|
Kalau rasa diri masih muda, tidak sesuai untuk masuk 'melepaskan hajat' di sini. :) |
|
Majlis makan malam dan mengumumkan keputusan pencarian -
tapi, pemenang hanya diumumkan keesokkan harinya |
|
Menunggu dengan sabar sebab peserta yang terakhir hanya tiba jam 7.15 malam |
|
Jangan ambil lebih-lebih tau... kalau tak habis, membazir pulak nanti |
|
Pengacara pada malam itu - Farouk Hussin (sebelumnya majlis diacarakan oleh
Pn. Cyana yang berkebetulan menyambut hari ulangtahun kelahirannya pada 16/10/2010)
17/10/2010 |
|
Semua peserta mendapat hadiah hamper. Tempat pertama hingga ke sepuluh ada tambahan wang tunai. Tempat pertama hingga ketiga juga mendapat hadiah barangan elektrik selain wang tunai dan hamper. |
|
Puas juga hati BS dapat bergambar dengan Kak Cyananya walaupun Cyana sangat sibuk pada kedua-dua hari tersebut. Cyana (bersama pasukannya) juga bertanggungjawab dalam mendapatkan tajaan hadiah. Beliau juga menjadi pengacara pada majlis penyerahan hadiah dan pengumuman pemenang. |
|
Selepas beberapa bulan sejak pertemuan di Kota Kinabalu dulu,
aku bertemu semula dengan Leen dan keluarganya. |
Dalam perjalanan balik ke Kuala Lumpur, kami singgah ke rumah adikku Nora di Kuantan. Aku dan suami memang sangat kepenatan walaupun tidak menyertai program pencarian. Mungkin disebabkan sudah tiga hujung minggu berturut-turut kami ke sana ke sini 'menyukat jalan'. Kami (termasuk Bangcik) mengambil kesempatan untuk tidur lebihkurang setengah jam sementara Nora sibuk memasak didapur. Nora menyediakan hidangan asam pedas ikan tenggiri yang sangat sedap. Ada juga sambal belacan dan ikan goreng. Bertambah-tambah kami makan sampai tak teringat nak ambil gambar!
|
BS pula sibuk main game sambil diajar oleh Aqil |
|
Nora membekalkan kami dengan puding yang diisi dalam dua bekas aiskrim.
Belum sempat sampai ke Maran, kedua-dua bekas itu telah licin!
|
nasib baik xde gambo asam pedas...
BalasPadamhehehe
Salam Mimi...
BalasPadampenangan lapar dan penat - sampai terlupa nak ambil gambar asam pedas yang mabeles lagi dilisyes itu! :)
betul ke pintu toilet dia tulis makcik dan pakcik? hahahaha!!!!
BalasPadamKan betul..Cyana yang organized this event..hee...
BalasPadamlamanya tak g bercuti.. best tgk kakcik n family g bercuti, jeles plak
BalasPadamsalam kakcik
BalasPadamerk kakcik dpt hadiah apa?
asam pedas tenggiri....ikan goreng....mcm sama jer menu lauk kita semalam ngee...
BalasPadamsalam.
BalasPadamsaya tengok Gambar 1 tu .. makcik kena pakai skirt ke ? hehe
Salam gB...
BalasPadambetul dengan sebetul2nya.. tarak tipu punya... :)
Salam Yan...
BalasPadamada bahagian masing2... Cyana bahagian hadiah dan pengacaraan... :)
Salam Mila...
BalasPadamcuti sambil kerja tu... (hubby kakcik dikategorikan sebagai berkerja..) :)
Salam Manje...
BalasPadamkakcik cuma menumpang sahaja... tak ada dapat hadiah pun... :)
Salam Q...
BalasPadamkalaulah... kalaulah... kakcik dapat merasa ameyos! ;-)
Salam Kanda AL...
BalasPadammakcik omputeh kot! ;-)
tak pernah jumpa toilet yg tulis makcik pakcik tu... agaknya org yg p situ hanya category tu je kut..he he he ... bergurau je..jgn marah kakcik sayang yea
BalasPadamIM pun letih hari ni. entah kenapa...
BalasPadamtrip hujung minggu kakcik memang dasyatlah... memang sah penat tu!
BalasPadamkakcik..
BalasPadamTaknak singgah pun umah saya.
betul lah kakcik..kdg tu sebab sedap mkn smpai lupa nk klik klik..sudahnya dah siap mkn baru teringat...
BalasPadamAlahai...
BalasPadammemang bez kalau joint treasure hunt.
Tetiba rindu pulak di tempat kerja lama.
Salam Chik Na...
BalasPadamapalak kakcik nak marah.. memang kakcik di kategori itu... tapi kesian kat yang masih muda dan 'perasan muda'. hehehe.... :)
Salam IM...
BalasPadamkakcik faham keletihan Im itu... semoga terus diberikanNya kekuatan buat IM... :)
Salam ibuintan...
BalasPadammemang sah penat! akan ada lagi trip yang bakal menyusul...
Salam Salmi...
BalasPadambukan tak ingat kat Salmi.. tapi memang tak sempat... Lain kali, ya? :)
Salam Ida...
BalasPadamitulah pasal... dah tersandar kenyang, baru ingat! :)
Salam Reen...
BalasPadamkakcik baru sekali je join tresure hunt (Astro@15).. itupun lebih sebagai penumpang!
salam kakcik... wahhh!!! nama saya disebut2. terbatuk2 nie. hehe. kakcik dah upload...sy blom mula lagi. huhu
BalasPadamSalam Cyana...
BalasPadamkakcik masih banyak 'masa terluang dan terbuang' :)
p/s : nasib baik BS tu dapat juga 'berkepit' sekejap dengan Cyana - asyik sebut2 nama Cyana je - bila jumpa malu2... ;-)
jenaka buat hati ketawa
BalasPadam