Selasa, 31 Januari 2012

Saat ajal tiba, tiada upaya kita mengelakkannya...

Petang tadi suamiku mendapat panggilan dari pegawai atasannya supaya segera pergi ke satu lokasi.  Seorang pemandu kepada pegawai kanan Syarikat (PKS) dikhabarkan pengsan di dalam kereta sewaktu menunggu anak kepada PKS itu keluar dari sekolah.

Ketika suamiku tiba ke lokasi tersebut, beliau (suamiku) mendapati bahawa pemandu itu telah pun meninggal dunia.  Masalahnya, mangsa meninggal dunia di dalam kereta yang enjinnya masih hidup serta semua pintu terkunci.  Kebetulan ada sebuah kereta peronda polis yang lalu di situ.  Suamiku meminta bantuan anggota polis berkenaan untuk memecahkan cermin tingkap.  Wah! 'keras' rupanya cermin tingkap kereta Camry.  Berkali-kali dihentak dengan pemotong besi masih susah hendak dipecahkan.

Kakitangan ambulans yang tiba kemudiannya mengesahkan bahawa mangsa telah pun meninggal dunia.

Gambar-gambar berikut adalah hasil rakaman telefon bimbit suamiku:





Mangsa adalah seorang lelaki berbangsa India yang baru berusia 44 tahun. 

Kira-kira jam 6.00 petang, aku dan suami ke Hospital Kuala Lumpur.  Disebabkan jalan yang sesak, kami hanya tiba di HKL hampir jam 7.00 petang.  Suamiku perlu berjumpa dengan waris simati untuk urusan-urusan tertentu.  Selepas bedah siasat dilakukan, mangsa didapati meninggal dunia disebabkan sakit jantung dan terdapat tanda beliau cuba mendapatkan pertolongan/keluar dari kereta sebelum menghembuskan nafas yang terakhir.

Aku dan suami kemudiannya menunaikan solat Maghrib di surau HKL sebelum bergerak pulang.

Iktibar dari kejadian ini ialah kita tidak akan dapat menjangka bilakah waktu untuk kita dijemput kembali akan tiba.

Ruang komen (menjawab soalan Tn. Hj. Al-Lavendari)...

Soalannya :



Jawapannya :


1.  Pergi ke Papan Pemuka (Dashboard).  Pilih Tetapan.


2. Pilih Ulasan

3. Tandakan pilihan yang ketiga.

4.  Simpan tetapan yang dipilih.

Diharap saya telah menjawab soalan yang dikemukakan oleh Tn. Hj. Al-Lavendari. :)

Apakah tindakan akan berterusan?...

Jangan kita sengaja mengaburkan mata konon atas nama simpati dan agama.  Anak-anak itu berhak untuk hidup dan menerima pelajaran yang sewajarnya.  Bukan dijadikan hamba manusia yang beraja di mata, bersultan di hati...


Tak tergambar pilu hatiku andai anak-anakku diperlakukan begitu...




Kalaulah manusia kejam itu boleh dipanggang begini...


Jumaat, 27 Januari 2012

Selamat tinggal (Broery Marantika) ...


ijinkan aku pergi
apa lagi yang engkau tangisi
semogalah penggantiku
dapat lebih mengerti hatimu

memang berat kurasa
meninggalkan kasih yang kucinta
namun bagaimana lagi
semuanya harus kujalani

reff:
selamat tinggal
kudoakan kau selalu bahagia
hanya pesanku
jangan lupa kirimkan kabarmu

bila suatu hari
dia membuat kecewa di hati
batin ini takkan rela
mendengarmu hidup menderita

sayang, walau kebersamaan kita hanya sesaat
namun kau tetap bagian dari jiwaku
kuiringi kepergianmu dengan ikhlas hati
semoga kelak kita dapat bersatu lagi




Aku dah penat berjalan...

sudah tiba masanya aku mencari hentian
berehat sambil menenangkan fikiran
dan melihat langkah yang ditinggalkan
sebelum perjalanan dapat diteruskan
itupun sekiranya diizinkan Tuhan

berkali-kali baca masih susah aku nak faham - mungkin kerana otakku sudah sangat penat berfikir!


Khamis, 26 Januari 2012

Hafalan Shalat Delisa...


Boleh ditonton di Astro First



Bagi yang dah tak larat nak buang airmata kerana menonton Ombak Rindu, bolehlah menonton filem Hafalan Shalat Delisa untuk menyambung bengkak di mata...

Dari SINI :

Delisa (Chantiq Schagerl) mostly a cheerful little girl, lived in a small village named Lhok Nga on the coast of Aceh, has a wonderful life.

As the youngest child of the family of Abu Usman (Reza Rahadian), Her father works in an oil tanker of an international oil company.

Delisa very close to her mother that she called Ummi (Nirina Zubir), and the third sister Fatimah (Ghina Salsabila), and the twins Aisha (Reska Tania Apriadi) and Zahra (Riska Tania Apriadi).

December 26, 2004, Delisa with Ummi was getting towards the prayer exam when suddenly an earthquake. An earthquake that quite make Ummi and her sisters frighten. Suddenly the tsunami struck, eradicate their small village, destroy their school, and washed away Delisa as well as hundreds of thousands of other in Aceh and other parts of the coast in Southeast Asia.

