(Ini adalah catatan untuk menunjukkan blog ini dan tuannya masih 'hidup' walaupun ilham hampir mati!)
Sabtu :
Berbuka puasa bersama keluarga, bapa dan adik perempuanku yang datang bersama anak-anaknya. Suaminya tidak ikut serta kerana berbuka bersama anak-anak yatim.
Menu Utama : Nasi ayam
Menu Sampingan : Roti Sardin dan agar-agar bodoh (itu sebab kena makan)
Air : Sunquick Ice Blended, Teh O Panas dan Sirap
(tiada gambar sebab chef tak kuasa nak jadi jurugambar sambil memasak - alasan sahaja - sebenarnya, dah agak jemu mengambil gambar!)
Ahad :
Berbuka bersama keluarga, bapa dan adik lelaki bongsu yang datang bersama isteri dan anak-anak.
Menu Utama : Nasi putih bersama sup ayam, pajeri terung, ayam percik (beli), sambal tempoyak, sambal nasi ayam (dibuat khas atas permintaan bapa), ikan pekasam goreng, daun salad sebagai ulam.
Menu Sampingan : Roti Sardin (Budak Sepet suka sangat nak tolong buat), kebab (beli), roti john lennon (beli) dan nasi kerabu untuk Lokman (beli).
Air : Teh O Panas, Air Soya (beli) dan Sirap.
tengok tangan Budak Sepet yang bangga sangat menunjukkan Roti Sardin yang dia tolong buat...
meriahnyerr uoolss..
BalasPadamsalam kakcik..sihat hari ni??
BalasPadambesh kan berbuka ramai2??
Salam en_me..
BalasPadamMudah2an kemeriahan itu menimbulkan keselesaan. :)
SalaM Cheqna..
BalasPadamAlhamdulillah... kakcik pun sihat. Semoga Cheqna juga begitu. :)
salam kak chik,
BalasPadammakan besar nampak..
Salam Mizah...
BalasPadambiasa2 sahaja.. cuma makan beramai2.. :)
Salam Kak Cik,
BalasPadamPaling bezz bila berbuka ramai2.
lebih-lebih lagi bila lauk-pauk faveret ada..
tak sabar tunggu hujung minggu ni..
Salam Reen...
BalasPadammemang seronok bila dapat berkumpul.. hilang rasa penat... :)
salam kak chik, ktia sejak hari jumaat lepas, nak buka macam tak bernafsu je, kalau boleh cuma nak makan kurma/buah/minum air dan tidur... tapi takut pulak sakit, jadi paksa jugak diri makan
BalasPadamSalam KOG..
BalasPadamdua tiga hari kebelakangan ini, kakcik berbuka dengan minum teh o, kemudia terus solat Maghrib. bila orang semua dah makan, baru kakcik makan - senang nak mengemas.. itu pun, kalau makan nasi dengan sejenis lauk sahaja.. :)
sedap nye pekasam..di makan pula dengan nasi panas...terliur nye...hohoho
BalasPadamSalam Acu..
BalasPadammemang sedap bila dimakan dengan nasi panas. :)
salam,
BalasPadamselamat hari raya, maaf zahir dan batin.
salam kakcik,
BalasPadamsup ayammmm..... sama la kita...
hehehe....
selamat menyambut merdeka kakcik...
Salam Myri...
BalasPadamselamat hari raya - InsyaAllah sebelas hari lagi.. :)
Salam Ain..
BalasPadamdah buntu nak masak apa - dahlah hari2 ayam je!
Selamat menyambut hari kemerdekaan. :)
salam kak cik
BalasPadamwah..wah.. kak cik menu besar nampak
Salam Angah..
BalasPadammana ada besar.. kakcik je yang besar! :)