. macam tu jugak la yg terjadi dlm life kita ni.. papa kaseh pun ada sifat macam tu jugak..setelah 35 kawen ngan mama..katanya menyesal pulak kawen.. segala penat lelah pengorbanan isteri tak nampak bila dah ada yg baru :) lumrah manusia.. kakcik.. t.kasih yer atas pesanan itu..

    BalasPadam
  11. Kanda AL...

    begitu rupanya sikap manusia
    kasih hanya bersifat sementara
    yang memuja itu sangatkah berguna
    atau tak ubah enau di belantara...

    BalasPadam
  12. Itulah orang yang tidak akan perkataan terima kasih. Ini mungkin kes balas dendam. Kalau chong wei kalah mungkin mereka akan diam. Sekurang2nya ucaplah terima kasih diatas segala pengorbanan Misbun terhadap negara. Lupa daratan

    BalasPadam
  13. menerima kegagalan hari berang
    tidak pernah redha pa yg tersurat
    apa nak hairan dunia sekarang
    ikhlaskan diri untuk bekalan akhirat

    BalasPadam
  14. mujur cowei sendiri tak pernah cakap macam tu kan?

    BalasPadam
  15. kak chik kenapa kita seiring dan sejalan. Masa pagi tadi baca metro muka depan, dalam hati makcik "dammm ko, ko tak tahu berapa banyak jasa dia pada sukan badminton kat Malaysia ni" cha ya nu alif memang tak sedar diuntung.

    BalasPadam
  16. salam kakcik,

    nilah manusia, bila di atas tidak ingat mereka yang membantu ketika di bawah.

    Semoga kita semua tidak termasuk dalam kelompok itu..

    BalasPadam
  17. orang dulu2 pandai buat perumpamaan.

    Sepah boleh gunakan lagi kakcik untuk buat baja organik.

    BalasPadam
  18. Kakcik, si polan tu lupa bahawa setiap insan perlukan Jurulatih.

    Cer tanya si polan tu sape Jurulatih dia? (kalu dia jwb Ibu & Bapanya - bergeligalah IQ dia, tp jgn lupa kena tingkatkan EQ juga)

    Cer tanya Raja Golf, Tiger Wood siapa Jurulatihnya?

    Cer tanya Ratu Squash, Datuk Nicol Anne David siapa Jurulatihnya?

    Sedangkan 'The Most Influential Persons in History', Nabi Muhammad S.A.W. pun perlukan Jurulatihnya.

    Si polan tu kena faham bahawa beliau merupakan seorang 'Leader' manakala Datuk Misbun Sidek adalah seorang 'Coach' makanya kefahaman ke atas kapasiti masing2 amatlah perlu.

    BalasPadam
  19. Kaseh...

    janganlah kerana sikap papa Kaseh itu membuatkan Kaseh rasa takut pula hendak berumahtangga. Tidak semua lelaki sama sifat dan sikapnya, ya? Kakcik doakan Kazseh mendapat jodoh yang terbaik - yang dapat bersama bersusah senang sepanjang usia, kalau boleh bersama juga ke Syurga. InsyaAllah. :)

    BalasPadam
  20. assalamualaikom kakcik :)
    sokkabor mesia sekrg makin meghoyan gamoknye.. smuenye ade propa.. hmmm.. teman bace sokkabor ostolia ngeh3..

    p/s teghingat kat kacang ghebuih le kakcik oi..

    BalasPadam
  21. Sukan Malaysia tak akan maju , selagi kaki kaki politik yang tak tahu apa-apa tentang sukan, masuk campur!

    Saya amat sedih, marah melihat Datuk Misbun diperlaku sedemikian rupa.

    BalasPadam
  22. Salam Kakcik...

    skang ni wlu bz cmne pn saya ttp nk jengah & baca tulisan k.cik..rasa t'panggil2 jerk...

    psl n3 k.cik nie...bg saya dgn kata mudah utk digarap.."seharusnya kita yg menumpang dibumi yg sekadar pinjamanNya ini,perlu slalu muhasabah diri..b'balik pd Pencipta... x kira apa jua bangsa... andai kita b'jaya satu hr nnt... klu sudah b'ada dipuncak, jgn t'lalu megah m'dongak langit.. tp ingatlah sesekali m'nunduk, lihat rumput di mana bumi kita b'pijak...

    BalasPadam
  23. mudah lupa segala jasa n pengorbanan org lain

    BalasPadam
  24. bagi peminat setia sukan badminton tanahair, semestinya akan mengenang jasa Datuk Misbun dalam konteks masing2. Baik semasa bergelar pemain atau juga jurulatih. Apapun semoga kemelut dalaman dapat di selesaikan secara baik. Ingin melihat sukan badmintin terus "gah" dan mereka di luar menghormati pemain kita di gelanggang.

    p/s: puas hati dapat tengok muka lin dan semasa di tewaskan....

    BalasPadam
  25. sungguh sombong org yg mengeluarkan kenyataan ni.. tp saya percaya, Datuk LCW sam sekali takan berfikiran camni...

