Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 22 Oktober 2010

Gadis Melayu...



Kalau tak pandai berlakon, menari dan menyanyi - bukanlah Gadis Melayu, ya?  Ingatkan Gadis Melayu adalah yang pandai menyediakan sambal belacan, masak lemak pucuk paku atau buat pengat keladi!  Setidak-tidaknya pun, gadis Melayu kena pandai berkeroncong, berpantun atau bersyair. Paling penting, Gadis Melayu - namanya pun telah menunjukkan ciri-ciri kemelayuan seperti Siti Kelembai.  Dan Gadis Melayu adalah Melayu tulin yang kukuh pegangan Agama Islamnya.  Pandai Mengaji dan tidak tinggal solat.

Agak-agaknya, gadis yang bagaimanakah bakal menjadi menantuku nanti, ya?



64 ulasan:

  1. salam




    mintak jauh ler anak anak perempuan kita jadi Gadis Melayu yang seperti ini ...

    BalasPadam
  2. Salam pB...

    kita hanya mampu memberi mereka pendidikan, tunjuk ajar dan doa.. Selebihnya, semoga Allah melindungi mereka.

    BalasPadam
  3. Ehem sama gak, saya malu nak nyanyi malu nak menari. Tak tau

    BalasPadam
  4. salam,

    lakon, nyanyi dan menari ikut rentak serta nyanyian para makalikat....itu calon menantu yang dicari...dapatkah???

    BalasPadam
  5. Salam Zeq...

    kakcik suka juga menyanyi - tapi sering suara tak keluar.. bila cuba menari, pinggang pula mengeluarkan bunhyi! :)

    BalasPadam
  6. Salam Myri...

    sering yang diidam tidak tergenggam - Dia menguji sejauh mana kita bisa melalui titian sempit dengan langkah yang seimbang...

    BalasPadam
  7. salam..adakah dambaan pilu itu menggambarkan gadis melayu??? huhuhhu

    BalasPadam
  8. Salam Sahrom...

    ikut penilaian Sahrom, macamana? :)

    BalasPadam
  9. Salam kakCik
    Gadis Melayu musim nih memang miss semuanya. Yang dulu dah final baru ada peluang tengok.

    Camana menantu pilihan?? *mengeluh jap* .. macam2 cirinya .. mesti hormat 'kita', berbudi bahasa dan ingat Allah (3 contoh takat nih, hehe)

    BalasPadam
  10. Salam CS...

    kakcik belum berpeluang menonton GM kali ini.. cuma tahu melalui HM sahaja...

    Mudah2an kita dikurniakanNya dengan menantu yang 'bukan hantu'...

    BalasPadam
  11. Vic langsung tak pernah tgk rancangan GM ni... tapi pernah tgk peserta2nya dalam suratkhabar.

    Tp pendapat vic apa kata tambah perkataan Moden dalam rancangan GM ni. Gadis Melayu Moden.

    Sebab wanita melayu terakhir yang digambarkan sesetengah lelaki tak sama macam karakter gadis2 GM ni.

    BalasPadam
  12. mama
    cheqna memang tak suka pogram ni sebab ntah apa2..
    kena panjat gunungla mandi air terjun la..kengkadang tertanya dimana nilai sebenar gadis melayu yang ingin ditunjukkan..

    err....cheqna tak leh jadi menantu mama kan???lalalalalala

    BalasPadam
  13. Salam Vic...

    kakcik setuju kalau rancangan itu di labelkan sebagai GMM atau GMU (Gadis Malyu Urban - tak tahu kena ke tak).

    Dari segi pakaian pun, boleh membuatkan bakal mak mertua yang duduk di kampung tertelan sentil tambakau (ada ke lagi orang menyentil sekarang ni??? memandai je kakcik, kan?) :)

    BalasPadam
  14. Salam Cheqna...

    Along baru 23 tahun (tapi umur tu sekadar angka je, kan?). Sanggup ke jadi menantu kepada mama yang cerewet ni??? Nanti kalau hari cuti pun, kena bangun awal tau... (selepas solat Subuh tak boleh tidur balik) hehehe...

    BalasPadam
  15. salam kak cik...

    ntah apa2 je kriteria gadis melayu versi tidak kemelayuan itu...

    BalasPadam
  16. salam kak cik????

    hai kak cik belum apa2 dah pilih2 calon menantu ke?? ikkkk ada apa2 ke nieeeee???

    BalasPadam
  17. Salam Nida...

    dah musim keberapa ni (ke3 kalau tak silap kakcik), takkan masih tercari-cari lagi ciri2 sepatutnya, kan? :(

    BalasPadam
  18. Salam Angah...

    kakcik tunggu sahaja pilihan anak2.. tengok macam mana dulu... bukan boleh main tangkap muat je! :)

    BalasPadam
  19. itulah yang menyebabkan saya tulis mengenai "siapa kata gadis melayu tak menawan" dalam blog saya... sebab saya pun pening mencari gadis melayu ni.

