Kawan-kawan kakcik

Rabu, 8 September 2010

8910...

Nombor apa tu???  Tarikh hari ini lah.. takkan tak ingat kot???

Memperkatakan tentang 'ingat'.... ingat tak suatu waktu dulu.... bagaimana kita menyambut Hari Raya di zaman kita masih lagi seronok bermain dan tidak memahami apa yang ada di hati ibubapa kita???

Dulu-dulu...

alangkah seronoknya bila menjelang raya
pakaian baru ibubapa sedia
walaupun harganya hanya tiga ringgit seela
sepatu BATA yang bernilai belasan ringgit sahaja
itupun sudah cukup membuatkan hati teruja

bila baju siap di depan mata
mulalah disarung dan digaya-gaya
peduli apa orang mencemik muka
tak sabar menanti cerah di pagi raya

malam raya sebelum pagi
bermain bunga api yang tangkainya besi
dipusing-pusing meriah sekali
ibubapa bising tidak dipeduli

pelita panjut keliling rumah
dinyalakan apinya nampak meriah
jiran menegur dengan ramah
sambil membuat kuih di bawah rumah

sehari sebelum lebaran
ibubapa sibuk membuat persiapan
dari belakang hingga ke depan
perhiasan rumah disuai padan

ibu di dapur mengisi buluh
dengan daun pisang tanpa mengeluh
dituang pula pulut separuh
kemudian santan turut dibubuh

bapa di bawah sedang menanti
sambil menghidupkan bara api
buluh disusun cantik sekali
membakar lemang setengah hari

kini...

suasananya cukup berbeza
dengan pakaian baru anak-anak tak teruja
mungkin sebab boleh dapat bila-bila masa
tidak perlu menunggu di hari raya

hendak makan apa boleh dibeli sahaja
asalkan ada duit tiada masalahnya
suasana dulu mereka tak rasa
rugi juga nanti tak boleh buat cerita...

p/s : teringat dulu-dulu masa di kampung, bila masuk waktu berbuka akan terdengar tembakan meriam dari Istana Iskandariah sebagai pemberitahuan atau pun bunyi 'kerantung' (beduk) bertalu-talu dari surau berhampiran...



26 ulasan:

  1. Kakcik dulu saya pakai kasut Bata rm 9.90 je..
    Baju dan kasut baru hanya dapat bila hari raya..sebab tu bila masuk je bulan ramadan dah tak sabar suoh abah belikan.

    BalasPadam
  2. Salam Salmi...

    anak2 sekarang, kasut sekolah pun dah berharga puluhan ringgit. Anak2 kakcik, kalau ke mana2 lebih suka pakai sandal atau selipar - sebab duduk dalam kereta, berjalan selangkah dua je. Kalau berjalan jauh pun lebih selesa dengan selipar! :)

    BalasPadam
  3. salam.

    seronok membaca seloka/gurindam kakcik.

    tetapi sambutan raya saya semasa kecil tidak banyak kenangan yang gembira. kalaulah masa boleh diputar semula, saya pun tak ingin untuk kembali.

    Allah itu maha adil. kini saya amat gembira dan bersyukur bersama keluaraga yang ada.

    BalasPadam
  4. salam my dear kakCikS:)

    Teringat dulu2....
    rajinnya mak buat biskut raya..plg suka biskut cornflakesnya...aduhaii
    Tapi sayang..bakat tak diwarisi ke anaknya ni haa..asyik 'tunjuk2' jekk..;)

    BalasPadam
  5. Salam Kanda AL..

    walaupun kakcik bukan dari keluarga yang senang.. pakaian pun kadangkala mengharap ehsan orang.. tapi semuanya adalah kenangan yang begitu berharga...

    Alhamdulillah, walaupun kini tidaklah kaya raya atau pun senang lenang, masih boleh menggembirakan anak2.. :)

    BalasPadam
  6. kasut BATA masih cantik apaaa...
    baaaru je beli untuk yang no2 hari tu...
    comelll...
    :)

    BalasPadam
  7. Salam Tinie sayang..

    kakcik juga tidak mewarisi kepandaian arwah mak dalam bidang masak memasak. Setakat bolehlah memasak nasi dan lauk pauk yang seadanya. Kalau bab biskut/kuih raya - 'mintak mahap le' - memang tak pandai.. :)

    BalasPadam
  8. Pn Dr...

    kasut BATA sekarang mahal la wak... tak macam dedolu... RM9.90 dah glemer gitu.... :)

    BalasPadam
  9. Salam KakCik

    Yalah, kita pun teringat bunyi meriam dan siren bila waktu berbuka yg datangnya dari Istana Bukit Serene...