    BalasPadam
  26. nasib saya macamtu makcik~~saya selalu jadi sepah~

    BalasPadam
  27. tu la. hrp yg berkata tu sedar bakat cw tu dicungkil oleh siapa?
    nasib baik cw masih tak lupakan jasa misbun, diucap juga terima kasih pada misbun bila kejayaannya dijulang.

    BalasPadam
  28. Kalau itulah ayatnya....kita faham kenapa mISBUN KELUAR dari BAM...masa berkehendak..memuja..bila tak mahu dihina..

    BalasPadam
  29. Ini nasihat sungguh tak berguna...

    BalasPadam
  30. Ariff...

    itulah sifat negatif manusia - dengki kianat, dendam kesumat bagaikan makanan harian pula...

    BalasPadam
  31. Assalamualaikum wbt
    Isyy! Ape dighisorkan kokcik oi. Esok lusa bila kita dah tak mandang, mcm Allahyarham P.Ramlee disebut2 kanlah balik! Dah gitu adat kite diMesia, ngape le diheghankan.

    BalasPadam
  32. Kakzakie...

    sungguh bising bunyi belalang
    berkawan-kawan di tengah padang
    bila menang dijulang-julang
    bila kalah langsung tak dipandang

    :(

    BalasPadam
  33. KOG...

    cowei tu sebenarnya masih perlukan sifunya tapi orang lain pula yang lebih sudu dari kuah!

    BalasPadam
  34. Cik Ina...

    masing2 nak tunjuk kuasa. LCW tak kata apa2 - orang dalam BAM pulak yang beriya2...

    BalasPadam
  35. ~ yus ~...

    eloklah juga kita jadi manusia yang tak perlu nak tunjuk2 kuasa kerana tanpa Yang Maha Kuasa, siapalah kita untuk mengada2, kan?

    BalasPadam
  36. Kakpah..

    kakcik pun terfikir bahawa sepah tu boleh dijadikan baja. Masih juga ada gunanya... :)

    BalasPadam
  37. Liza...

    sipolan tu lupa tuuu.. cer kalo LCW tu tak berjaya menjulang piala, entah macam manalah pula komen mereka! :(

    BalasPadam
  38. wa'alaikummussalam AzeedA...

    kacang ghebuih?? Kakcik pulok teghingat kat kacang nganyin! Eimok... sotkabo ostrolia dibacenye! kakcik baca tamilnesankayu je...

    BalasPadam
  39. Dr DZ...

    kakcik bagai terbayang langkah longlai Datuk MS melangkah keluar meninggalkan gelanggang. Sedih!

    Sukan kita tak akan kemana andai politik dicampurkan bersama...

    BalasPadam
  40. W/salam PynGees...

    terima kasih kerana tak jemu datang ke blog kakcik. Ramai orang, bila berada di atas - sangat terlupa pada bumi tempat mereka berpijak dan mula bertatih! :(

    BalasPadam
  41. Su...

    orang begini, bila jasa mereka dipertikaikan, pandai pula mereka melenting!

    BalasPadam
  42. Eelobor...

    wajah lindan tu macam tak puas hati je kan? Mungkin masa untuk dia berada di atas sudah beransur turun...

    Jasa DMS bukan sedikit dalam arena badminton negara, janganlah ada yang mempertikaikannya....

    BalasPadam
  43. Mila...

    orang yang sombong itu bercakap tidak menggunakan akal tapi berpaksikan nafsu!

    BalasPadam
  44. bujal x...

    adakah kamu dipijak2.. ;-)

    BalasPadam
  45. qema...

    malu juga rasanya bila melayu telah hilang budi bahasanya...

    BalasPadam
  46. Ros...

    hati DMS itu sudah lama memendam rasa. Mungkin juga lukanya sudah terlalu parah untuk diubati...

    BalasPadam
  47. Mimi...

    mungkin orang yang menasihati itu patut dinasihatkan untuk berundur sahaja...

    BalasPadam
  48. Wa'alaikummussalam Yop Tajnur...

    ate kemane gamoknye mike ni menghilangkan dighi sekian lame? Sebok beno yak?

    Itule, bile doh takde dimuke bumi ni esok baghu nok disebut2, nok dianugeghoh itu ini. Entoh apale pesennye...

    BalasPadam
  49. MDT...

    kita setakat boleh kesian je, kan?

    BalasPadam
  50. macam tulah adat dalam
    dunia sukan negara kita ni...

    kesian dato misbun!

    BalasPadam
  51. Ati...

    mereka yang berkata sombong itu pun tidak akan ke mana jua akhirnya...

    BalasPadam
  52. tak baikkan mereka buat cenggini

    BalasPadam
  53. kesian Dato Misbun.. setelah seluruh tenaga dan keringatnya diperah...

    segala jasa dan usahanya tidak dipandang lagi

    BalasPadam
  54. NM02...

    biarkan luncai terjun dengan labu2nya. Mudah2an suatu hari nanti mereka tersedar juga...

    BalasPadam
  55. ibuintan...

    bila khidmatnya tidak diperlukan lagi, sewenang2 jasanya dipandang sepi. :(

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.