Ada sesiapa masih ingat dengan BS yang tembam dan bermata sepet ini?
Sekarang budak ini sudah dewasa, kurus dan paling tinggi di dalam keluarga...
Ada sesiapa masih ingat dengan BS yang tembam dan bermata sepet ini?
Sekarang budak ini sudah dewasa, kurus dan paling tinggi di dalam keluarga...
Nanti...
Bakal ada tetamu
Singgah tanpa kau tunggu
Tidak juga memberitahu dahulu
Dia akan datang
Menyapa dengan ramah
Bertanya apa kau perlu seisi rumah
Walau kau tidak minta
Dihulurkan hadiah semanis wajahnya
Walau kau endah tak endah
Dia tak akan berkeluh-kesah
Kau dengarkan sahaja
Akan pujuk rayunya
Berjanji itu ini
Konon apa kau pinta akan diberi
Terpulang kepada kamu
Hendak terpedaya berulang kali
Atau hendak menetapkan hati
Buat-buat tidak peduli
Entahlah...
Yang baik bukan tiada
Yang merosakkan lebih berbahaya
Penuh tipu daya
Akhirnya terpedaya...
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua.
Rabu.
*jika di luar lebih selesa, duduklah dengan bersahaja. Apa perlunya masuk ke rumah, jika dipandang endah tak endah*.
Ada kalanya, orang beriya-iya mengundang kita masuk kerana mereka nampak kita boleh membawa 'hadiah' buat mereka. Tetapi bila tahu bahawa yang diberi bukan apa yang mereka mahu, akan disisihkan kita dengan apa pun cara. Pedulikan sahaja, dari sudut mana pun, rezeki tetap dari Ilahi.
Jika ada yang berkata 'tanpa aku, kamu bukan sesiapa', bermakna secara tidak langsung dia telah cuba mengangkat dirinya menjadi Tuhan!