    BalasPadam
  20. Salam AM...

    masih ramai yang betul2 Melayu dan taat kepada Agama Islam di luar sana. Mungkin kerana itu, mereka tidak menonjolkan diri untuk menjadi selebriti. Wallahhuaklam. :)

    BalasPadam
  21. saya pun terpikir2 sebelum ni...macam tu kah baru boleh digelar gadis melayu...

    BalasPadam
  22. salam kakcik,
    memang tak berkenan ngan rancangan nih.. ntah apa-apa.. apa sebenarnya yang dia nak tunjukkan pun tatau...

    carik menantu yang pandai amik ati orang tua, ngan akhlak bagus.. hihi..

    BalasPadam
  23. Ntah apa-apa la criteria gadis melayu ni .. tak kena lansung ngan adat dan budaya melayu

    BalasPadam
  24. sambal belacan, masak lemak pucuk paku atau buat pengat keladi - GB pandai

    berkeroncong - tak reti

    berpantun - boleh la

    bersyair - segan. ngeee

    ciri-ciri kemelayuan, Melayu tulin, kukuh pegangan Agama, Pandai Mengaji, tidak tinggal solat - ngeee

    Agak-agaknya, gadis yang bagaimanakah bakal menjadi menantuku nanti, ya? - Mcm GB kot.

    hehehe...

    BalasPadam
  25. Iskk..ate anok awok ni bukan gadih melayu la yak ? Soghe mcm katok.. joget tekengkang-kengkang.. ni kes bodo punye tapsiran la ni..

    BalasPadam
  26. saya pun ada dua anak lelaki yang belum lepas .. tak tahulah macamana rupanya nanti bakal menantu .. ikut suka dia oranglah nak pilih sapa !

    BalasPadam
  27. Salam kakcik....

    Kita semua manusia biasa, takder yg sempurna..lebih kat sini kurang kat sana...kurang kat sini lebih kat sana....

    Saya cuma teringin jadi mentua yg baik akhlak, bertimbang rasa dan pernah lah berdoa begini : Pada saat (andaikata) saya hanya akan menyebabkan anak dan menantu akan menderita akibat kerenah saya, Mohon Allah ambillah saya pulang ke asal saya....mereka berhak hidup bahagia selagi tidak tergelincir dari landasan iman....

    Saya tidak menilai menantu dan sesiapa pun dari luaran atau dari sebarang kekurangan yg ada padanya..kerana...saya pun tidak sempurna mana...saya tidak layak menghukum sesiapa hanya dari pandangan mata...

    Coretan dari pengalaman sendiri...
    byk peristiwa yg saya saksikan kakcik, menantu yg paling dibenci itu lah yg akhirnya akan memelihara dan menyempurnakan jenazah mentua...

    Maaf kakcik..hanya menumpang berkongsi perasaan yg nyata....Q.

    BalasPadam
  28. salam kakcik,
    agaknya saya ni bukan menantu pilihan sebab saya xpandai menyanyi dan menari.saya cuma tahu memasak,mengaji dan melayan suami saja.

    :) mungkin sebab itu dibuang mentua

    BalasPadam
  29. salam kakcik.. GM tu dah mcm rancangan model melayu jek. hmm. kurang sesuai kot kalo nk wat menantu. opps!

    sure kakcik tak sabarkan menerima menantu.. hehe. 4 orng menantu perempuan. :)

    BalasPadam
  30. Bagus n3 kakchik kali ni.
    persoalan macam ni sudah menjadi lumrah dlm kehidupan moden hari ini.
    Masih wujudkah lagi wanita melayu asli yang berjiwa melayu dan berakhlak islam dlm dunia moden hari ni.
    Harap2 bakal istriku nanti masih lagi ada ciri-ciri tersebut.

    BalasPadam
  31. JIKA DIA RAJIN BASUHKAN SELUAR JENS 501 SAYA ..DIA SUDAH TENTU JADI PUJAAN HATI

    NAK KENA PANCUNG TAK TAU BUAT SAMBAL BELACAN..BUKAN KAU TAK TAU KESUKAAN AKU SAMBAL BELACAN

    BalasPadam
  32. satu pertanyaan lagi kakcik,
    apakah hanya yang cantik rupa saja layak dipanggil gadis melayu?

    BalasPadam
  33. Tak nak komen tv niaga .bukan gomen.hak dia..kalau dia tak malu boleh buat tarian bogel pun, saya tak komen. Tv gomen ada saham rakyat dana rakyat kena bela rakyat.wadah untk rakyat

    BalasPadam
  34. teringat Gadis Melayu dalam cerita musang berjanggut...

    BalasPadam
  35. Salam Kak Cik,

    saya tak minat tengok rancangan realiti camtu.


    Risau bila fikirkan anak pompuan sorang saya tu nanti..

    BalasPadam
  36. Salam Kak Cik,
    dulu mak saya suka tengok pencarian tu. Malah pernah satu episode tunjuk masa audition sorang awek tu langsung tak reti doa makan. Aduhai. Wanita dijaja-jaja dengan rasa segan silu.

