Kawan-kawan kakcik

Isnin, 23 Januari 2012

Kau sakit kat mana? Kat hati kan? Bahaya tu...

bila aku mengikut suami 'berjalan'
kau menggelitis bagai cacing kepanasan
walaupun bukan duit kau yang aku gunakan
sakit hatimu tidak tertahan
tak cukup dalam hati kau lempar umpatan
bersama orang lain fitnah kau taburkan


bila aku tunjuk pergi makan-makan
macamlah kau sendiri tak pernah makan
bibirmu yang cantik kau cebik-cebikkan
seolah-olah aku ini sangat kelaparan
sedangkan bukan duit aku yang kukeluarkan
hanya mengharap orang punya ehsan


kenapalah kau sakit hati sangat
sampai dadamu terasa hangat
sesekali terenjat bagai kena sengat
sedangkan tiada hakmu yang kuganggu gugat


bawa-bawalah muhasabah diri
nanti yang sakit hatimu sendiri
sedangkan aku tetap begini
entah sebentar lagi dipanggil kembali...




19 ulasan:

  1. siapa yang sakit hati dengan kakcik ni?

    tapi suka perenggan yang akhir tu. Betul kakcik, biarkan aje dia, dia sendiri yang sakit hati nanti, kakcik tak kacau dia pun, moga dia sedar akhirnya.

    selamt bercuti untuk kakcik...:)

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum Kak Cik

    perenggan akhir itu mukin mengubati penyakiti hatinya

    BalasPadam
  3. Biarlah dia sakit hati. Biarlah dia mencebik pun..Cakap lah dia nak cakap apa pun.Dah dia tak malu nak tunjuk perasaan jeles dia tu, biar lah luncai terjun dgn labunya....kan Kakcik kan?

    BalasPadam
  4. Lain kali kasi tunjuk dia punya komen-komen berbisa dia tuh!

    BalasPadam
  5. Salam kakcik..
    Gong xi fa Cai... Best x keje hari ni kan..

    Kakcik percayalah, org gini nanti dia penat sendiri, bukan saja penat, jiwa tak tenteram, hati tak senang. Pedulik kan.

    BalasPadam
  6. Salam akak..... semoga segala keburukan akan terus berlalu pergi & di ganti dengan kebaikan2.

    BalasPadam
  7. selamat pagi kakcik, ni sapa yang buat perangai ni..biarkan jelah kakcik, lagi diaorang dengki atau cakap bukan2, kakcik tunjuk lagi oke, hehe..diaorang nak jeles apahal, bukan kakcik nyusahkan diaorang ye tak?

    BalasPadam
  8. Salam kakcik,
    Bertenang dan bersabar kakcik n abangnya ! Kita teruskan perkara2 baik yg kita lakukan ... hakim kita ialah Allah swt! Take care kakcik n abangnya !

    BalasPadam
  9. salam, siapa pula yang menempah masuk neraka tu

    BalasPadam
  10. hmm....saya kenyang dgn perangai manusia sebegini kakcik...sampai hari ini masih tak henti2 lagi, entah hapa yg disakitkan hati sangat, pelik arr...

    dulu, saya selalu mengalah, kalau dia benci tengok saya pakai baju elok sikit, saya pernah 10 tahun, saya ulang sekali lagi SEPULUH TAHUN tak berganti baju tau, Hari Raya pun pakai baju lama, mengalah dalam SEMUA PERKARA pun masih tetap tak mampu menutup mulut dia, apa yg dia nak lagi?

    AKHIRNYA SEKARANG SAYA PEDULIK HAPA? SAYA TUNJUK SEMUA BELANG PELANGI YANG SAYA ADA...PI MAMPIEW LAH SAMA DIA, ORANG KALAU DAH DASAR HATI BANGKAI, JANGAN DIHARAP AKAN BERUBAH JADI MINYAK WANGI, SAYA PAKAI APA YANG SAYA NAK PAKAI SELAGI TAK MENJOLOK MATA, SAYA PERGI MANA SAYA NAK PERGI SELAGI TAK MENYESATKAN, SAYA CAKAP APA YANG SAYA NAK CAKAP SELAGI BENAR, SAYA MAKAN APA YANG SAYA NAK MAKAN ATAS HAK SAYA SENDIRI.....

    ORANG KALAU DAH DASAR HATI MEMBANGKAI, AKAN BERKEKALAN DENGAN SAKIT HATINYA.DIA NAK SANGATKAN BERSAKIT2AN HATI? NAH! AMIK KOO..

    AS LONG AS I AM HAPPYYYY!!!
    SEKARANG DAH START ADA UNSUR2 PENYESALAN TAPI SORRY...TENGKUK SAYA DAH TERLALU KERAS DAN KEJANG UNTUK MENOLEH KEMBALI. SAYA TAKNAK LEHER SAYA PATAHLAH NANTIKAN SEMATA2 NAK PANDANG BELAKANG. TAKDER PEKDAHNYA LAGI DIA YG BUAT SAYA JADI KERING DAN KERAS BEGINI.

    TAPI YG SEKOR LAGI TU MASIH TETAP TEKUN MENYIRAM RACUN2NYA...BIARKAN!
    BIARKAN SILUNCAI TERJUN DENGAN LABU-LABUNYA....MASANYA AKAN SAMPAI JUGA...

    SORRY KAKCIK, AM POURING HERE TOO MUCH! SOMEHOW RASA RELEASEEE...YEEHA!

    BalasPadam
  11. Assalamualaikum Kakcik,
    Semoga tetap sabar dan tabah...dalam menghadapinya.

    BalasPadam
  12. Assalammualaikum

    Sabar dan biarkanlah Kakcik.
    Tapi saya tak tau situasinya mcm mana!

    BalasPadam
  13. Hidup ini takkan sunyi dari semua itu. Kita tidak akan boleh mengubah ikap orang lain. Justeru, kita terima seadanya mereka dan berdoa muga-muga Allah tunukkan jalan yang lurus buat mereka.

    Yang penting, di kala meniti usia emas, kita gumbirakan diri kita dengan berbuat sesuatu yang kita suka selagimana tidak menyushkan orang lain!

    BalasPadam
  14. biarkan je ma
    yang penting mama bahagia bersama kuarga =)

    BalasPadam
  15. orang zaman sekarang memang mudah sakit hati.. tak cakap orang..saya pun macam tu..

    BalasPadam
  16. perasaan hasad dengki (phd) ni susah nak hilang pada orang yang tak takutkan Allah dan pembalasannya.

    kesian pada yg berkenaan moga dia dapat hidayah Allah.

    kakcik harus dengan hati yg lapang dan tenang menjalani kehidupan...
    tak payah kita berpayah, Allah Maha Mengetahui...ganjarannya akan semua rasai.

    Moga kita sentiasa di bawah pelindungan dan rahmat Allah SWT.

    BalasPadam
  17. Dengkinyeeeee....

    Ikut hati tu pasal hatinya mati,
    Ikut rasa pasti si pendengki tu akan merasa kan Kakcik.

    Pahala dia semua dah masuk kat kantung Kakcik.

    BalasPadam
  18. Kakcik,
    What people think of us is none of our bisnes, no matter how u feel, get up, dress up & show up :)
    Cheer up k.cik :)))

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com