Delisa was rescued by a soldier named Smith, after days passed out on the rocky hill. Unfortunately, serious injuries makes Delisa's right leg must be amputated. It makes soldier Smith wanted to adopt her, but Abu Usman managed to find Delisa. Delisa happy together again with her father, though sad to hear news of her sisters has gone to heaven, and Ummi still not found.

Delisa has become a little angel who shared a laugh in every presence. Although it was heavy, Delisa has been taught how painful can be a force to keep pace. Although tears wont stop flowing, but Delisa trying to understand what it is sincere, doing something without expecting replies

'Delisa love Ummi because of Allah'





Bila kita dalam kesusahan...

mengadulah hanya kepada Tuhan
jangan pula cari kawan-kawan
kerana takut nanti hanya menjadi bahan
diam-diam di belakang kita diketawakan

ada orang yang memang suka mencari kesempatan
membaling batu sembunyikan tangan
lain kita kata lain pula yang dia fahamkan
lalu dengan bangga konon menunjuk kebijaksanaan
bagaikan tikus - labu yang baik parah dirosakkan


Gambar hasil carian di arkib google

notahati : pagi tadi (bersama Along) hantar suami ke KL Sentral.  Beliau akan terbang ke KK jam 9.20 nanti, InsyaAllah.  Bersoraklah hati yang dengki bila aku tidak sama mengikuti...

Rabu, 25 Januari 2012

Selepas puluhan tahun, rupa-rupanya aku masih gagal mengira...

Atau sebenarnya aku yang tidak faham suasana?

Membanding dua penyata di atas kertas yang berbeza :

Pelarasanlah katanya...


Dapat pelarasan RM115.00 - cukai pendapatannya RM15.00

Dapat pelarasan RM122.00 - cukai pendapatannya RM8.00 sahaja.

Sangat ADIL, kan? 

Yang banyak, kurang sikit cukainya. 

Yang sikit, lebih sikit cukainya.

Kalau yang baaaaanyakkkkkk...  tak kena cukai langsung kot!

Entah-entah, lagi banyak yang percuma didapati.

Entahlah labuuuuuuu....

eh! bukankah pelarasan ditangguhkan???

RTK - benarkah bagai dikata? ...

Sebenarnya aku teringat kepada catatan Tn Hj Hamzah Al-Lavendari YANG INI


RTK - tak gemuk kan?...

Gambar diambil dari FB Akuzle Ayu

Selasa, 24 Januari 2012

Dia buat hal lagi...

Dulu halnya begini, hari ini halnya begini pula...

Macamanalah Along hendak keluarkan keretanya? Ini bukanlah kali pertama terjadi. :(
Alahailah Ustaz, agaknya sewaktu berceramah di sana sini, pernah tak Ustaz bercerita tentang hak jiran?  Atau Ustaz hanya pandai 'bersenandung' sahaja untuk menarik perhatian tanpa sebarang pengisian?


Sarapan bersama blogger = Ingin kenal dengan mereka? ...

Dari kiri (berdiri) : suami Ainnoraini, Aku Budak Klang, Acu Sayang, kawan Aku Budak Klang, berbaju merah itu rasanya tak perlu diperkenalkan, terselit di belakang itu adalah Ainnoraini, ibu Akuzle Ayu mendukung Adik Iffah dan PulutBakar (pB). Duduk : Dato' LF, Azieazah, RosVariasi, Datin Aishah.  Di hadapan dari kiri : Pn. Liza Mahmood, tuan rumah Akuzle Ayu dan wanita gemuk itu adalah tuan punya blog ini. Kenal kan? :)



Isnin, 23 Januari 2012

Kuhalakan pandangan ke hutan batu...




Kemudian kuhayati bentuk awan di langit yang mula kelabu...





Kau sakit kat mana? Kat hati kan? Bahaya tu...

bila aku mengikut suami 'berjalan'
kau menggelitis bagai cacing kepanasan
walaupun bukan duit kau yang aku gunakan
sakit hatimu tidak tertahan
tak cukup dalam hati kau lempar umpatan
bersama orang lain fitnah kau taburkan


bila aku tunjuk pergi makan-makan
macamlah kau sendiri tak pernah makan
bibirmu yang cantik kau cebik-cebikkan
seolah-olah aku ini sangat kelaparan
sedangkan bukan duit aku yang kukeluarkan
hanya mengharap orang punya ehsan


kenapalah kau sakit hati sangat
sampai dadamu terasa hangat
sesekali terenjat bagai kena sengat
sedangkan tiada hakmu yang kuganggu gugat


bawa-bawalah muhasabah diri
nanti yang sakit hatimu sendiri
sedangkan aku tetap begini
entah sebentar lagi dipanggil kembali...




Ahad, 22 Januari 2012

Sarapan bersama blogger = 22/01/2012...

Tengok gambar dulu, cerita nanti kemudian...
Diterima sewaktu acara sedang berjalan

Hasil karya Ros Variasi Rumahku Syurgaku

Hasil karya Dato' LF

Hasil karya Azieazah

Hasil karya SUAMI Akuzle Ayu



Hasil karya Pn. Liza Mahmood
Tak pasti hasil karya siapa, tapi kek itu hasil karya adik perempuanku