    Bata? hehhe, 2 bulan dulu kita bila lps diskaun dptlah 29.90 (janji selesa dipakai)

    BalasPadam
  10. Salam Kak cik..

    Tang memori kasut bata tu,serupa la kita..beside cuma dapat baju raya dan kasut raya di malam raya...selalunya bila nak pilih kasut tu..selalu sedih..yang patern kita selalu dah takde saiz..maka pakai aje apa ada...skrg kat Port Dickson kedai BATA tu pun dah tutup....

    BalasPadam
  11. Salam CS...

    Selamat Hari Raya.

    Kasut BATA kalau dedolu, itulah jenama yang paling glemer, kan? Sampai sekarang pun kakcik masih menyarung kasut BATA - janji selesa walaupun jangan mimpi nak dapat harga macam dulu.. hehehe... selipar pun dah RM10.00 sepasang!

    BalasPadam
  12. Salam Ila...

    Kakcik pula teringat dulu2, mak beli kain berela-ela (bermeter-meter) dan buat pakaian yang sedondon sedandan je untuk kami tiga beradik perempuan. Yang lelaki, cukup kemeja T dan jeans. Baju Melayu buat syarat je... cuma pakai pagi raya....

    BalasPadam
  13. salam singgah kakcik..
    terimbau kenangan lama membaca entri ni. :)

    BalasPadam
  14. sampai sekarang setia acu masih pada BATA...

    SELAMAT HARI RAYA..AMPUN MAAF ZAHIR & BATIN ye kak...

    BalasPadam
  15. Assalamualaikum wbt
    Aloh kokcik oi, mun nok dicerita ghaye ni kang, beghambor ayor mate teman. Masa tu yg paling teman ghiso sbb bila org bertanya mak bapak teman, terkanjei nak njawabnya. Mmg X ghayele sbb ambil upah kukor nyor, cari buluh lemang & anyam ketupat, dsb. Malu nak sebut, mcm kata kanda Al, x pyhlah putar balik kezaman tu.

    BalasPadam
  16. Salam Gadisbunga..

    terima kasih kerana sudi singgah dan ikuti blog ini. :)

    Sesekali mengembalikan ingatan ke zaman lampau yang tak mungkin berulang...

    BalasPadam
  17. Salam Acu..

    Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin...

    Sesekali kakcik curang juga dengan BATA tu.. hehehe.. :)

    BalasPadam
  18. salam kakcik

    hehe itu ler dulu dan sekarang...
    byk sgt beza nya...

    ms kecik2 dulu manje paling teruja
    dpt kasut baru... igt lg, ayh ada
    belikan kasut bertumit warna merah,
    sblm tiba hari raya, entah beratus
    kali mencuba di dpn cermin almari...


    slmt hari raya kakcik (^_^)

    BalasPadam
  19. Wa'alaikummussalam Yop...

    Yang sedih itu usahle dikenang2.. kita nengok yang kadap je... Teman nak besogheh bebanyak pun, teman idak tau susogalonye.... Comenye.. bila kita dah senang sikit ni, kita tengokle deme yang tak benasib baik pulak... kalo bulih bantu, kita bantu... dalam ghejeki yang kita dapat tu, ada teselit hak oghang lain sama - sebab itu kita diwajibkan berzakat... eh! betoi ke apa yang teman labunkan ni???? :)

    BalasPadam
  20. Salam Manje...

    kadang2 sampai bawak tidur, siap peluk lagi kan? :)


    Selamat Hari Raya buat Manje juga...

    BalasPadam
  21. salam kakcik

    betul tue apa ug ada kena bersyukur kan???? oo ya selamat hari raya kak cikk dari angah sekeluarga...jgn lupa ambil kad yer

    BalasPadam
  22. Salam Angah...

    Selamat Hari Raya.. nanti kakcik ambil kad tu.. terima kasih. :)

    BalasPadam
  23. Saya paling suka bila masa raya kecik-kecik mak tempahkan semua 6 adik beradik perempuan baju yang sama. 3 yang lelaki pun sama.

    Kasut raya letak sebelah bantal. Tenung aje.. Kalau tak ke Bata Jalan TAR mak ajak pergi princess Jalan TAR. Masa bulan puasa dapat duit lebih hasil mak berniaga..

    memang banyak kenangan.

    BalasPadam
  24. Salam Reen...

    kasut letak sebelah bantal.... bau dia macam best je kan??? :)

    BalasPadam
  25. Selamat menyambut kedatangan syawal, maaf zahir dan batin

    BalasPadam
  26. Salam Noorlara...

    SElamat Menyambut Lebaran buat Lara juga..

    Maaf zahir dan batin. :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com