    BalasPadam
  37. Salam, tak tengok pun rancangan ni KakCik...ntah apa2. Kalau buat realty show cam Imam Muda versi org Pompuan ok tak? Yang tu mungkin meluru bakal mak dan pak mertua cari calon. Tp bukan maksud teman deme jadi imam. Buleh ngaji, baca doa sesikit, belajor pandai, buleh urus rumahtangga, berdikari eh banyak satnika...contoh wanita solehah zaman moden. Tang kriteria tu pandailah deme tetapkan. Teman tang masak jer rajin, ngemeh rumah ikut selera, ase tak kotor! He he!

    BalasPadam
  38. Assalamualaikum.
    Bila sebut Melayu, sinonim dengan Islam. Bila Islam kenalah ikut cara hidup Islam yang telah digariskan dalam syariat.

    Paling penting tutup aurat, tunaikan kewajipan.

    TQ

    BalasPadam
  39. salam kakcik
    gadis melayu,susah kan sekarang nak cari..ni menurut sesetengah pelajar lelaki yang beritahu saya.:(.

    selamat berehat kakciks

    BalasPadam
  40. Salam Aanas...

    mungkin 'mereka' telah ketandusan ilham untuk membuat satu rancangan yang benar2 bermanfaat (kakcik pun pandai komen je... kalau suruh kakcik bagi cadangan untuk sesuatu rancangan, ke lautlah jawabnya!) :)

    BalasPadam
  41. Salam Chik Na...

    mungkin lebih sesuai dinamakan sebagai 'gadis zaman ini' hehehe...

    BalasPadam
  42. Salam gB...

    wah... hampir menepati ciri2 menantu idaman itu... Semoga akan menjadi menantu yang menyejukkan hati mertua.. :)

    BalasPadam
  43. Salam Yop Samad...

    le ini dan selamenya, manale nak caghi manusia yang sempeghene.. melainkan Rasul Kekasih Allah je... Tapi kalo buleh, biole yang idak menjadi cacen yang naik ke mate... :)

    BalasPadam
  44. Salam Kanda AL...

    bahagia mereka, senanglah hati kita.. ya tak? :)

    BalasPadam
  45. Salam Q...

    menantu yang dibenci akhirnya yang yang berbakti.. samalah juga, anak yang sentiasa ditimang, itulah yang akan menjeruk hati (pengalaman kakcik juga ni)...

    Semoga kita akan menjadi 'mertua yang tidak menyusahkan menantu'. :)

    BalasPadam
  46. Salam Azween...

    setelah kita berusaha, biarlah Allah yang menentukan tempat kita. Memang kita mengharapkan redho mertua sebagaimana kita perlukan redho kedua ibubapa sendiri. Tapi, kalau setelah berkali mencuba, tidak juga diterima.. berdoa dan tawakkallah..

    BalasPadam
  47. Salam Yan...

    mudah2an... kita doakanlah. :)

    BalasPadam
  48. Salam Cyana...

    Along tu belum nampak lagi macam nak beristeri.. tak tahulah kalau Angah akan 'melangkah bendul'... hehehe...

    BalasPadam
  49. Salam ijoks...

    kakcik doakan agar ijoks akan bertemu jodoh dengan gadis yang baik akhlak dan pekertinya. Kalau dah dapat, jangan pula disia2kan, ya? :)

    BalasPadam
  50. Salam b.r.u.t.a.l.s.o.l.o...

    Sambal belacan segera kan dah ada di pasaran? :)

    BalasPadam
  51. Salam ibuintan...

    cantik dan gedik? Hmmmm.... kalau harapkan cantik, kakcik pun tidak layak dipanggil wanita Melayu... huhuhu... sedihnya!

    BalasPadam
  52. Salam Zeq...

    kita juga tidak boleh menelan segalanya bulat2, kan? :)

    BalasPadam
  53. Salam IM...

    rasanya tak ujud pun gadis begitu... Bagaimana nak memisahkan gula dengan garam yang telah bercampur aduk? Tak sanggup kakcik.. kalau gula dengan beras, mungkin masih boleh diusahakan...

    BalasPadam
  54. Salam Reen...

    semoga anak gadis Reen akan menjadi anak gadis yang molek akhlak dan budi pekertinya berkat asuhan ibu dan ayahnya. InsyaAllah. :)

    BalasPadam
  55. Salam Syafrizal...

    mereka bagaikan kelkatu yang mencari cahaya.. hendaknya tidak sampai gugur sayapnya...

    BalasPadam
  56. Salam Helli...

    teghingat masa kakcik baghu kawen dulu.. bapak kakcik siap cakap kat suami kakcik ' si Nor tu bukan apa yang ditahunya... masak pun tak pandei'... huhuhu...

    BalasPadam
  57. Wa'alaikummussalam Admin P@P...

    menutup tapi bertelanjang pun, tak betul, kan? Semoga tidak berlarutan 'yang tidak2' itu...

    BalasPadam
  58. Salam Ummu...

    masih ramai gadis Melayu.. asalkan keturunannya Melayu... tapi, ciri2 kemelayuan itu bagaikan semakin hilang... :(

    BalasPadam
  59. Salam Iman...

    maaf... kakcik terlepas pulak menjawan komen Iman...

    Entah apa2 je kan? Macam tu pulak ciri2 GM yang dicari.. :(

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com