Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 27 Januari 2012

Aku dah penat berjalan...

sudah tiba masanya aku mencari hentian
berehat sambil menenangkan fikiran
dan melihat langkah yang ditinggalkan
sebelum perjalanan dapat diteruskan
itupun sekiranya diizinkan Tuhan

berkali-kali baca masih susah aku nak faham - mungkin kerana otakku sudah sangat penat berfikir!


47 ulasan:

  1. perjalanan dan pengalaman yang luas yang dilalui itu ada hikmah di sebaliknya..

    Semoga berfikir,, afala ta'qilun,,,

    BalasPadam
    Balasan
    1. IS...

      Segala yang terjadi, ada pengajarannya. Cuma kadangkala kita tidak dapat 'menangkap' apa2 di sebalik segalanya itu.

      Padam
  2. bila dah letih berehat..kita teruskan semula perjalanan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Fit...

      jangan pula hendaknya bila hilang letih, kaki jadi lumpuh! ;-)

      Padam
  3. ma..apa pun yang terjadi berjalanlah tanpa henti..
    tapi kalau trafik light kaler merah ma berenti erk??
    hehehehehe
    senyum sokmo ma =)

    BalasPadam
  4. Salam kakcik. Bila penat kena berehat untuk dapatkan balik tenaga dan semangat baru. :)))

    BalasPadam
  5. kita minum duluuuu!!! heheheheh...

    p/s: sy doakan akak dpt berada di tempat yg akak nak even yg 2 tuh lom ader rejeki nak juin...amin3!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ayu...

      kakcik pun doakan Ayu mendapt tempat yang selesa dan dapat mendengar ceramah dengan sempurna nanti. :)

      Padam
  6. salam jumaat kakcik..selamat berhujung minggu nanti..

    BalasPadam
  7. Tak perlu jalan kakcik... naik kereta hihi....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kakzakie...

      kereta pun tayarnya hampir tidak berbunga lagi!

      Padam
  8. Balasan
    1. Kak Nani...

      perjalanan menjelajah maya ini, memenatkan juga. :)

      Padam
  9. perkataan 'berehat' menandakan tu ada harapan sambong semula...

    (nasib baik tak guna perkataan 'bersara')

    BalasPadam
    Balasan
    1. Gedek...

      kalau kakcik tiada di sini, tahu nak cari kakcik di mana kan? (perasan macamlah kakcik penting sangat.......) (~_~)

      Padam
  10. mendalam maksud letih berjalan tu kakcik, sadisnya baca tajuk berita tu

    BalasPadam
  11. Letih benar bunyinya
    Berehat lah seketika
    Lepaskan Lelah yg melanda
    Agar Kembali Bertenaga.....

    BalasPadam
  12. Salam pagi Jumaat kakcik...

    Bila letih berjalan,, keletihan itu akan hilang, tapi pengalaman sepanjang perjalanan akan kekal.. :)

    BalasPadam
  13. Saya sentiasa tersadung masa melangkah, kerap jatuh tapi setakat hari ni masih mampu bangun semula dan sambung perjalanan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hani...

      jatuh bangun dan tersilap jalan adalah lumrah. Semoga semuanya tidak menjadikan sebab untuk kita berputus asa. :)

      Padam
  14. Salam kakcik,

    Begitulah kita agaknya kan!!.

    Kak ani pun ada kala terasa di hati penat sudah menjalani segala keperluan dalam kehidupan, tapi apa kan daya, kita kena terus berjalan selagi nyawa di kandung badan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. W/salam Kak Ani...

      Selagim tidak dipanggil kembali, segalanya perlu kita harungi...

      Padam
  15. SALAM,
    Sama kita ..... berhenti dan bermuhasabah ... manfaatkan terbaik mungkin baki perjalanan yang masih ada ! Moga Allah mempermudahkan usaha kita ini !

    BalasPadam
    Balasan
    1. W/salam Dato'...

      InsyaAllah. Kita pun tidak tahu berapa lama lagi kita dibenarkan untuk berjalan...

      Padam
  16. serious....saya pun sebenarnya tak faham...ayat tu terlalu panjang. Bukan sebab Kak Chik penat tu..

    BalasPadam
  17. malu bertanya sesat jalan, bila penat berjalan, berehatlah seketika.. take care kakcik..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hanis...

      bila dah seronok berehat, mungkin terlupa untuk berjalan semula. :)

      Padam
  18. masalah buli tak kan selesai..cikgu2 pun semakin takut bertindak.. nanti silap2 kena saman..pentadbir ramai yg lepas tangan..


    kalau penat..jom rehat kat kampung!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dik Mad...

      kakcik dah tak ada 'penginapan' di kampung. :(

      Padam
  19. sy pon baca banyak kali nk pahamkan tajuk akhbar tu..


    sy rs maksudnya gini kot:


    ada sorang pelajar ni tukar kolej sbb tak tahan kena buli..lps tu dtg 5 org lelaki ceroboh dan belasah dia utk balas dendam


    betul x kak cik?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rina... rasanya itulah maksudnya. Tapi, kenapalah wartawan tu nak suruh orang pening2, kan? :(

      Padam
  20. inilah jadinya bila nak mensensasikan isu..semua info nak masuk dalam satu ayat..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rai...

      sudanya orang yang membaca langsung tak faham dan maksud pun tak sampai. :(

      Padam
  21. sokhabar mana tu kakcik (buat2 tanya walau dah tahu).. huhu.. nanti saya kasi komplen sama itu wartawan okehh.. haha..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ana...

      ha.. cepat pergi komplen kat ketua editornya sebalum kakcik saman mereka kerana menyebabkan kakcik pening kepala! :)

      Padam
  22. dua kali jugak baca semata-mata nak fahamkan tajuknya

    BalasPadam
  23. Kakcik, walaupun xbyk sgt berfikir hari ni byk kali juga saya baca header paper tu...berbelit-belit pulak :P

    BalasPadam
  24. punya la nk ringkaskan ayat...smpai rosak jadinya..

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com